Bismillah..
Semakin bersawang-sawang blog ni. Banyak Bende nak cerita, tapi gambar asyik takde kat aku je. Biasala bile buat program2 ni, semua nak guna kamera beso-beso yg canggih2. Maka, kamera aku sudah tentulah simpan wat pekasam je. Okla, hari ni aku nak cerita program yang aku baru pegi dari jumaat hingga ahad baru-baru ni. Aku rasa inilah tugas paling berat sepanjang cuti musim panas aku yg pertama ni. MYC 2010: Towards Professional Eclats.
Walaupun program ni hanya 3 hari, tapi persiapan untuk program ni dah dibuat berbulan-bulan awal. Macam-macam dugaan yang aku dapat sepanjang perancangan program ni. Ditambah dengan kesibukan program yang lain, MYC merupakan aktiviti terakhir yang terpaksa aku pikirkan. Hinggalah 2 minggu terakhir sebelum MYC berlansung, baru aku dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada MYC ni.
Memikirkan semua perkara sorang-sorang bukan bende yang best kan? Walaupun tertekan sikit pada mulanya, Allah adalah tempat paling aku bergantung sekali. Perbincangan dengan Muaz senior di MOC memg sangat banyak membantu. Matlamat aku untuk MYC kali ni hanya nak bagi para peserta mengenali kembali Allah dan Islam. Dan aku harap mereka sentiasa teruja dan seronok untuk menyertai sebarang program yang digelar program "Islamik". Maka, rangka aktiviti hanya berdasarkan matlamat itu.
Alhamdulillah, MYC kali ini aku rasakan sangat santai. Selain Muaz, antara orang yang sangat aku hargai ialah Hafizuddin(Poh) dan Kerul. Hebat betul pengorbanan diorang. Aku panggil last2 minit pun diorg sanggup turun jumaat tu. Boleh kate memang tak tahu nak balas jasa diorang ni. Dari bende sekecik2 sampaila sebesar2 perkara diorg tolg aku. Dlm MYC kali ni, kami ada aktiviti buat karipap. Ntah mcamne, org yg sepatutnya uruskan inti tak dapat anto inti sabtu tu. Oleh kerana dah janji dengan peserta, maka kami tetap nak teruskan juga. Akhirnya, kami decide untuk beli barang dan wat sendiri inti.
Seronok tengok fasi2 yang sanggup tolong wat inti karipap ni bersama poh. Diorg sepatutnya dtg sebagai fasi je, tapi terpaksa jadi tukang masak sekali. Tapi diorang ceria je buat keje2 tu. Diorang ni pun aku tak tau nak balas budi macamne. Petang sabtu tu, kami beramai-ramai berendam dalam air sungai sambil berusrah. Huhu. Biasalah pukul 4 petg tgh2 pose ni, kalo wat ceramah memg diorg tido je. Jadi baik bagi diorang segar, sambil tu dapat input. Ditakdirkan Allah, 20 minit lepas habis je berendam kt sungai, hujan turun membasahi kem desa selesa tu.
Dalam basah2 tu, kami tetap meneruskan aktiviti. Malam tu lepas buat karipap, kami makan beramai-ramai dengan makanan diletakkan di atas talam. kekurangan talam menyebabkan 7 orang peserta terpaksa diletakkan untuk satu talam. tak taulah diorg kenyang ke tak. Lepas forum dan terawikh, kami ramai2 makan durian. Memang fresh dari dusun. Rezeki MYC kali ni. Subuh esoknya, Riang Ria ketiga mengambil tempat.
Program berakhir tengah hari dan lepas solat zuhur semua orang balik. Aku pun tak pasti apa la agaknya peserta2 ni cakap pasal MYC. Tapi, perancangan Allah sangat hebat untuk MYC kali ni. Semua perkara berjalan dengan lancar sekali. Tiada slot yg dibatalkan, tiada apa2 kecelakaan, takde penat mlm2 nak pikir aktiviti lain, malah Allah datangkan fasi-fasi dan para peserta yang sangat mantap dan hebat. Aku tak tahu nak cakap apa, tapi memang jelas bantuan dan aturan Allah kelihatan utk MYC kali ni. Memang siapa tolg agama, Allah akan tolong balik.
Kepada semua peserta, maaf sangat-sangat atas semua kekurangan dan kesilapan sepanjang MYC 2010 berlansung. Mungkin tak mencapai expectation korang. Kalau bosan sangat, harap korang maafkan. Semoga korang semua dapat sesuatu dari program ini. Jumpa lagi!!
Walaupun puasa, tak rasa dahaga
Walaupun tidur kejap, tak pernah rasa ngantuk
Walaupun sibuk memanjang, tak pernah rasa penat.
Terima kasih Allah kerana menganugerahkan fasi2 dan peserta yang terpilih.
Terima kasih atas segala-galanya.
No comments:
Post a Comment