Bismillah
Sabtu lepas, aku dijemput berbuka puasa bersama rakan-rakan yang bercuti seketika dan yang duk dekat2 dengan Teluk Intan. Antara yang merancang bende ni ialah sorang kawan aku yang kini belajar di jepun iaitu saudara Aisamuddin Amin. Aku pun terkejut, tak sangka plak die balik Malaysia sekarang ni. Tanpa banyak berfikir, aku terus terima jemputan tu.
Mulanya, Adam bagitau bende ni akan bermula jam 5.30 petang. Jadi kul 5.20 aku dah sampai di perkarangan masjid Teluk Intan tu. Tapi rupenye kawan2 aq yang lain hanya akan datang bermula jam 6 petang. Dah tak tau nak buat ape, aku pun jalan2 kat The Store teluk intan tu. Ramai betui orang melayu. Yang kesiannya, bile nengok pakcik2 terduduk kat tangge nunggu isteri2 membeli belah. Apepun, jam 6 petang, aku kembali ke masjid.
Kami memang saje datang awal sebab nak sembang2. Walaupun baru setahun je tak jumpa, tapi tetap rindu kat kawan2 sekolah ni. Bagi manusia yang xde facebuk mcm aq, time ni jela nk tau perkembangn kawan2. Lepas puas berborak, kami pergi ke bawah khemah sementara menunggu waktu berbuka. Sekadar alas perut je, sebab lepas ni nak g makan kat sebuah restoran plak.. Crystal Cafe.
Kalau nak ikut statistik, memang aku antara manusia yang paling banyak makan malam tu. Haha. Buat kali pertamanya aku berbuka di restoran untuk Ramadhan tahun ni. Bukan apa, makanan kat rumah pun dah macam Hotel, nak wat ape makan kt luar lagi. Hehe. Menunya ade ikan siakap tiga rasa, tom yam, telur bingkus dan sayur campur. Lepas makan, cadangnya nak jalan2 kat pekan. Tapi, ramai sangat la pulak orang. maka kembalilah kami ke masjid semula. Apepun, sangat seronok jumpe kawan2 lama.
Semoga berjumpa lagi.
Sekian
Monday, 30 August 2010
Sunday, 29 August 2010
Unta wanita..
Bismillah
Sangat tertarik dengan artikel ustaz Hasrizal mengenai Busana Muslimah. Dan sangat-sangat tertarik dengan hadis ini. Macam dah banyak sangat je bende ni terjadi
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “[Hadith riwayat Muslim]
Mungkin ramai wanita yang tidak suka mendengar hadis sebegini. Mungkin ada yang cuba menafsirkan hadis ini mengikut hawa nafsu masing-masing. Memang sukar untuk mempercayai sesuatu yang sudah menjadi satu kebiasaan. Apatah lagi untuk mengubah sesuatu yang kita tidak biasa. Namun akhirnya ustaz hasrizal berikan satu ayat Quran yang sangat tegas:
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzaab 33: 36]
Post ini bukan untuk mengenakan kaum wanita. Tetapi sekadar merenung kembali amanah kaum lelaki, adakah sudah benar-benar cukup bagus untuk isterinya, anak-anaknya dan adik beradiknya.
Sekian..

Saturday, 28 August 2010
Salam AidilFitri ayahanda dan Bonda
Bismillah.
Post yang ringkas je hari ni. Lagu raya yang agak baru daripada Raihan. First time aq dengo lagi ni. Mantap jugak. Yela, selalu kita dengar orang baru nyanyi lagu raya lama-lama je. Tapi ni lagu baru. Apepun yang bestnya lagu ni iyelah senikata die. Mantap kot. Takdela nak merepek-repek macam lagu-lagu lain.
Video klip die pun amatlah best. Boleh nangis nengok bagi sapa yang benar-benar memahami kepayahan mak dan ayah membesarkan kita semua.
Selamat menonton!!
Bestkan?
Assalamualaikum, salam Ramadhan.

Wednesday, 25 August 2010
Sedikit sebanyak berita dari Leicester
Bismillah
Untuk adik-adik di leicester yang bakal datang sini. Ini ade link sedikit sebanyak pasal leicester.
Mungkin boleh rasa sedikit macam mana la bentuk leicester ni sebenarnya.
Abbey park
Highfield, pekan Islam Leicester
Masjid, makanan, taman sekitar Highfield
Kedai makanan halal sekitar town
Carboot dan BIGJOHN's
Surau hospital, Asiana dan Stadium Walkers
Masjid paling dekat, E-Abu Bakar
Sukan Orang Malaysia Leicester
Masjid Cantik Leicester.. Umar
Zoo berhampiran Leicester
Hari kebudayaan Leicester
Nasyeed (NEXT) Leicester
Buffet Al mashriq Leicester
Market Leicester. Market terbesar?
Leicester di awal musim sejuk
Aidiladha di leicester bahagian 3
Aidliadha di leicester bahagian 2
Maaflah kalau x best mana pun bende2 ni. Tapi harap dapat sesuatu dan jangan risau. Semua bende ada kat leicester..

Tuesday, 24 August 2010
Gambar nostalgia 16 tahn lalu
Bismillah..
3 minggu yang lalu, aku dan kawan2 gemarak ada program di sekolah menengah sungai manik. Jadi, ramailah orang-orang gemarak yang turun ke teluk intan program tersebut. Ada sorang ahli gemarak ni yang datang awal sehari dan tumpang bermalam di rumah mak cik kawan die ni. Dan kawan die ni jugak orang GEMARAK. Oleh kerana aku je yang ade kenderaan untuk ambik die, maka aku pun naik van ambik dia malam tu.
Lepas ambik je kat stesyen bas teluk Intan tu, aku terus pergi ke Chenderong balai, umah mak cik tadi tu. Pusing punye pusing tak jumpa. Tepon mak cik tu pun, tetap tak jumpa jalan nak masuk ke rumah die. Mak cik ni ada masalah untuk keluar malam, jadi agak susah nak ambik kami. Setelah begitu lama kami mencari, dah terlajak ntah mana2, last2 kami mintak gak mak cik tu keluar rumah.
Rupe2nye lorong tu memang gelap ya amat. Memang kalo takde mak cik tu, tak mungkin kami jumpa jalan masuk. Nak masuk rumah tu pun dalam ya amat. Keluar je dari van, lepas bagi salam, aku pun cakap kat mak cik.
aku: Maaflah mak cik, memang tak nampak lorong tu..
Mak cik: kamu izuan?
Anak cikgu rozi?
Aku: a'ah. Eh, mana mak cik tahu?
Mak cik: Dah saya yang ajar kamu dulu. Lepas tengok muka kamu baru saya yakin, betul la ni.
aku: Eh, ustazah ke? Ya Allah, maaflah ustazah, tak nampak muka tadi..
Rupe-rupenye mak cik tu Ustazah yang ajar ak waktu aku kat tadika Abim Taman Manik dulu. Tak sangka ingat lagi ustazah ni. Bayangkan ustazah ni ajar aku waktu umur aku 5 tahun dulu, dan sekarang umur aku dah 21 tahun. Lama kan? Malam tu aku sembang2 kejap dengan ustazah tu sebelum pergi ke teluk intan untuk ambik Iman. Sebelum pulang sempat aku tanya ustazah tu kot2 ade lagi tak gambar waktu tadika. Bukan ape, satu keping gambar pun aku takde dalam simpanan aku.
Ustazah kata dia masih ada gambar tu dalam simpanan die.
Esoknya, aku pergi kembali ke rumah tersebut untuk ambik kawan2 GEMARAK menuju ke SMK Sungai Manik. N then ustazah tu pun tunjuk kepada aku gambar ni
Bukan nak tipu, tapi aku memang tak pernah tengok gambar ni. Aku yang kelam kabut pinjam kamera untuk tangkap gambar bercetak ni akhir dapat berita menyeronokkan dari ustazah. "Kamu ambik je gambar tu, saya ade banyak lagi kat simpanan saya". Jadi, aku pun balik dengan hati yang gembira. Haha. Terima kasih ustazah!!
Agak-agaknya yang mana satu aku agaknya?
Aku yang barisan belakang, tepi sekali belah kiri. Ape macam?
Percaya tak?

Friday, 20 August 2010
Detik-detik berMYC.. Hari kedua
Bismillah.
Masih teringin nak tulis mengenai MYC. Program 3 hari ni aku rasa sangat-sangat menyeronokkan. Yela, setelah sekian lama bertungkus lumus untuk program ni, akhirnya dapat gak kami laksanakannya dengan terbaik. Antara perkara yg sangat susah utk MYC ni ialah untuk mencari penceramah. Alhamdulillah, aku ada kenal beberapa orang ustaz, jadi cubelah kontek diorang.
Ustaz anhar, aku kenal waktu kat kolej lagi. Antara ustaz yang sangat best sebab terlampau banyak fakta yang beliau tahu. Alhamdulillah, senang je jemput die sebab die pun duk kat tg malim je. Seterusnya cuba kontek ustaz lain tapi tak dapat. Mintak pndangan mak aku, dan akhirnya mak aku cadangkan ustaz sukri dari sungai manik. Jadi petang tu pukul 2, ustaz sukri pun datang dari teluk Intan semata-mata untuk program ni.
Habis slot petang tu, terus kami semua tukar baju untuk berendam. Seperti yang aku katakan sebelum ni, 20 minit selepas berendam tu hujan turun agak lebat. Keadaan kem tu sangat basah dan susah untuk jalan. Nak batalkan slot buat karipap, tapi inti dah buat. Lagipun x syok pulak nak batalkan sebab dah janji dengan diorang. Yang budak2 ni pulak, rupenye dah sampai kat dewan dalam hujan lebat2 tu. Ape lagi, terpakselah aku angkut barang2 karipap semua ke dewan.
Malam tu, aku agak penat. Lepas maghrib, aku jadi moderator forum. Jadi, aku buat keputusan untuk berehat sebentar sementara peserta solat terawikh. Pergi ke tempat makan, tengok2 poh tengah goreng karipap. kat situ gak ade durian satu bakul. Oleh kerana nak temankan poh goreng karipap, aku pun bukakkan durian2 semua tu. Senang nanti peserta2 tu nak makan lepas terawikh nnt. Maka, berparang la ak dengan durian2 tu.
Memang rezeki sungguh bulan2 puasa kat MYC hari tu. Malam tu, lepas settle semua bende, aku pulang ke chalet utk bersihkan diri. Lepas beberapa minit, kami pun sambung untuk buat solat terawikh bersama-sama. Dalam kul 12 lebih masing-masing menutup mata. Habislah kisah hari sabtu tu.
Menanti gambar2 hari terakhir di Facebuk..

