Bismillah
Sabtu lepas, aku dijemput berbuka puasa bersama rakan-rakan yang bercuti seketika dan yang duk dekat2 dengan Teluk Intan. Antara yang merancang bende ni ialah sorang kawan aku yang kini belajar di jepun iaitu saudara Aisamuddin Amin. Aku pun terkejut, tak sangka plak die balik Malaysia sekarang ni. Tanpa banyak berfikir, aku terus terima jemputan tu.
Mulanya, Adam bagitau bende ni akan bermula jam 5.30 petang. Jadi kul 5.20 aku dah sampai di perkarangan masjid Teluk Intan tu. Tapi rupenye kawan2 aq yang lain hanya akan datang bermula jam 6 petang. Dah tak tau nak buat ape, aku pun jalan2 kat The Store teluk intan tu. Ramai betui orang melayu. Yang kesiannya, bile nengok pakcik2 terduduk kat tangge nunggu isteri2 membeli belah. Apepun, jam 6 petang, aku kembali ke masjid.
Kami memang saje datang awal sebab nak sembang2. Walaupun baru setahun je tak jumpa, tapi tetap rindu kat kawan2 sekolah ni. Bagi manusia yang xde facebuk mcm aq, time ni jela nk tau perkembangn kawan2. Lepas puas berborak, kami pergi ke bawah khemah sementara menunggu waktu berbuka. Sekadar alas perut je, sebab lepas ni nak g makan kat sebuah restoran plak.. Crystal Cafe.
Kalau nak ikut statistik, memang aku antara manusia yang paling banyak makan malam tu. Haha. Buat kali pertamanya aku berbuka di restoran untuk Ramadhan tahun ni. Bukan apa, makanan kat rumah pun dah macam Hotel, nak wat ape makan kt luar lagi. Hehe. Menunya ade ikan siakap tiga rasa, tom yam, telur bingkus dan sayur campur. Lepas makan, cadangnya nak jalan2 kat pekan. Tapi, ramai sangat la pulak orang. maka kembalilah kami ke masjid semula. Apepun, sangat seronok jumpe kawan2 lama.
Semoga berjumpa lagi.
Sekian
No comments:
Post a Comment