Saturday 27 July 2013

Update: HIDUP PADA MEMBERI.

Bismillah.

Teringin nak update blog, tetibe tersasar ke blog kawan yang memberi komen pada post sebelum ini. Duk belek beberapa penulisan beliau, tiba-tiba aku terperasan sesuatu yang tak berapa nak syok. Dia pergi kenduri kawan kahwin, tapi aku tak pergi. Bukan sebab aku tak pergi, tak suka pergi atau malas nak pergi. Tapi tak pergi sebab tak tahu pun ada kawan kahwin. Dan semua ni akibat tiada Facebook.Tahniah.



Dan ketika post ni sedang ditulis, aku check akaun FB yang pernah dibuat. Pergghh, banyak benda yang tertinggal rupanya. Apatah lagi program-program yang terlepas begitu sahaja di depan mata. Ya Allah, maafkan hambamu ini.

Aku sebenarnya sedang berada di rumah. Cuma terasa begitu "MATI" berbanding berada di IPG. Satu trend yang sentiasa berlaku pada aku bila balik rumah. Malas pergi masjid, malas baca Quran, malas bergaul dengan orang, malas buat kerja, yang akhirnya mengkurungkan jasad aku terus di dalam bilik ni. Aku berfirasat mungkin kerana kerap kali rumah sekadar menjadi tempat berehat sejah 12 tahun yang lalu. Balik dari SEMESTI je nak rehat. Balik dari Kolej je nak rehat. Balik dari UK je malas nak buat kerja rumah dan mindset tersebut terus berlegar hingga sekarang. Lalu, aku terpaksa mengambil pendekatan untuk menghabiskan banyak masa Bulan Ramadahan ini di maktab. Bukan salah sesiapa, kelemahan diri yang tidak mampu mengubah paradigma.

buku ERTI HIDUP PADA MEMBERI aku berjaya khatamkan sehari selepas beli. Sebuah buku yang padat dengan kata-kata. Bacaannya pendek, namun nak memikirkannya tersangatlah panjang. Beberapa kata-kata yang mungkin menarik perhatian aku:

Zikir adalah jalan yang tinggi dalam mendampingi Allah. tetapi zikir sukar menampakkan khasiatnya apabila manusia BERZIKIR tanpa BERFIKIR.

Apa yang terbaik ialah berkahwin selepas BERFIKIR, juga menangguhkan perkahwinan selepas BERFIKIR

Kejayaan bukan Sebuah DESTINASI, ia adalah sebuah PERJALANAN

Jika perkahwinan cara yang biasa-biasa itu datang dengan CINTA TANPA TANGGUNGJAWAB, kisah rumah tangga Islamik pula berhadapan dengan TANGGUNGJAWAB TANPA CINTA.



Itu jelah kot aku dapat ulas, Buku ni murah je. Untuk yang bosan membaca, tapi suka berfikir meh la baca buku ni. Bagi aku memang bagus sebab aku suka dengan pemikiran Ustaz Hasrizal. Tak larat dah nak menulis. Selamat tidoq!!

Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment