Sunday, 29 August 2010

Unta wanita..

Bismillah

Sangat tertarik dengan artikel ustaz Hasrizal mengenai Busana Muslimah. Dan sangat-sangat tertarik dengan hadis ini. Macam dah banyak sangat je bende ni terjadi


Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “[Hadith riwayat Muslim]

Mungkin ramai wanita yang tidak suka mendengar hadis sebegini. Mungkin ada yang cuba menafsirkan hadis ini mengikut hawa nafsu masing-masing. Memang sukar untuk mempercayai sesuatu yang sudah menjadi satu kebiasaan. Apatah lagi untuk mengubah sesuatu yang kita tidak biasa. Namun akhirnya ustaz hasrizal berikan satu ayat Quran yang sangat tegas:


Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzaab 33: 36]

Post ini bukan untuk mengenakan kaum wanita. Tetapi sekadar merenung kembali amanah kaum lelaki, adakah sudah benar-benar cukup bagus untuk isterinya, anak-anaknya dan adik beradiknya.

Sekian..

No comments:

Post a Comment