Saturday, 5 March 2011

Hujung Minggu di Peak District

Bismillah..

Hari ni, aku sememangnya agak free. Keinginan untuk ke PERGH 3 terpaksa dibatalkan kerana terpaksa berjaga-jaga sedikit dengan bajet aku. Aku takdela kisah sangat bab jauhnya PERGH kali ni. Kalau dah ada orang nak sponsor, memang konfem aku akan pergi dengan izin Allah. Tapi, xde orang nak sponsor jadi memg takleh la nak pergi dan sampai semalam aku tak duk tenang memikirkan keinginan ke PERGH.. Aduih. Apepun, Hujung minggu aku tidak dibiarkan kosong begitu sahaja. Alhamdulillah.

Khamis baru ni, Izwan ajak aku ke Peak District dekat dengan Sheffield. Dia nak pergi dengan syahir dan 3 orang junior KMB yang sedang belajar di Leicester. Oleh kerana ini rombongan diorang, maka aku hanya menumpang sahaja. Semalam sewaktu diorang tengah buat persediaan makanan semua, Izwan takde kat rumah. Bila aku masuk dapur, semua macam wat muka pelik dan seolah-olah menyimpan rahsia. Haha. Mungkin diorang tak tahu aku ikut kot. Ish3x. Antara makanan yang dibawa ialah roti sardin, buah-buahan dan biskut-biskut. Selepas beberapa ketika, Izwan hantar mesej "esok bertolak kul 7.00 pagi".


Maka keesokan harinya menunggulah aku pukul 7 pagi. Izwan baru habis mandi dan syahir plak baru nak mandi. Aduih.. Sambil-sambil tu bacalah dulu buku Fiqh Haraki dan junior-junior pn datang dalam kul 7.20 pagi. Adib terpaksa membatalkan hasrat untuk ikut kami atas sebab2 tertentu. Rilek punye rilek, dalam 7.45 barulah kami bertolak ke Sheffield. Perjalanan ke Sheffield aku rasa tak sampai pun 1 jam setengah. Izwan yang drive kereta besaq die tu. Hujan renyai-renyai menyebabkan kami sedikit risau tentang pendakian kami nanti. Kabus di Peak District memang teramat-amat tebal. Selepas menyelesaikan beberapa urusan, kami sampai di Peak District jam 10 pagi.

Kami sepatutnya menunggu ketibaan beberapa rakan yang datang dari Sheffield. Oleh kerana ada beberapa masalah, mereka terpaksa datang lambat sikit. Maka, kami mengambil keputusan untuk memulakan pendakian kami terlebih dahulu. Keadaan yang basah memang agak tak selesa untuk kami semua, tapi kecantikan LONGSHAW ni memang mashaALLAH.

Aku suka gila gambar ni sebab pemandangan die cantik.

Banyak anak-anak sungai yang sangat jernih kat sini. Dan juga banyak kambing biri-biri.

Main redah je jalan. Izwan boleh tak ingat jalan nak ke bukit tu. Jadi main hentam jela. Kat belakang tu diorang tengah seberang anak sungai. Berlakon je tu.

Aku tak pasti berapa masa yang kami ambil untuk sampai ke puncak tempat tu. Tapi aku rasa ianya pasti lebih daripada satu jam. Ada satu tempat di situ dimana banyak sungguh batu besar-besar. Cantik untuk tangkap gambar, tapi kesejukan dan kekuatan anginnya memang tuhan sajalah yang tahu. Kalau pergi waktu Summer InshaAllah best. Ketika di puncak bukit tu, kelihatan rombongan daripada Sheffield sudah sampai dalam masa yang sangat sekejap. Hehe. Mungkin sebab kami banyak berenti tangkap gambar kot. Lepas beberapa minit di atas bukit, kami turun semula sebab dah memang tak tahan sejuknya tempat tu.

Bergaya kan? Lutpi ambik topi aku sebab pakai baju xde tutup kepala.

Aku memang suka buat kerja gila sikit. Tapi gambar ni memang WOW! jatuh sia-sia je.

Student-student Malaysia yang berjaya sampai kat atas bukit. Poyo gile bawak bendera Malaysia. Haha

Perjalanan pulang yang pastinya sangat panjang. Waktu balik, Izwan terjatuh kedebum. Habis kotor seluar dengan beg die. Dah la pakai baku putih.

Berehat sebentar di sebalik pokok-pokok krismas untuk makan tengah hari. Ade nasi goreng, sosej, telur hancur utk makan dengan roti dan macam2 lagi.

Sebaik sahaja sampai semula di tempat permulaan iaitu visitor centre, kami semua membersihkan diri masing-masing. Buang air sudah semestinya kemestian kerana cuaca yang sejuk dan seterusnya masing-masing mengambil wuduk. Kami seterusnya menunaikan solat zuhur dan asar berjemaah. Oleh kerana semua sembahyang serentak, jadi takdelah gambar kat sini. Lepas solat, kami lepak jap cat cafe tengok cenderamata dan ramai gak yang minum kopi. Aku plak tak minum ape2 sebab dari kecik memang aku tak berapa minat teh, koppi dan adik-beradiknya. Sekitar jam 3.15, kami semua berangkat pulang ke Leicester semula manakala rombongan Sheffield menanti bas ke rumah mereka.

Berakhirlah cerita hujung minggu..

Rombongan dari Leicester di akhir pengembaraan.

Sekian dari Syuib0809.

2 comments:

  1. nice blog bg.can u share where did u find this?i juz started to write a blog.pliz...i'm really curious.couldn't find anywhere

    ReplyDelete
  2. Aduih, ni sapa plak ni? Orang melayu ke org putih? haha

    ReplyDelete