Tuesday, 24 August 2010

Gambar nostalgia 16 tahn lalu

Bismillah..

3 minggu yang lalu, aku dan kawan2 gemarak ada program di sekolah menengah sungai manik. Jadi, ramailah orang-orang gemarak yang turun ke teluk intan program tersebut. Ada sorang ahli gemarak ni yang datang awal sehari dan tumpang bermalam di rumah mak cik kawan die ni. Dan kawan die ni jugak orang GEMARAK. Oleh kerana aku je yang ade kenderaan untuk ambik die, maka aku pun naik van ambik dia malam tu.

Lepas ambik je kat stesyen bas teluk Intan tu, aku terus pergi ke Chenderong balai, umah mak cik tadi tu. Pusing punye pusing tak jumpa. Tepon mak cik tu pun, tetap tak jumpa jalan nak masuk ke rumah die. Mak cik ni ada masalah untuk keluar malam, jadi agak susah nak ambik kami. Setelah begitu lama kami mencari, dah terlajak ntah mana2, last2 kami mintak gak mak cik tu keluar rumah.

Rupe2nye lorong tu memang gelap ya amat. Memang kalo takde mak cik tu, tak mungkin kami jumpa jalan masuk. Nak masuk rumah tu pun dalam ya amat. Keluar je dari van, lepas bagi salam, aku pun cakap kat mak cik.

aku: Maaflah mak cik, memang tak nampak lorong tu..
Mak cik: kamu izuan?
Anak cikgu rozi?

Aku: a'ah. Eh, mana mak cik tahu?
Mak cik: Dah saya yang ajar kamu dulu. Lepas tengok muka kamu baru saya yakin, betul la ni.

aku: Eh, ustazah ke? Ya Allah, maaflah ustazah, tak nampak muka tadi..

Rupe-rupenye mak cik tu Ustazah yang ajar ak waktu aku kat tadika Abim Taman Manik dulu. Tak sangka ingat lagi ustazah ni. Bayangkan ustazah ni ajar aku waktu umur aku 5 tahun dulu, dan sekarang umur aku dah 21 tahun. Lama kan? Malam tu aku sembang2 kejap dengan ustazah tu sebelum pergi ke teluk intan untuk ambik Iman. Sebelum pulang sempat aku tanya ustazah tu kot2 ade lagi tak gambar waktu tadika. Bukan ape, satu keping gambar pun aku takde dalam simpanan aku.

Ustazah kata dia masih ada gambar tu dalam simpanan die.
Esoknya, aku pergi kembali ke rumah tersebut untuk ambik kawan2 GEMARAK menuju ke SMK Sungai Manik. N then ustazah tu pun tunjuk kepada aku gambar ni


Bukan nak tipu, tapi aku memang tak pernah tengok gambar ni. Aku yang kelam kabut pinjam kamera untuk tangkap gambar bercetak ni akhir dapat berita menyeronokkan dari ustazah. "Kamu ambik je gambar tu, saya ade banyak lagi kat simpanan saya". Jadi, aku pun balik dengan hati yang gembira. Haha. Terima kasih ustazah!!

Agak-agaknya yang mana satu aku agaknya?

Aku yang barisan belakang, tepi sekali belah kiri. Ape macam?
Percaya tak?
Sekian

No comments:

Post a Comment