Bismillah..
Alhamdulillah... Selasa lepas aku akhirnye bertolak ke Treviso Airport, Italy. Jam 1.50 tgh ari aku bertolak ke East Midlands airport dan smpai sekitar jam 3 petang. Boleh dikatakan perjalanan di airport sememangnya berjalan sangat lancar. Jam 5.40, kapal terbang ryanair yang aku naiki pun bertolak dari United Kingdom ke Italy. Ketika beratur, rupe2nya orang cina depan kami ialah rakyat Malaysia. Jelas terpampang di buku passport bewarna merah tulisan "Malaysia". Perjalanan aku ke Italy petang tu bersama azri mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.
Jam 8.50 malam waktu Italy, kami akhirnya sampai di Treviso Airport Italy. Sampai-sampai je, kami berdua bersihkan diri dan solat maghrib-isyak di airport tersebut. Percutian kali ini sememangnya percutian yang amat perlu berjimat. Aku sendiri sememangnya target untuk habiskan paling banyak 75euro untuk percutian di Venice ni. Oleh yang demikian, kami membuat keputusan untuk tidur di airport sahaja malam tu. Boleh dikatakan hanya kami berdua je yang ade di airport malam tu dengan seorang pempuan yang duk agak jauh dari kami. Oleh kerana aku bawak sleeping bag, maka tidur aku boleh dikatakan agak selesa.
Keesokan harinya, kami menuju ke Venice dengan menaiki bus ATVO jam 7.50 pagi. Sebenarnya, airport yang lebih dekat dengan Venice ni ialah Marco polo airport. Tapi pasal tiket ni murah dan aku sendiri pun lambat tahu, jadi aku pun layan jela airport ni. Perjalanan ke Venice hanya mengambil masa satu jam. Kami smpai sekitar jam 9 pagi dan terus mencari Vaporetto passes. Vaporetto passes ni ialah kad yang digunakan untuk menaiki pengangkutan awam di Venice ni. Dan 90 peratus pengangkutan di sini ialah menggunakan sampan dan Ferry. Sapa yang nak rasa muak naik ferry, boleh la pergi venice.
Oleh kerana hotel yang di booking hanya boleh check in jam 12 tgh hari, jadi kami pun pergilah jalan-jalan dulu. Tempat pertama yang kami pergi ialah kawasan Rialto.. Di Rialto nilah ada grand canal tu. Tapi takdelah lawa mana pun. Dengan beg sebesar separuh badan, kami berjalan-jalan di sekitar Rialto sambil melihat hasil-hasil laut di Market Rialto ni. Peergh, memang dahsyat la hasil laut die. Kalau boleh bakar, memang kami beli la. Pagi tu, Rialto masih lengang sbb masih pukul 10.00 pagi. Oleh kerana penat bawak beg ke sana-sini, kami ambik keputusan untuk pergi dulu ke hotel tu.. Nama hotel kami ialah Alloggi agli artisti.. Apela punye nama.
Kami dibenarkan untuk letak beg kat hotel tu dulu, tapi masih tak boleh check in. Apepun, memang ringanlah badan. Kami teruih berjalan-jalan di sekitar venice. Tengah jalan-jalan, terserempak dengan junior aku di kolej iaitu Daeng bersama teman wanitanya. Haha. Memang venice ni takdela lawa mana pun untuk dijadikan tempat melancong, tapi suasana di sini memang sesuai untuk orang-orang yang nak beromantik. Haha. Oleh kerana venice ni tak banyak tempat menarik dan sememangnya sangat kecik, maka kami bercadang untuk terus menuju ke Murano Island yang terletak agak jauh dari pulau Venice sendiri. Bayangkan terpaksa naik ferry selama satu jam.. Tido jela kami dlm ferri tu..
Tarikan utama di Murano Island ni ialah tempat pembuatan barangan kaca die. Kaca die bukanlah pinggan-pinggan, tetapi lebih kepada kaca Lutsinar seperti lampu dan juga lampu-lampu. Cawan ade gak tapi memang mahal giler la. Aku yang takde duit ni memang tutup mata jela kat semua barang-barang tu. Azri la kot yang banyak shopping. Bukan soal kedekut, tapi memang takde duit la. Ishh3x. Kat situ gak kami berpeluang untuk lihat proses pembuatan barangan kaca tu. Aku tak tangkap gambar kat situ, jadi semua gambar ade kat Azri.. Kami seterunya berjalan-jalan menuju kembali ke hotel.
Misi kami hari pertama ialah untuk pergi dulu ke pulau-pulau sekitar Venice. Lepas check ni di hotel Artisti tu, kami terus kemaskan diri, soalt suhur asar dan menaiki ferri semula. Kali ini kami menuju ke Lido Island.. Dengar kata ade pantai..
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment