Aktiviti hari ni tetap diteruskan walaupun cuaca kelihatan agak mendung diikuti dengan tiupan angin yang kuat di Leicester. Dua hari yang tinggal sebelum aku berangkat ke Ireland perlu aku gunakan untuk menerokai semula bumi Leicester yang sememangnya dekat di hati aku. Maka, dengan basikal tua aku, aku pun bertolak menuju ke sebuah destinasi yang sudah lama aku nak pergi iaitu ABBEY PARK. bagi orang yg sudah lama duduk di leicester, ABBey park sememangnya sebuah taman yang patut dikenali oleh mereka.
Jam 2 petang, aku pun bertolak dari rumah selepas melihat google map untuk mengesan lokasi abbey park. Perjalanan selama 25 minit akhirnya membawa aku ke suatu tempat yg belum pernah aku jejaki sepanjang aku berada di bumi Leicester. Abbey park merupakan satu taman yang besar dan mempunyai sejarahnya tersendiri.
Taman ini bukan sekadar padang yang kosong, tetapi terdiri pelbagai tinggalan bangunan, sungai, tasik dan juga taman bunga. Mengikut penilaian aku, Abbey park merupakan taman yang sangat cantik dan patut dikunjungan oleh mana-mana student yg belajar di Leicester.
Setelah sebegitu lama berada di Abbey Park, aku berhajat untuk menjamu selera di BigJohn's. Perjalanan menuju ke situ akhirnya menemukan aku dengan sebuah penempatan orang somalia. Entah macam mana, hati aku tergerak untuk memasuki lorong tu. Masuk je lorong tu, aku terjumpa dua buah kedai makan. Satu ade tulis tanda halal, satu lagi takde tulis tanda Halal. Menariknya, aku masuk ke kedai yang takde tanda Halal tetapi penuh dengan kalimah Allah dan Muhammad.
Aku sangat nak tahu apa yang dijual oleh kedai makan orang somalia ni. Bukan ape, kalau korang masih ingat MINDI di Birmingham, menu itu dibuat oleh orang Somalia. Maka, aku menjangkakan perkara yg sama di kedai ini. Alhamduliilah, sangkaan aku memang tepat. Selamat bertemu wahai MINDI LEICESTER!!
Aku sangat nak tahu apa yang dijual oleh kedai makan orang somalia ni. Bukan ape, kalau korang masih ingat MINDI di Birmingham, menu itu dibuat oleh orang Somalia. Maka, aku menjangkakan perkara yg sama di kedai ini. Alhamduliilah, sangkaan aku memang tepat. Selamat bertemu wahai MINDI LEICESTER!!
Sebaik sahaja habis makan, aku pun bertanya kat tokey kedai tu kalau-kalau kt sini ade masjid. Bukan ape, byk benor orang Islam kat sini, mesti ade masjid. Lalu, die pun tunjukkan aku arah untuk menuju ke masjid tersebut. Bagus orang2 kat sini, sanggup korbankan duit utk bina masjid. kalau nak tengok dari luar, memang tak nmpak macam masjid lansung. Hanya kelihatan sebuah bangunan kilang lama.
Perjalanan diteruskan dan aku mengambil peluang kali ni untuk pusing2 di kawasan tersebut. Pusing punya pusing, terjumpa lah sebuah masjid yang sedang diubahsuai berdekatan situ. Kelihatan ramai orang Afrika di situ. Biasanya, orang Somalia tahu tentang Malaysia dan paling diorang ingat ialah Dr Mahathir Mohamad. Sewaktu aku masuk kedai orang Somalia tu sendiri, dia dah tahu aku adalah orang Malaysia. Lagi satu yg aku suka, orang Somalia sangat baik dan lemah lembut.
Masjid Quba tadi merupakan destinasi terakhir aku. Aku seterusnya menuju ke rumah aku yang terletak di Hazel Street. Peerjalanan yang bermakna sangat hari ni walaupun pergi sorang-sorang. Bukan apa, tempat ni agak jauh gak sebenarnya. Malas nak ajak orang. Oleh kerana berseorangan, maka semua gambar di atas ditangkap oleh aq sendiri. Bawah ni, adelah gambar paling susah yang aku tangkap. Beberapa kali kamera aq terjatuh. Haha.

Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment