Keesokan harinya, kami mula bersiap sedia untuk check out drpd hotel yang kami diami. Bayaran 50euro untuk hotel tu boleh dikatakan berbaloi sebab kami dapat sarapan yang unlimited untuk pagi tu. Selepas bersiap semua, aku teus turun ke bawah sekitar 8.30pagi untuk bersarapan. Azri plak masih tidur. Pagi tu banyak makanan yang kami boleh makan sebab kebanyakannya adalah roti dan vegeterian punye makanan. Oleh kerana azri masih tak turun2, aku ambik peluang utk tangkap gambar sekitar Ferrario tu..
Kami sepatutnya check in jam 10 pagi. Oleh kerana tak larat nak bawak beg tu jalan2, kami simpan sahaja di dalam hotel tersebut. Memang ade tempat khas utk letak beg. Target kami hari ni ialah utk pusing2 pulau utama venice ni. Kawasan pertama yang kami tujui pagi tu ialah academia. Kalau ikut map dekat sini agak banyak tarikan berbentuk bangunan.. Antara yang ada kat sini ialah musium academia nilah, Biglietteria Hellovenezia Accademia Aku pun tak tau ape bende ade dalam ni, malas pun nak masuk, bukan ade duit pun.. Lepas tu berjalan lah kami menuju ke kawasan belakang plak.
Dari kawasan academia, kami berjalan lagi sehinggalah smpai di sebuah lagi museum bernama Ca’ Vernier dei leoni PG Collection .. Tangkap gambar dari luar je, lepas tu teruslah kami menuju ke kawasan church dan juga palace yang ade di situ.. Yang satu palace ni bernama dan yang satu church st maria bla3x.. Kedudukan bangunana2 ni boleh dikatakan terletak di hujung pulau utama. Dengan kata lain settle dah la bahagian selatan pulau ni kami pergi. Yang hampehnya, ade ke patut diorng letak patung budak laki bogel kat situ.. teruk betui. Nilah kalau orang dah tek reti nak malu nengoknya.
Dari situ, kami menaiki ferry menuju ke kawasan ca' rezzonico. Aku sendiri tak pasti ape ade kat sini. saja je jalan2. Kami berjalan menuju ke kawasan utama iaitu Rialto. Di sepanjang jalan, penuh dengan kedai2 terutamanya kedai souvenier. Kalau bawakorang perempuan, memang komfem rambang mata. Dan boleh gak jatuh muflis. Haha.. Sampai di satu kedai yang kami tengok murah, aku dgn azri pun belilah sedikit cenderamata buat kenang-kenangan. Sampai di Rialto, azri tetibe rambang mata tengok tie dgn kain ala2 tudung kat situ. Oleh kerana duit cash tak cukup, die pn gunela kad. Sekali kad pun xde duit, last2 gune kad aku. Haha.. Nampak kaya kan kami?
Lepas penat2 pusing, kami kembali semula ke hotel untuk kemas2 barang. Waktu tu lebih kurang 1.30 tgh hari. Tapi, kami bertolak dari hotel tu sekitar jam 2.3o sbb pergi beli air dulu. Keluar je dari hotel, cadangnya nak lah pergi kedai halal yang kami jumpe semalam. Sampai2 punyelah pasrah. Rupe2nya memang kedai tu dah tutup terus. Sabo jela.. kami sudahpun smpai ke p.;e roma ketika itu. Oleh kerana masing2 lapar, azri kembali semula ke Rialto sementara menunggu bas ke airport. Lebih sejam gakla die pergi beli kebab tu. Kami akhirnye menaiki bas kul 4.30petang dan sampai ke treviso airport jam 5.45 petang.
Supermarket nilah tempat kami beli air selalu. Kalau kat kedai biasa, sau botol air mineral besar beharga 2.ooeuro. Kat supermarket ni harganya 0.35euro
Secara keseluruhannya, venice ni takdelah lawa mana sangat. Cume dalam gambar mungkin nampak lawa terutamanya kalau guna DSLR. Jauh meleset dari sangkaan aku kecantikannya.aku sangat impikan nak pergi switzerland plak. Semua orang kata lawa.
Tengoklah summer nanti macam mana..
Sekian dari syuib089..
Jom study
No comments:
Post a Comment