Wednesday, 7 August 2013

Motivasi vs Tujuan

Bismillah.

Hari kedua terakhir Ramadhan berada di Maktab, kami dihidangkan dengan majlis khatam Quran. Simple sahaja majlisnya, tiada yang begitu meriah untuk dibanggakan. Sementara orang-orang terpilih membacakan 10 surah terakhir dalam Quran, aku mencapai AlQuran untuk membaca makna surah-surah yang semua orang "serba HAFAL" itu. Sampai surah al-ma'un, aku sedikit tersentak


1. Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan agama?
2. Maka itu adalah orang yang mengherdik anak yatim,
3. dan tidak mendorong orang memberi makan orang miskin
4. Maka, celakalah orang yang solat, 
5. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya
6. juga orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya)
7. Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak.)

Bagi aku, isi ayat-ayat dalam surah ni sungguh-sungguh padat. Yang peliknya, aku seolah-olah macam tak pernah jumpa tafsir surah ni. Dahsyat, apabila sampai sahaja kepada "celakalah orang yang solat!!" terasa macam kena dengan batang hidung. Bulan Ramadhan ialah bulan paling banyak kita solat, tapi aku tak pasti adakah aku dapat sesuatu daripada solat-solat yang banyak tersebut? Sekadar budaya? Adat setempat? Erghh..

Bila sampai ayat keenam, itu adalah benda paling aku risau dalam hidup. Akhir-akhir ni duk kembali mengingati beberapa siri tazkirah yang aku pernah bagi berkaitan dengan hati. Perkara paling susah untuk didapati ialah hati yang bersih, menyerah segala-galanya untuk Allah. Melatih diri untuk buat sesuatu sebab Allah kerapkali terganggu apabila kita menjadikan manusia sebagai sumber motivasi.

Allah bekalkan Lailatul Qadr sebagai motivasi terbaik di bulan Ramadhan, namun Allah adalah tujuan utama sempena malam seribu bulan itu.

Rakan ialah motivasi terindah untuk kita ke surau menunaikan solat jemaah, Namun Allah jualah fokus terpenting dalam solat Jemaah tersebut.

Muslimat/muslimin barangkali penaik semangat untuk kita buat kerja dakwah, Namun Allah adalah sebab terbaik untuk kita tetap dalam kerja dakwah.

Ibu dan Ayah adalah sumber motivasi untuk kita berjaya dalam hidup. Namun hanya Allah yang akan menentukan sama ada kita benar-benar berjaya dalam hidup.

Cuma jangan buat sebab manusia, Maka kita akan sangat-sangat PENAT



Sekian dari Syuib0809.





No comments:

Post a Comment