Rasanya lima hari yang mendatang, aku tak mungkin akan update blog ni. Cuti easter sudah smpai ke peringkat akhir aku kira. Bila smpai je spring ni, bunga sudah tentulah menjadi tarikan utama. Siang pun sudah mula semakin panjang. Subuh pukul 3.50pagi dan maghrib pukul 8.10 malam. Suhu pula sudah semakin meningkat, tidak lagi sesejuk sebulan yang lalu. Pakai t-shirt biasa saja sudah cukup. Kalau orang putih plak, memang semakin menjolok mata pakaiannya. Sebaik tengah cuti, kalau tak memang cuci mata je kat universiti tu. Dah la panas, dewan kuliyah pun jadi panas, budak2 ni bukan tau malu. Kat leicester, akan ada lebih kurang macam pasar malam. Tapi hanya bukak pada waktu siang..
Sabtu lepas, abang mahyuddin jemput pergi rumah dia makan-makan. Abg din buat sikit jamuan sebab anak die mawaddah dah sembuh. Aku yg sememangnya sgt bosan, terus memenuhi jemputan beliau. Seperti yang telah aku tulis dlm post sebelum ni, memang seronok pergi majlis tu. Namun sebelum tu aku lepak dulu kat spinning hill park yg terletak dekat dgn rumah abg din. Sgt ramai orang baring2, makan2, main bola dan sebagainya. Sementara menunggu abg din punye jamuan, aku pun baring2 kat situ. Memang sungguh tenang dn menyamankan. Yelah, musim2 bunga ni memang banyak sikit anginnya.
Kesempatan berada di victoria park aku gunekan utk tgkap gmbar bunga-bungaan. Bersempena musim bunga ni, terimalah gambar-gambar bunga di Leicester. Tak banyak beza dengan musim bunga yang lalu..
Hari rabu pulak, aku pergi town utk beli barang2 dapur. Giliran aku memasak hari tu. Tetibe semangat plak nak masak sebab hari sebeumnya Naufal masak sedap. Naufal buat ikan masak merah dengan masak sayur(x tau nama). Memang malam sebelumnya aku selera sungguh makan. Jadi, aku pun teringin plak nak masak dua lauk. Selalunya masak satu lauk je. Bujang la katakan. Masak la rendang dengan sambal ubi kentang+telur. Buh sikit salad2 dan timun kasi seimbang. Pukul 3 dah mula masak. Memang awal sungguh. Masak nasi lima cawan, malam tu dah habis. Haha.
Sekian dari syuib0809...
Jumpe lagi nnt untuk post di Abbey Park..
No comments:
Post a Comment