Saturday, 9 April 2011

Musafir Venice, Italy bhgn 2

Bismillah..

Selepas rehat kejap di hotel, kami teruih menaiki ferry menuju ke pulau lido. Lido ni boleh dikatakan merupakan perhentian terakhir untuk mana2 servis ferry di venice ni. Jadi, memang lama la naik ferry ke Lido ni. Tujuan utama kami ke sini ialah mencari pantai yang terdapat di pulau ni. Tapi, perancangan yang tak tersusun menyebabkan kami tak tahu mcamne nak pergi pantai tu. Lepas tanye org kat kaunter, kami pun naik la bas. Naik punye naik dekat 30 minit, tak jumpe2 pantainya. Last2 patah balik ke port yang kami turun tadi. Aku tengok kembali GPS, rupe2nya kene jalan kaki je ke sana.

Kami akhirnya berjalan kaki menuju ke pantai dgn bantuan GPS tersebut. Sepanjang perjalanan, kelihatan begitu banyak kedai yang menjual aiskrim. Tapi kami malas nak tanye vegeterian ke tak sbb nak pergi pantai.. Lepas beberapa lama, akhirnya sampailah gak..

Pantai yang kosong dan kekosongan

Aku pun tak pasti betul ke itu pantai, sebab malaysia punye pantai jauh lebih lawa daripada pantai lido ni. Teluk batik pun lebih meriah aku rasa. Hahaha. Oleh kerana hampa dgn perjalanan yang lama ke pantai tersebut, kami seterusnya teringin nak makan aiskrim. Lepas tngok kedai aiskrim satu ni takde arak, maka kami pun teruih tanye vegetarian ke tak. Alhamdulillah orang tu kata no meat, no alcohol. Jadi balun la sikit.. Pergh, memang sedap sungguh aiskrimnya..

Aiskrim...

Kami keluar dari LIDO sudah agak senja sebenarnya. Maka kami berbelah bagi sama ada mahu singgah di Saint Mark"s Square atau tidak. Boleh dikatakan kawasan nilah yang paling banyak gambarnya dalam internet. Oleh kerana malas nak patah balik, maka kami pun singgah sebentar di situ. Dalam gambar internet memang lawa, tapi bagi aku biasa je. Memang venice ni aku pun tak berapa nak tau ape yang gahnya. Tapi layan jela. Masa yang ade kami gunakan untuk tangkap-tangkap gambar di sekitar Saint Marks tu. Dah malam2 ni memang lengang jela kat situ. Azri plak tukar duit kat situ sbb dah pokai.

Belakang tu pulau lain tak silap aku. Burano island.

Lorong dan terusan yang begitu banyak kat venice ni..

Di sekitar Saint Mark"s.

Banyak gereja je kat sini

Lepas bersiar-siar di situ, kami bercadang untuk cari makan. Kami hanya makan roti sosej waktu tgh hari tadi. Maka mencari la kami kedai kat sekitar Rialto. Pusing punye pusing tak gak jumpe. Akhirnya kami bercadang balik dahulu hotel untuk solat sbb dah malam sgt waktu tu. Lepas solat dan bersihkan diri, kami pun pergila sekitar P.le roma untuk cari kedai Halal yang disebutkan dalam internet. Kat venice ni memang payah sikit nak cari kedai halal. Kedai arak banyak la.

Lepas pusing2, tanye orang semua, kami akhirnya jumpe kedai Halal tersebut. Tapi sayangnya dah tutup kedai tu. maka tersangatlah hampa kami berdua. Kami kembali ke rialto dengan harapan mudah2an adela kedai Halal kat situ. Jalan punye jalan akhirnya terserempak dengan kedai kebab. Ada simbol halal. Tapi lepas tanye, bukan semua rupenye makanan di situ halal. Hanya kebab je yang halal dan memang di supply khas dari orang Islam. Kami nampak sendiri akak kedai tu ambik dari bekas yg diasingkan. Dek kerana kelaparan, masing2 order dua kebab.. Haha.

Rialto waktu malam

Kedai2 aiskrim yang haram dimakan.

Akak kedai kebab yang berjaya meneka kami orang Malaysia

Kedai KEBAB

Lepas makan, kami pun pulang dengan hati yang riang dan gembira. masing-masing dah kenyang dan dah solat. Jadi masuk bilik teruih bersihkan diri dan tidur. Itulah perjalanan kami sehari di venice. InshaAllah bersambung untuk post yang akan datang.........


Bersambung..................

2 comments:

  1. salam bang kenapa kedai aiskrim tu haram di makan? ingredientsnya ka? atau apa ka?saja bertanya...

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Nama aiskrimnya sahaja sudah bernama gelatino. Maksudnya aiskrimnya dibuat dari gelatin. Dan gelatin yang digunakan adalah daripada binatang. Dan binatg tersebut tidak disembelih(bgkai).. mgkin ade perbahasan yg agak longgar mengenai pengharaman bangkai yg telah berubah sifatnya dlm islam, tp lebih baik jika dpt kite hindarkan. InshaAllah

    ReplyDelete