Selamat be"raya" bagi masyarakat melayu di Malaysia.
Aku baru pulang dari kampung halaman setelah 4 hari meninggalkan rumah dari jumaat lepas. Tiada internet di kampung sebenarnya satu kelebihan untuk diri, yang tidak pandai mengurus hobi. Alhamdulillah, berjaya jugak aku habiskan dua buah buku yang sangat-sangat menarik.
"Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam di Malaysia" mengambil masa yang sangat lama untuk dihabiskan. Tak silap aku melebihi 3 minggu, sejak Ramadhan hari tu. Selalunya aku baca buku lepas Isyak di IPG, namun dipenuhi dengan aktiviti Ramadhan ketika itu. Buku yang sangat menarik bagi aku terutamanya di bahagian Awal dan Akhir buku ni. Bahagian Awal menceritakan latar belakang Sayyid Qutb, Keadaan Mesir ketika di hujung-hujung pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah yang berakhir dengan pembelotan dari gabenor Mesir sendiri. Kerosakan Islam di Mesir hasil pengaruh British, serta hubungan antara Hassan Albanna dan Sayyid Qutb yang sefikrah namun tidak bertemu. Manakala bahagian akhir pula banyak menceritakan kaitan Sayyid Qutb dengan PAS dan ABIM di Malaysia. Hebat dan Pelik sebenarnya.
Sayyid Qutb, seorang "Sasterawan" yang mampu menggoncang suasana politik MESIR apabila bersama dengan beberapa orang "TOKOH" menjatuhkan sistem beraja. "TOKOH" yang hakikatnya pembelot terbesar Ikhwanul muslimin tersebut akhirnya menjatuhkan hukuman mati kepada Sayyid Qutb dan menekan Ikhwanul Muslimin habis-habisan sekitar tahun 1966M. Di pertengahan buku ini, banyak membincangkan konsep hakimiyyah yang berkait rapat dengan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. Perbincangan yang sangat panjang hasil pengaruh AlMaududi, aku sendiri pertama kali mendengarnya. Bahagian ini memang berat untuk dibaca dan difahami. Konsep menarik yang ternyata banyak mempengaruhi perjuangan PAS di Malaysia.
" Apabila hidup kita hanya untuk kita,hidupnya amatlah singkat.Bermula & berakhir dengan umur kita.Tetapi jika hidup kerana fikrah,sesungguhnya hidupnya panjang & mendalam.Bermula dari bermula manusia,berakhir dengan luputnya manusia dari muka bumi"(Syed Qutb)
NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR.
Buku kedua, aku beli di Melaka ialah Nota Fikir untuk ZIKIR. Buku lama yang aku baru jumpa, ditulis oleh ustaz Pahrol Mohd Juoi. Siapa yang kenal beliau, memang pasti tahu kelebihan beliau menyusun bahasa memotivasikan manusia. Dua hari je aku baca buku ni dan HABIS!
Di awal buku ini, beliau mengimbau kembali kisah-kisah rakyat masyarakat melayu, himpunan kisah orang bijaksana dulu-dulu mendidik Umat. Hodoh, bilamana masyarakat kini memaparkannya hingga kelihatan watak-watak bodoh sahaja. Kisah Si Tanggang, Arnab dan Kura-Kura, batu belah batu bertangkup, lagu bangau oh bangau menjadi sebuah kisah Fikir agar kita terus berzikir kepada Tuhan. Di bahagian kedua banyak menceritakan bagaimana manusia perlu belajar daripada Alam. Laut, Angin, rumput, cicak, tembikai dan Helang rupa-rupanya guru yang sedang mengajar. mana mungkin Allah ciptakan mereka Sia-Sia.
Kisah-kisah dan pengajaran yang dinukilkan menjadikan buku ini sangat sesuai dijadikan bahan Usrah. Bukanlah bahan utama, namun sebagai perencah awal bagi para nuqabah masuk ke isi yang lebih berat. Malah sangat sesuai sekiranya sebelum Usrah dibuat lakonan kisah-kisah rakyat ini, tidak berdosa malah menyeronokkan. Ini untuk Usrah yang ringan-ringan lah. Yang dah hebat, teruskan sahaja kehebatan. Tujuan utama buku ini bagi aku lebih kepada penyerapan budaya belajar dari apa yang kita lihat. Apa yang kita pandang memang penting, macam mana kita melihat itulah yang paling utama.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment