Ahad baru ni, aku tidur jam 4.20 pagi. Kesunyian di malam hari tu aku isi dengan membelek-belek semula gambar-gambar lama yang berada dalam external hard disk aku. Kesunyian diri menyebabkan aku teringat-ingat kembali zaman dahulu. Dari sekolah menengah sehinggalah masuk ke kolej. Mahu mengingati semula memori di Matriks, tapi satu gambar pun aku xde kat matriks gopeng tu. Malam tu, folder gambar-gambar di semesti menjadi tatapan utama aku. Tempoh lima tahun berada di situ memang sesuatu yang sangat bermakna walaupun penuh dengan konflik dan suka duka.
Memang suasana di sekolah sangat jauh berbeza dgn kolej. Kat sekolah, pukul memukul, buli, tak puas hati, ngumpat-mengumpat, hasut-menghasut, ejek cikgu menjadi suatu budaya. Yelah, akal pun tak matang lagi kan? Ingat kami dulu pernah pulau sorang budak india smpai dia terpaksa keluar sekolah. Ada yang berpuak-puak sampailah gaduh antara kelas pun ada. Yang team rugby nak tunjuk kuat. Yang team pengawas nak tunjuk pengaruh.. walaupun bukan semua mcm tu, tapi kumpulan tersebut memang ada. Belum lagi kira team jejaka-jejaka yg bajet ensem dan bercouple, lagi menyampah.. Aduih
Teringat bila zaman sekolah dulu, form 1 sampai form 3, mesti masalah dengan senior menjadi antara isu utama. Bila naik je form 4, kami sudah sedikit bebas. Namun berhadapan masalah kritikal dengan senior kami setahun iaitu form 5 ketika tu. Yelah, orang baru nak rasa bebas. Memberontaklah bila senior form 5 sekat macam-macam kebebasan. Memang terjejas teruk hubungan kami ketika tu. Bila kami masuk form 5, tiada masalah lg dan kami pun dah mula tak kacau junior2. Bukan apa, takut junior doa exam SPM teruk. Haha..
Sebenarnya aku nak cerita pasal kelas aku, tetibe melalut pulak ke tempat len. Dalam kelas, aku duduk kat bahagian belakang dengan 4 orang kawan aku yang le iaitu firdaus(caom), aizud, mubarak dan azim. Aku sangat suka dengan team semeja aku berlima ni. Memang kami jela kot yang berlima, yang len semua berenam macam kat bawah. Lokasi pun strategik bawah kipas. memang selalu jadi tempat lepak budak2 lelaki yang len la. Kalau waktu rehat, memang penuh la orang kat meja kami. Persoalannya, kenapa aku suka geng semeja aku ni?
Mubarak, azim, aizud dan caom semuanya jenis yang bukan mencari pengaruh. Tak suka jaga tepi kain orang lain. Sebenarnya bila masuk form 5, aku sedikit stress bila golongan2 hot/atasan/pandai suka mencari pengaruh dan menghasut supaya orang len membenci musuh mereka. Antara yang menjadi mangsa ialah aizud, mubarak dan azim. Caom boleh kata semua orang suka. Aku? Ntahla.. Aku kesian tengok 3 kawan aku ni dan kalau ikut tiga tahun sebelum ni, aku tak pernah kenal pun sgt diorg ni. Maka, peluang sekumpulan dgn mereka aku gunakan sebaik mungkin untuk mengenali mereka. Ternyata, umpatan dan cacian orang sememang satu hasutan syaitan yang sangat jahat. Sedangkan 3 orang ni jarang sekali mengumpat org yang membenci mereka tu.

Aku sedikit tenang masuk kumpulan berlima ni. Takde nak dengar dah umpatan dan cacian orang dah. Ingat lagi, semata-mata tak nak dengar orang mengumpat2 ni, aku bersumpah dengan diri sendiri supaya tidak lagi menjejakkan kaki masuk ke bilik pengawas C walaupun aku ramai kawan di situ. Memang benar, lima bulan lebih aku tak masuk bilik tu. Ramai je kawan aku yang baik dalam tu, cuma bila ada yang kuat suruh membenci orang len, aku cukup menyampah. Oleh kerana kami berlima tak suka masuk cmpur hal(negatif) orang lain, kami pun watlah hal sendiri.. Hehe
Antara projek besar yang kami buat ialah projek kumpulkan maklumat semua ahli kelas, kumpul gambar, kumpul video dan muatkan dalam CD sebagai kenang-kenangan. Wat ucapan selamat hari raya dan macam-macam lagi. Diorang ni sempoi je. Ade sekali tu nak wat video klip, tp semua xde bakat berlakon. Haha. Antara benda lain ialah kami ilhamkan buat semula jamuan akhir tahun kelas. Tahun akhir tu, kami ada dua jamuan. Mula2 jamuan di sekolah je. Bila rasa tak syok buat kat sekolah je, kami berlima bincang supaya jamuan lagi satu diadakan di sebuah restaurant. Malah kami sanggup utk bagi duit lebih semata2 nak galakkan semua ahli kelas pergi. Akhirnya AJK tertinggi kelas bersetuju dan buat.

InshaAllah berjumpa lagi..
Sekian dari syuib0809..
No comments:
Post a Comment