Bismillah.
Ramadhan sudah berlalu sekali lagi. Pemergian itu sememangnya ssesuatu yang perlu dirindui, namun tidak bermakna Aidilfitri perlu dibenci. Malah, nabi ajar inilah satu daripada dua masa untuk berseronok bagi menggantikan beberapa perayaan ketika mereka berada dalam kehidupan Jahiliyyah.
Hadis riwayat an-Nasai, Anas bin Malik r.a. berkata, "Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata, "Aku datang kepada kamu sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah." Sabdanya lagi, "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."
Aku cenderung meletakkan Universiti Ramadhan seperti universiti lain di atas muka bumi ini. Kehidupan sebagai pelajar universiti Ramadhan sememangnya satu kehidupan yang sangat dirindui. Malah, kita diberi satu hari sempena konvokesyen iaitu hari Raya Aidilfitri. Dan ketika ini sudah pasti adalah masa untuk bergembira dan pakai baju cantik yang special. Cukuplah sehari, seperti mana ketika konvo kita di universiti dunia. Tak pernah orang konvo sampai 20 hari. Paling penting, kalau konvo kita di Universiti dunia dihiasi dengan jubah labuh dan kita berbangga dengannya, kenapa konvo di Universiti Ramadhan perlu pakai seketat-ketatnya?
Konvokesyen tidak pernah sekali-kali bermaksud kita berhenti belajar, malah kita perlu bersedia untuk ke alam pekerjaan yang jauh lebih mencabar. Ramadhan sebagai pusat pendidikan/latihan terpenting kita setiap tahun. Pelajar dari Universiti Ramadhan harus lebih bersedia dan bekerja lebih kuat sebaik sahaja selesai graduasi. Kerana kita sudah berada pada dunia realiti, syaitan berada di mana-mana dan nafsu manusia semakin buas tidak sepertimana ketika berada di kampus dahulu.
Berkesan atau tidak terpulang kepada penerimaan kita di U.R dulu.
Taqabbalullah minna waminka
Lagu raya sudah pasti menjadi satu KEMESTIAN untuk orang melayu. Ini barangkali lagu yang aku paling suka untuk raya tahun ni. Fokus lagu orang dulu-dulu banyak berkisaar pasal kepulangan hari raya. Mungkin pasal transport dulu susah, maka itu keutamaan liriknya. Namun, M Nasir akhirnya hadir dengan satu lagu raya yang penuh bermakna, menempelak realiti Aidilfitri hari ini.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment