Bismillah..
Khamis, 10 March 2011, Mak ayah aku bersama-sama dengan dua adik lelaki aku datang ke UK. Oleh kerana mereka turun di stansted, maka aku bergegas ke sana dalam pukul 6 petang macam tu. Sampai di Airport lebih kurang 8.30 malam, akau melangut je tak reti nak buat apa kat airport. Oleh kerana memang bohsan gila, maka aku pun berjalan-jalan la kejap kat airport tu. Tengah jalan-jalan, tetibe ternampak abang Hisyam Loughborough tengah duduk sorang2 kat kerusi biru dalam airport tu. Punyela terkejut aku. Rupe2nya abang Hisyam nak ambik keluarga Iparnya yang datang bercuti di UK selama 10 hari.
Lama jugak la aku bersembang dengan abang hisyam ni. Dari 8.40 mcm tu sampailah orang2 Malaysia keluar dari pintu gerbang tu sekitar jam 10 malam. Ade la gak jumpa orang Melayu lain macam Ustaz Yunus dari birmingham. Tapi takdela sembang lama sangat. lepas family aku sampai, terus aku bawak ke Hotel manakala abg Hisyam akan pulang teruih ke Loughborough. Perjalanan bersama family aku boleh dikatakan ke macam2 tempat gak la. Cuma masa agak terbatas sebab dalam pukul 3 petang macam tu semua dah mula ngantuk terutamanya parents aku sebab dah biasa dgn waktu tidur Malaysia. Kite simpan dulu cerita pasal percutian family aku ye.
Sabtu baru ni, aku hantar semula family aku ke Stansted Airport. Sebelum tu, sempat singgah di London sebentar utk tangkap gambar di Big Ben dan Tower Bridge. Dalam pukul 2 petang kami dh smpai di Airport. Memang ramai sungguh org Melayu. Lepas family aku masuk untuk pemeriksaan sekitar jam 3.30 petang, aku pun balik semula ke leicester dgn train. Oleh kerana penat, aku tidur kejap dan bangun sekitar jam 10 malam. Tengah lepak makan2, sekali dapat mesej yang abang Hisyam Loughborough accident tgh hari tadi. kena langgar dengan Bas. Memang terkejut sungguh aku. Yang syoknye, abg Hisyam dirawat di Leicester Royal Infirmary, dekat gile dengan rumah aku.
Esoknya kul 2 petang, teruih aku ke Hospital tengok abg Hisyam. Waktu aku dtg memg xde lnsung org. Lepas 2.30 baru ade org datang. Lepas tu berduyun-duyun org melayu memenuhkan Hospital tu.
Hari ni, aku ke rumah abg Farid tolong punggah barang die sbb nak balik Malaysia. Orang yg hampir sama datang ke rumah abg Farid cuma yang baru ialah abg shah dan UZAR. Oleh kerana lori smpai lambat, aku ke University kejap anto assignment lepas tu kembali ke rumah abg Farid. Tengah angkat2 barang, terserempak dengan kak rina(isteri abg hisyam) yg baru datang dari Hospital. Sembang2, rupe2nya abg hisyam ade retak dan darah beku sikit kat kepala die. Dan mengambil masa 3 bulan utk elok balik retakan tu. Itu mungkin bukan masalah utama, yang paling kesian die punya spinal(kat tulang tengkuk) lari sikit. Nasib baik saraf semua tak ape-ape. Tapi aku boleh definisikan agak bahaya la.
Abang kak rina yang ade di situ bgtau agak details kat aku. katanya Doktor tengah periksa sama ada boleh pasang besi kat kepala atau tak. kalau tak boleh, terpaksa bedah dan risiko agak tinggi. Risau gaklah dibuatnya. Balik je dari rumah abg Farid, aku solat dan teruih ke Hospital tengok abg Hisyam. Alhamdulillah, doktor dah pasang besi tu kat kepala abg Hisyam, jd aku assume tak perlukan pembedahan setakat ni. Cume ngeri gak la dgr abg Hisyam cerita die gerudi kepala dlm keadaan abg Hisyam sedar. Abg Hisyam ni tgh sakit pun byk nyembangnya. Aduih.
Oleh kerana keletihan, aku pulang ke rumah dan tidoq. Bangun-bangun je dari tido, izwan maklumkan yang ayah Poji(senior Leicester) meninggal dunia petang tadi. Innalillah..... Baru je terserempak dgn poji malam td kat hospital. Sekitar jam 6 petang, kami pun pergi melawat die yang akan bertolak ke Stansted pukul 8. Flight balik Malaysia akan bertolak pagi esoknya. Semoga beroleh syurga InshaAllah. Jam 6.50 mcm tu, lili mintak antokan makanan kat abg Hisyam. Memg aku cadang nak jenguk kejap abg Hisyam. Kat Hospital, terserempak dengan Dr Ugi Suharto dan Ustaz Najmi yang datang ziarah abg Hisyam. memg tak putus2 org dtg melawat abg Hisyam ni. Tetamu dtg bawak berkat InshaAllah.
Semoga dipermudahkan dan cepat sembuh abg Hisyam..
Semoga tabah Poji atas pemergian..
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment