Monday, 28 March 2011

Keluarga ke UK bahagian 1...

Bismillah.
InshaAllah hari ni, aku tulis sedikit mengenai jalan-jalan keluarga aku di United Kingdom.. InshaAllah akan diceritakan secara ringkas sahaja di sini. Setelah satu minggu keluarga aku pulang ke Malaysia, aku cuba ingat sikit-sikit apa yang telah kami lalui satu minggu sebelumnya di UK.

Family aku smpai khamis malam sekitar jam 10 malam. Oleh kerana esoknya nak jalan2 di London, maka aku tempah hotel di Stansted sahaja. Tapi hotel tu cukup skema bila kami terpaksa ambik dua bilik dengan alasan satu bilik x boleh ada lebih daripada dua orang dewasa. Maka, 90pound lebur macam tu je.. Keesokan harinya bergeraklah kami ke london. Oleh kerana aku ada tomtom, cdgnya nak masuk je London tu dengan kereta. Sekali bila jepah kata kena bayar tol yg sistemnya sangat pelik, maka aku pun buat keputusan utk parking sahaja dan naik tube. Target nak pergi ke Westminster yang ada Big ben dan London eye, tapi naik tube tak jumpe-jumpe tempatnya. Maka, pulanglah kami ke Leicester.


Oleh kerana masing-masing dah mula menunjukkan tanda-tanda mengantuk, smpai je rumah terus tidur walaupun hari masih terang. Keesokan harinya, semuanya bangun awal gila kecuali aku. Yelah, kalo ikut waktu Malaysia memang waktu diorg sepatutnya tengah aktif. Tapi kat UK ni pagi2 bukan ada kedai bukak. Kalo kat Malaysia memg berlambak kedai roti canai bukak, tp kat sini pukul 10 baru aktif. Maka aku pun bawaklah family aku ke Pekan Leicesterr untuk berjalan2. Macam biasa, pasar sudah tentunya tempat utama yg aku bawak. Lepas bersiar-siar, kami terus makan kat McIndian..

Berjalan menuju ke pekan leicester. Singgah dulu di penjara

Macam-macam buah dibelinya. Tapi takdelah nak makan sgt.
Mercu tanda Leicester

Keesokan harinya iaitu hari ahad, aku bawak family aku ke Carboot Quorn. Saja je nak bagi merasa Carbot kat sini. lagipun, memang pagi-pagi semua ahli keluarga aku dah aktif. Maka bergeraklah kami semua ke Loughborogh. Kejap je berada di sana sebab tujuan utama aku hari tu ialah untuk bawak family aku ke NEXT. Sambil tu aku sendiri memg teringin nak jumpe kawan2 sekali. Dan pagi tu memg teramat-amat sejuk untuk parent aku. Dalam kul 11.30, kami sudah pun smpai di Sheffield. Oleh kerana lapar, aku bawak family aku ke KEBABISH sheffield utk makan. Terima kasih kepada Baim sebab tolong suggestkan tempat tu. NEXT kali ni boleh dikatakan agak bosan berbnding tahun sebelum ni. Tapi aku sgt seronok sbb leh jumpe kawan2 lama kat situ.

Carboot Quorn..

Terserempak dengan Dr Ugi Suharto dan Isteri..

University of Sheffield

Keesokan harinya, aku bawak pulak family aku ke Nottingham. Sebenarnya, memang nak bawak ke tempat lain, tapi tempat2 lain semuanya jauh-jauh. Akan habis masa utk perjalanan je. Nak tempah hotel memang mahal gile, jadi terpaksa la jalan-jalan kat kawasan East Midland ni. Cume memg tak bnyak la tempat menarik. Maka Wollaton la menjadi target aku di Nottingham. Aku sendri pun masih belum smpai kat situ. Dengar kata banyak rusa kat situ. Lepas jalan2 kat situ, cadang nak lepak tangkap gambar di university diorg, tapi susah gile nak cari parking. Semua plak dah lapar. Maka, bergeraklah kami terus ke kawasan orang Islam di Nottingham tu.. Aku memilih utk makan sahaja di kedai Kurdish. Petang tu balik dan keluarga aku pun tidur walaupun hari masih petang.

Dihadapan Wollaton punye Hall


Aku memang dilahirkan besar..

Memang tak banyak pun tempat yang kami pergi.. Malah sedikit saja masa yang ada sebab dalam pukul 3 petang, semua orang dah ngantuk. Mak ayah aku pulak dah agak berumur, memang agak sukar untuk tahan dengan cuaca disini. Banyak tempat yang kalau nak lawat kat sini memang perlu berhadapan dengan cuaca. Jarang nak jumpa indoor. Tapi bila malam semua kembali aktif. Maka memang perlula cari makanan malam2. Pizza di UK boleh dikatakan murah walaupun setelah di convert ke Ringgit Malaysia. Oleh kerana aku sendiri jarang makan Pizza di UK, jadi aku pun tumpang sekaki la makan pizza ni. Nak makan selalu xde duit.. Hehe

Bersambung............

No comments:

Post a Comment