Thursday 5 December 2013

Temuduga SPP KPLI PPC.

Bismillah.

Pagi tadi telah berlansungnya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk budak KPLI PPC Maths dari kawasan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Selangor. Kawasan lain terutamanya terengganu dan Kedah tak silap aku akan diadakan minggu depan.

Temuduga tadi sepatutnya mula pukul 10 pagi, maka aku dan keluarga sudah berada di Putrajaya jam 8.00 pagi. Pukul 9.10 pagi baru aku masuk kawasan Jabatan Perdana Menteri tu. Lepas daftar di kaunter, kami semua menuju ke bangunan interview jam 9.30 pagi. Setiap orang akan dipanggil di kaunter pendaftaran temuduga untuk serah dokumen asal dan copy kepada panel penemuduga. Selain kami, ada juga pelajar bakal guru lain yang ditemuduga di bilik nombor 1 dan nombor 6. Matematik di bilik nombor 2.

Yang tak syoknya, pelajar PPC hanya mula ditemuduga jam 12 tengah hari. Kumpulan pertama sahaja sudah memakan masa satu jam setengah. Mana taknya, yang dalam kumpulan tu majoritinya kaki cakap banyak. Lili Tai, Sanjay dan Zizan.. Perghh. Kumpulan aku yang mengambil giliran seterusnya bermula jam 1.30 tengah hari. Ahli kumpulan aku ialah Farahin, Wawa, Ain, kak Zay dan Cuan. Rileks je semua. 40 minit dah settle..

Temuduga terbahagi kepada 3 sesi:

Sesi 1: Perkenalkan diri
Sesi 2: Isu Semasa/ Dasar
kami dapat soalan mengenai GST. Setuju tak dengan perlaksanaannya?

Sesi 3: Pendekatan yang digunakan dalam PnP ketika berpraktikum di sekolah.

Secara jujurnya, aku tidak lansung menjangka temuduga SPP ni akan berjalan begitu tenang. Panel penemuduga kami memang sangat baik dan tak ada provoke lansung. Cakap pun dua-dua sopan santun. Mendengar sesi temuduga rakan-rakan di tempat lain, apatah lagi pengalaman senior yang lepas. Segalanya kelihatan sangat kejam dan menakutkan. Mungkin rezeki kami pelajar PPC kot. Tak menyesal study macam-macam seminggu ni. Walaupun tak dipakai ketika interview, ia ternyata menjadi satu ilmu yang bermanfaat. Bayangkan, aku dah hafal senarai 14 nama Yang Di-Pertuan Agong Malaysia. Gila semangat!!



InshaAllah, minggu depan temuduga pensyarah Matriks pula mengambil tempat. Tak pasti apa kesudahannya. Temuduga tadi pun masih belum ada kata putus yang bersuluh. Mudah-mudahan dipermudahkan. Rezeki dari Allah!!

Sekian dari Syuib0809

1 comment:

  1. Antara mula iv 12 tengah hari dengan mula perjalanan 2.30 utk iv, mana lagi kurang best agak2?

    Selamat perjalanan ke Tangkak 12hb.

    Lili Tai

    ReplyDelete