Bismillah..
Kita sambung kisah haritu.. Lepas melawat Nottingham, kami seterusnya ke warwickshire plak.. Macam biasa, terpaksa bertolak pagi-pagi sebab semua ahli keluarga aku dah terlampau aktif pagi tu. Jadi bertolak la kami ke lokasi pertama iaitu Stratford-upon-Avon, pekan kelahiran Shakespears. Cuaca pagi tu boleh dikatakan agak sejuk dan berkabus. Dalam pukul 10 kami dah sampai. Stratford ni tempat dia agak cantik sebenarnya. Cuma kami berada kejap je kat situ. Kalau ikutkan, nak je aku bawak family aku pusing-pusing lagi kat situ. Tapi terpaksa berjalan la..
Dari stratford, kami bergerak ke Coventry untuk makan tengah hari. Memang aku nak bawak family aku ke kedai yang bernama Zeenat ni. Yorke pernah bawak aku ke sini makan dengan cuan dan fahmi. Memang sedap makanan die, cuma kalo makan sorang-sorang agak mahal la. Maka makanlah tengah hari kami kat kedai sebelah masjid tu.. Selepas tu, kami ke tempat yang terkenal di warwickshire iaitu Warwick Castle. Walaupun warwick ni dekat je dengan Leicester ni, tapi aku tak pernah smpai lagi warwick castle ni sbb mahal nak masuknye.. Tapi bile family dtg, aku tengok kat internet ade offer utk org yang dtg lepas pukul 2. Maka, beli jelah teruih.
Lepas pusing-pusing, kami terus balik ke Leicester. Keesokan harinya, kami ke birmingham pulak. Penat aku memikirkan kat mana la lagi nak melencong kat East Midland ni. Maka pergilah kami ke Zoo Birmingham atas cadangan Azri. Pelik kan? Antara yang syoknye kat Zoo ni ialah, kita boleh bawak kereta masuk dan tengok binatang2 tu dari dalam kereta. Memang zirafah, kerbau, badak sumbu dan macam-macam lagi kat berjalan-jalan bebas kat tepi kereta kita. Dan macam-macam lagi ade kat zoo tu..
Lepas pergi Zoo, kami makan Mindi, makanan kegemaran aku kat Birm. Memang kat Malaysia susah sikit nak dapat makan lauk mcm tu. Jadi aku pun bawak family aku ke situ. Dan alhamdulillah, ade menu ikan, jadi selera sikit ayah aku nak makan. Tempah satu pinggan nasi dengan ayam, nasi dgn kambing dan nasi dengan ikan. AKu kongsi dengan mak aku, jadi banyak lah aku dapat makan. Haha. Lepas makan, kami solat dan terus ke destinasi seterusnya iaitu Cadbury World. Adik aku minat coklat, jadi memang kene bawakla.. Banyak gak beli coklat..
Beberapa hari seterusnya, kami hanya habiskan masa di Leicester, beli cenderamata dan makan-makan. Setelah beberapa hari ponteng kelas, khamis jumaat tu memang patut aku pergi ke kelas. Semester kali ni merupakan semester yang paling banyak aku tak datang kelas. Aduih. Kegagalan untuk berjalan-jalan di London menyebabkan kami keluar awal pagi sabtu tu. Dalam pukul 5.30 pagi keluar sebab takut kesesakan di Kota London. Lepas tengok Big Ben, Tower Bridge dan beli cenderamata, kami akhirnya bertolak ke Airport. Alhamdulillah, memang aku kira kami sampai sangat awal sebenanrnye kat Airport. Walaupun parents aku dah sedikit stress sebab ingat lambat.
Jam 3.30petang, family aku masuk ke kawasan penumpang dan aku pula teruih balik ke Leicester. Penat tapi memang kene kemas balik bilik aku jadi bilik orang bujang. Hehe..
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment