Hari Isnin yang lalu, aku terjumpa iklan di akhbar Harakahdaily mengenai buku kedua Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.Senyumlah 2: Wahai Anakku, Hadiah daripada Ayah dan Bonda. Oleh kerana gagal mendapatkan Senyumlah yang pertama setelah mencari di merata tempat, aku bertekad untuk beli gak yang ni. Aku sememangnya peminat Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sejak tahun pertama di UK. Dengan bantuan ayah aku, terus aku beli secara online di sini.
Jam 11.30 tengah hari tadi, buku ni smpai kat rumah. Punyelah seronok giler aku padahal bukan benda mahal pun. Niat tak nak baca, nak tengok sikit2 je sebab skrg tengah baca buku TGNA. Tapi akhirnya tersangkut dan aku berjaya khatamkan buku setebal 188m/s tu jam 5.30 petang tadi. Kesimpulan: TERBAIK!!
Di bahagian awal buku ni, sangat-sangat melibatkan pembersihan hati dan diri. Memang terasa kena betul dengan diri dan rasa hati macam sedang dicuci. Bahagian 1: Allah dan Islam
Sampai bahagian II, tiba-tiba air mata jatuh punya laju. Hilang sungguh ke"jantanan" tatkala membaca karya UTITM yang berbentuk surat kepada seorang anak. Aku terasa macam ini surat dari Murabbi. Bahagian II: Ayah dan Bonda & Sahabat
Di bahagian III: Kehidupan, adalah khas untuk pejuang-pejuang yang sedang berada dalam jemaah. Bahagian serius supaya kehadiran dalam jemaah penuh dengan sikap tawaduk, berlapang dada dan tidak mengejar pangkat. Kepada mereka yang berada dalam Gerakan Islam, ini ubat hati untuk kalian.
Mengenali dan mengikuti kuliah Ustaz tuan Ibrahim, menyebabkan aku baca buku ni dengan itonasi beliau sebagai seorang yang lembut namun tajam kata-katanya. Aku sertakan sedikit beberapa nasihat dalam bku ni. malas baca Rhiyadus Salihin, mungkin leh singgah jap baca buku ni:
"Wahai Anakku,
Maafkanlah orang-orang yang masih belum berbuat salah terhadapmu, supaya engkau tidak perlu bimbang seandainya masa tersebut tiba"
" Wahai Anakku,
Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelahan? Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?"
Nak tahu jawapan.. kenalah beli eh. Aku ada satu lagi buku lebih, tapi nak bagi insan bertuah yang masih lagi tak tahu siapa empunya diri.
"Wahai Anakku
Ingatlah Allah membuat dunia ini berputar. Ketika burung hidup, semut adalah makanannya. Tapi apabila burung mati, ia menjadi makanan semut. Sebatang pokok boleh menghasilkan berjuta mancis. Tapi hanya sebatang mancis untuk membakar sejuta pokok."
Sekian dari Syuib0809
pinjam satu
ReplyDelete