Tuesday, 19 June 2012

Punggah - Bungkus - Pindah

Bismillah

Aku perlu take note tarikh hari ni sebab hari ni barang-barang aku dalam bilik semuanya sudah dibungkus dan dalam proses untuk dihantar ke Malaysia.

Keadaan bilik aku before membungkus. Tempat paling banyak barang dalam bilik aku

Aku mintak tolong bob untuk urusan penghantaran barang ke Malaysia ni sebab bob kenal dengan seorang pakcik yang memang uruskan benda2 macam ni. Biasanya student Malaysia akan guna Palshipping, tapi aku tengok syarikat ni macam banyak masalah dan kurang berdisiplin. Aku awalnya cadang nak guna Ikram Cargo, tapi diorang takde buat shipping plak tahun ni, jadi gunelah aku syarikat yang dipercayai Bob ni.

Aku ambik 4 kotak besar yang setiap satu bernialai GBP35.00..
Maka bermulalah proses mengemas.

Bermulalah proses memunggah

Aku mula kemas barang hari khamis malam lepas. Bila tengok-tengok balik, aku ni banyak barang elektronik je, sebab memang aku jenis suka benda-benda macam tu. Malam tu aku kemas dalam dua jam dan bajet-bajet ruang semua. Jumaat aku keluar leicester untuk pergi perkhemahan dengan kawan-kawan (nanti cerita).. Jadi, tergendalalah sementara proses mengemas

Hari ahad, bob call kata diorang cadang nak hantar barang2 tu hari selasa(hari ni). So, aku pun kembalilah mengemas semalam. Alhamdulillah tak banyak benda dah nak kemas. 4 kotak, rupe-rupenye agak banyak berbanding barang-barang yang aku ada. Tak nak bagi membazir ruang, aku pun isi semua benda termasuk benda yang aku tak cadang nak bawak iaitu OHP projector. Memang besar.

Sudah ada dalam kotak. TV bukan aku punye, so tak bawak balik

Pagi tadi, pak cik tu datang dalam kul 9.30 pagi. Nampak macam baik sungguh pakcik ni(dari pandangan aku, macam kuat agama). Dalam kesibukan angkat kotak masuk dalam van, aku tetibe nak hantar satu projector screen yang aku ada. Tanya pakcik tu, pak cik tu pun charge 20pound sebab bentuk barang yang pelik dan akan makan ruang.

Last-last pakcik tu kata : "Doa-doalah semuanya selamat sampai..."

Walaupun dah bungkus semua barang, takdelah rasa kosong sangat bilik aku. Cuma, rasa pelik sebab tengok screen komputer yang kecik setelah sekian lama terbiasa dengan screen besar.

Akhirnya
Sekian dari Syuib0809

1 comment:

  1. Assallammualaikum

    Selamat balik ke Malaysia..
    Akak dah lama follow blog adik ni, jadi silent reader.. Thanks for the information on Istanbul, banyak informasi yang akak gukanan sebagai panduan masa ke Istanbul minggu lepas :) Insya-Allah kalau nak ke tempat2 lain akak akan rujuk juga blog adik ni..
    Take care, all the best ye dik..

    ReplyDelete