Sudah 6 hari tidak berjaya mengupdate blog ni. Hari ni, aku berhajat mencari sesuatu tempat yang agak jauh dari Leicester dengan menaiki basikal. Tengah2 musim bunga ni, akan ada ladang-ladang yang terbentang luas dan bewarna kuning. Bagi siapa yang pernah tengok cerite hindustan, mungkin akan dapat membayangkan ladang ni macam mana. Cerite Dilwale dulhania le jayenge. Hehe.. Memang ladangnya sesangatlah bewarna kuning. Tahun lepas, aku hanya sempat lihat dari dalam kereta api sahaja. Memang tak tahu kat mana tempat tu sangat. Jadi, aku berazam untuk ke situ hari ni.
Aku keluar rumah sekitar jam 11 pagi. Dengan menaiki basikal kelabu yang ringan tu, aku melalui De Monfort, Castle garden, abbey park, kawasan sekitar national space center dan akhirnya tiba di bulatan yang besar. Dekat sini, aku dah mule konfius. Terlupe yg mana satu aku kene ambik. Last2, aku cube jalan yg menuju ke loughborough. Kayuh punye kayuh ternyata jalan tu berlainan dengan ingatan aku. Akhirnya, aku kembai semula ke bulatan tadi utk ambik lorong ke melton mowbray. Dalam perjalanan nampak signboard Watermead Country Park. Singgahlah kejap.
Perjalanan diteruskan melalui melton road dan terus menuju ke lebuhraya. Kat lebuhraya ni agak mencabar sebab takde laluan untuk org yang berbasikal. Aku masih semangat walaupun sudah lebih satu jam mengayuh basikal. Walaupun matahari terik, angin sejuk menyebabkan aku kurang berpeluh. Dengan bekalan air di dalam beg galas, aku juga tiada masalah kehausan walaupun masih tak makan ape2 dari pagi. Setelah beberapa minit melepasi lorong ke melton mowbray, ladang yg bewarna kuning tu akhirnya kelihatan gak. memang luas gile. Aku pun tak tahu ape sebenarnya pokok ni. Layan jela.. ladang tu betul2 tepi lebuhraya.
Setelah hampir setengah jam berada di situ, aku bercadang untuk pulang ke rumah semula. Kali ni, aku melalui kawasan Thurmaston yang terletak di hujung jalan melton road. Dekat situ ade sebuah perkampungan dan juga pusat membeli belah. Tak sangka kat sini pun ade asda 24 jam. Perjalanan kali ni agak x syok bile aku terlanggar penghadang jalan smpai baju terkoyak. aduih.. Dari Thurmaston, aku meneruskan kayuhan aku ke beberapa kawasan yang tidak pernah lansung aku explore kat Leicester ni. Antaranya sudah tentulah Leicester Outdoor Pursuits Center ni. Sungguh tak sangka.. Ade macam-macam kat sini rupenye.. Abseiling, memanah, Air Rifles dan bagai2 lagi..
Aku akhirnya melalui abbey Park untuk pulang k erumah. Ternyata tiada apa-apa yang menarik di Abbey Park. bunga pun tak banyak. Yang banyak orang berjemur d berpicnic je. FunFair pun tak menyala lagi. AKu sampai ke rumah jam 3.40petang. Rasanya lebih kurang 9 miles gak la aku mengayuh basikal tu hari ni. Tak pastilah boleh kurus ke tak. Hehe. Mudah-mudahan segalanya menjadi secebis memori apabila aku pulang ke Malaysia semula..
No comments:
Post a Comment