Friday, 20 August 2010

Detik-detik berMYC.. Hari kedua

Bismillah.

Masih teringin nak tulis mengenai MYC. Program 3 hari ni aku rasa sangat-sangat menyeronokkan. Yela, setelah sekian lama bertungkus lumus untuk program ni, akhirnya dapat gak kami laksanakannya dengan terbaik. Antara perkara yg sangat susah utk MYC ni ialah untuk mencari penceramah. Alhamdulillah, aku ada kenal beberapa orang ustaz, jadi cubelah kontek diorang.

Ustaz Anhar dari UPSI

Ustaz anhar, aku kenal waktu kat kolej lagi. Antara ustaz yang sangat best sebab terlampau banyak fakta yang beliau tahu. Alhamdulillah, senang je jemput die sebab die pun duk kat tg malim je. Seterusnya cuba kontek ustaz lain tapi tak dapat. Mintak pndangan mak aku, dan akhirnya mak aku cadangkan ustaz sukri dari sungai manik. Jadi petang tu pukul 2, ustaz sukri pun datang dari teluk Intan semata-mata untuk program ni.

Ustaz Sukri. Dari SMK Sungai Manik, Teluk Intan.

Mamat Hilfi, antara ahli panel untuk forum malam sabtu. Cakap bukan main semangat lagi

Habis slot petang tu, terus kami semua tukar baju untuk berendam. Seperti yang aku katakan sebelum ni, 20 minit selepas berendam tu hujan turun agak lebat. Keadaan kem tu sangat basah dan susah untuk jalan. Nak batalkan slot buat karipap, tapi inti dah buat. Lagipun x syok pulak nak batalkan sebab dah janji dengan diorang. Yang budak2 ni pulak, rupenye dah sampai kat dewan dalam hujan lebat2 tu. Ape lagi, terpakselah aku angkut barang2 karipap semua ke dewan.

Aku pun tak tahu nak tulis apa kat gambar ni. Ni kami angkat inti karipap ke dewan.

Uli jangan tak uli

Malam tu, aku agak penat. Lepas maghrib, aku jadi moderator forum. Jadi, aku buat keputusan untuk berehat sebentar sementara peserta solat terawikh. Pergi ke tempat makan, tengok2 poh tengah goreng karipap. kat situ gak ade durian satu bakul. Oleh kerana nak temankan poh goreng karipap, aku pun bukakkan durian2 semua tu. Senang nanti peserta2 tu nak makan lepas terawikh nnt. Maka, berparang la ak dengan durian2 tu.

Bersama durian2 yang sangat enak. Dzar tu aku x pasti kenapa. Nampak macam x tahan je. Dzar ni kawan senior aku,Izwan leicester.

Che Ku dan rakan2 nya.

Memang rezeki sungguh bulan2 puasa kat MYC hari tu. Malam tu, lepas settle semua bende, aku pulang ke chalet utk bersihkan diri. Lepas beberapa minit, kami pun sambung untuk buat solat terawikh bersama-sama. Dalam kul 12 lebih masing-masing menutup mata. Habislah kisah hari sabtu tu.

Menanti gambar2 hari terakhir di Facebuk..
Sekian

No comments:

Post a Comment