Baru pulang dari Kuala Terengganu. Dikongsikan dua buku yang telah dibaca untuk memudahkan siapa-siapa yang nak beli buku ni.
Seraut Kata Selaut Rasa
Secara asasnya, buku ni sama sahaja konsepnya dengan buku Ustaz Hasrizal, Erti Hidup pada memberi yang dah dikongsikan dahulu. Cuma, kata-kata Ustaz Pahrol Juoi ini lebih panjang dan banyak berkisar mengenai hati. Banyak kata-kata menarik apatah lagi memalingkan kembali kata-kata kita kepada diri kita sendiri. Mungkin yang paling berkesan di hati ialah kata-kata umar: Kamu sentiasa ada cara untuk bersangka baik dengan kata-kata saudaramu. Tak mampu nak ulas banyak sebab bagi aku kena baca buku-buku Ustaz pahrol yang menerangkan kata-kata dia ni. Namun, ada sahaja yang boleh ditafsirkan dan direnungkan sendiri.
Dan aku dah bagi kat orang buku ni, jadi tak dapat nak kongsikan sangat kat sini contoh kata-kata beliau.
Jesus adalah muslim
Buku ni aku beli waktu raya di Melaka, namun tertinggal kat rumah waktu nak balik IPG. Jadi, masa yang ada di Kuala Terengganu aku gunakan untuk habiskan buku ni. Buku ini sudah tentu menceritakan mengenai Jesus dan juga beberapa isi kitab Injil. Tertarik dengan 4 karangan Gospel yang ternyata berlainan antarasatu sama lain. Kisah-kisah pengubahan isi, tauhid, fiqah(cara beribadah) ternyata memberi sedikit input supaya mampu berkongsi dengan rakan-rakan bukan beragama Islam. Dalam buku ni mengisahkan beberapa pertikaian seperti benarkah Jesus, atau Judas yang di Salib. Jesus sebagai anak Tuhan? Parthenogenesis? dan terakhir sekali adakah Jesus Muslim?
Dah lama sebenarnya tak baca buku-buku perbandingan agama ni. Menarik juga bila tahu mengenai Yahudi samiri, konsep tiga sesembahan, trimurti yang akhirnya memberi impak kepada sistem Jahiliyah dan Kristian. Dahsyatnya bagaimana Tauhid Kristian ditentukan oleh satu pertemuan diketuai Constantine. Pernahkah terfikir mengapa pusat bagi agama ini adalah di Itali, bukan di Jurusalem?
Namun, tak galakkan kanak-kanak baca. Sangat tak galakkan...
Sekian sahaja dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment