Thursday 10 March 2011

Kisah dan video minggu ini

Bismillah..

Minggu ni memang sibuk sikit menguruskan bermacam-macam bende.. Dan antaranya ialah menguruskan perjalanan percutian family aku ke UK. Alhamdulillah setakat ni semua dah ok dan terancang. Dan kerja sekolah yang aku perlu hantar minggu depan pun dah hampir disiapkan. Perlu disiapkan sebab aku akan banyak ponteng kelas. Huhu.. Esok akan ponteng kelas vector. Jumaat memang satu hari tu aku akan ponteng. Minggu depannya, dari isnin ke rabu aku x mungkin dpt pergi kelas, jadi terpaksa mintak kt kawan nota..

Baru-baru ni, kecoh di blog ustaz Zabidi untuk buat filem tentang kisah arwah Mas Afzal. Tapi realiti di Malaysia agak menyukarkan mana-mana producer untuk terbitkan filem ni. Dengan alasan, penonton2 di Malaysia masih minatkan cerita kelakar, hantu dan cerita cinta-cinta. Geram pun ada. Tapi itulah realitinya. Jadi, mari aku kongsikan sebuah video yang sangat menarik menceritakan drama-drama melayu yang agak selalu sangat memainkan scene2 ni..

Dan tahniah jugak sebab budak ni memang baguih berlakonnya..



Sekian drpd syuib0809

No comments:

Post a Comment