Bersama durian2 yang sangat enak. Dzar tu aku x pasti kenapa. Nampak macam x tahan je. Dzar ni kawan senior aku,Izwan leicester.
Memang rezeki sungguh bulan2 puasa kat MYC hari tu. Malam tu, lepas settle semua bende, aku pulang ke chalet utk bersihkan diri. Lepas beberapa minit, kami pun sambung untuk buat solat terawikh bersama-sama. Dalam kul 12 lebih masing-masing menutup mata. Habislah kisah hari sabtu tu.
Menanti gambar2 hari terakhir di Facebuk..
Sekian
Wednesday, 18 August 2010
Muslim Youth Camp: MYC 2010.. Alhamdulillah
Bismillah..
Semakin bersawang-sawang blog ni. Banyak Bende nak cerita, tapi gambar asyik takde kat aku je. Biasala bile buat program2 ni, semua nak guna kamera beso-beso yg canggih2. Maka, kamera aku sudah tentulah simpan wat pekasam je. Okla, hari ni aku nak cerita program yang aku baru pegi dari jumaat hingga ahad baru-baru ni. Aku rasa inilah tugas paling berat sepanjang cuti musim panas aku yg pertama ni. MYC 2010: Towards Professional Eclats.
Walaupun program ni hanya 3 hari, tapi persiapan untuk program ni dah dibuat berbulan-bulan awal. Macam-macam dugaan yang aku dapat sepanjang perancangan program ni. Ditambah dengan kesibukan program yang lain, MYC merupakan aktiviti terakhir yang terpaksa aku pikirkan. Hinggalah 2 minggu terakhir sebelum MYC berlansung, baru aku dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada MYC ni.
Memikirkan semua perkara sorang-sorang bukan bende yang best kan? Walaupun tertekan sikit pada mulanya, Allah adalah tempat paling aku bergantung sekali. Perbincangan dengan Muaz senior di MOC memg sangat banyak membantu. Matlamat aku untuk MYC kali ni hanya nak bagi para peserta mengenali kembali Allah dan Islam. Dan aku harap mereka sentiasa teruja dan seronok untuk menyertai sebarang program yang digelar program "Islamik". Maka, rangka aktiviti hanya berdasarkan matlamat itu.
Alhamdulillah, MYC kali ini aku rasakan sangat santai. Selain Muaz, antara orang yang sangat aku hargai ialah Hafizuddin(Poh) dan Kerul. Hebat betul pengorbanan diorang. Aku panggil last2 minit pun diorg sanggup turun jumaat tu. Boleh kate memang tak tahu nak balas jasa diorang ni. Dari bende sekecik2 sampaila sebesar2 perkara diorg tolg aku. Dlm MYC kali ni, kami ada aktiviti buat karipap. Ntah mcamne, org yg sepatutnya uruskan inti tak dapat anto inti sabtu tu. Oleh kerana dah janji dengan peserta, maka kami tetap nak teruskan juga. Akhirnya, kami decide untuk beli barang dan wat sendiri inti.
Seronok tengok fasi2 yang sanggup tolong wat inti karipap ni bersama poh. Diorg sepatutnya dtg sebagai fasi je, tapi terpaksa jadi tukang masak sekali. Tapi diorang ceria je buat keje2 tu. Diorang ni pun aku tak tau nak balas budi macamne. Petang sabtu tu, kami beramai-ramai berendam dalam air sungai sambil berusrah. Huhu. Biasalah pukul 4 petg tgh2 pose ni, kalo wat ceramah memg diorg tido je. Jadi baik bagi diorang segar, sambil tu dapat input. Ditakdirkan Allah, 20 minit lepas habis je berendam kt sungai, hujan turun membasahi kem desa selesa tu.
Dalam basah2 tu, kami tetap meneruskan aktiviti. Malam tu lepas buat karipap, kami makan beramai-ramai dengan makanan diletakkan di atas talam. kekurangan talam menyebabkan 7 orang peserta terpaksa diletakkan untuk satu talam. tak taulah diorg kenyang ke tak. Lepas forum dan terawikh, kami ramai2 makan durian. Memang fresh dari dusun. Rezeki MYC kali ni. Subuh esoknya, Riang Ria ketiga mengambil tempat.
Program berakhir tengah hari dan lepas solat zuhur semua orang balik. Aku pun tak pasti apa la agaknya peserta2 ni cakap pasal MYC. Tapi, perancangan Allah sangat hebat untuk MYC kali ni. Semua perkara berjalan dengan lancar sekali. Tiada slot yg dibatalkan, tiada apa2 kecelakaan, takde penat mlm2 nak pikir aktiviti lain, malah Allah datangkan fasi-fasi dan para peserta yang sangat mantap dan hebat. Aku tak tahu nak cakap apa, tapi memang jelas bantuan dan aturan Allah kelihatan utk MYC kali ni. Memang siapa tolg agama, Allah akan tolong balik.
Kepada semua peserta, maaf sangat-sangat atas semua kekurangan dan kesilapan sepanjang MYC 2010 berlansung. Mungkin tak mencapai expectation korang. Kalau bosan sangat, harap korang maafkan. Semoga korang semua dapat sesuatu dari program ini. Jumpa lagi!!
Walaupun puasa, tak rasa dahaga
Walaupun tidur kejap, tak pernah rasa ngantuk
Walaupun sibuk memanjang, tak pernah rasa penat.
Terima kasih Allah kerana menganugerahkan fasi2 dan peserta yang terpilih.
Terima kasih atas segala-galanya.

Thursday, 5 August 2010
MOC 2010: Best..
Bismillah..
Semingggu tak update blog, memang banyak bende nak cerita. Cerita dalam MOC memang amatlah banyak. Dari berjumpa kembali kawan-kawan lama, bergaduh dengan monyet sampailah berpisah kembali di taman pertanian BUKIT CERAKAH, Shah Alam. Modul MOC kali ini kelihatan begitu banyak menyentuh kepada pengertian sebagai seorang MUSLIM.
Alhamdulillah, sambutan pun agak menggalakkan. Menjadi fasilitator kepada anak-anak buah yang sangat hebat jugak satu pengalaman yang menarik. Bila ade game, asyik dapat nombor 1 je. 5 orang daripada 8 orang budak group aku adelah AJK MUSCOM. haha
Tak nak cakap banyak, silalah tengok video ni:
Aku memang takde lansung gambar sepanjang di MOC. Mungkin sebab malas nak tangkap gambar kot. Penginapan pun boleh tahan jauh dari dewan yang digunakan. Apapun, semoga semua peserta dapat sesuatu daripada program MOC kali ini.
Semoga cemerlang dalam keputusan A-LEVEL nanti.
Sekian untuk hari ini..

Subscribe to:
Posts (Atom)