Mengantuk..
Namun, hari ini tarikh penting untuk dicoretkan dalam kehidupan aku yang biasa-biasa ini. Tamat KPLI di IPG kampus Pulau Pinang. Walaupun hanya makan masa tak sampai satu tahun, makna yang ditinggalkan sepanjang kami semua bersama jauh lebih tinggi harganya berbanding ketika di Universiti. Tidak pasti mengapa, ada sesuatu yang aku rindukan sepanjang bersama rakan-rakan di Maktab dan hubungan tersebut mengubah sedikit sebanyak diri aku.
Sepanjang minggu terakhir ini, aku dipenuhi dengan pelbagai perkara. Kalau diikutkan, mahu sahaja menulis satu post untuk setiap aktiviti yang diikuti. Tapi, memang tak ter"update" ketika di IPG hari tu. Antara aktiviti-aktiviti yang berlansung:
Ahad: Usrah, kenduri kahwin Liyana dan rumah terbuka cikgu Mior
Isnin: Sesi bersama Jabatan Matematik, Jamuan Perpisahan KPLI di Puncak Mutiara
Selasa: Raptai, Majlis pentauliahan KRS dan rumah terbuka Ustaz Taib
Rabu: Kem Motivasi di Sekolah Tarbiah Islamiyah kampung rawa, Makan-makan di Qbay
Khamis: Sambungan Kem Motivasi, kemas barang, main volleyball last
Jumaat: Sambutan raya IPG
Aku tak pasti apa yang benar-benar memberi kesan di hujung-hujung masa ini. Namun, antara saat yang sangat menggembirakan ialah ketika "adik-beradik perempuan KPLI" yang rapat dengan aku tumpang kereta aku untuk ke beberapa aktiviti. Mengingatkan kembali diri aku ketika berumur 12 tahun, sebagai seorang yang ramah dengan perempuan. Sangat selesa dan senang bersama mereka. Alhamdulillah, perbincangan sepanjang perjalanan dipenuhi dengan perkara berfaedah dan menambah pengetahuan aku tentang kaum hawa.
May Allah bless you all my beloved sisters.
Aku membawa diri berseorangan sahaja
Ketika semua rakan-rakan sedang sibuk berpesta di gelanggara
Mengeraskan hati yang lembut untuk tidak mengucapkan selamat tinggal
Kerana orang yang bercinta tidak mungkin jemu apabila bertemu
Apatah lagi merasa gelisah apabila berpisah.
Terima kasih atas segala-galanya.
Maaf kerana banyak menyusahkan hati kalian.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment