Bismillah.
Alhamdulillah, akhirnya punyai masa terluang di siang hari dan bekalan Internet. Bukan susah sebenarnya nak update blog. Ideanya sentiasa berputar di fikiran, tetapi peluang menulisnya kerap kali tersepit apatah lagi mampir dengan bulan Ramadhan. Beberapa tahun ni memang aku kerap kali berada pada lokasi yang berbeza bilamana Ramadhan datang. Situasi berbeza menghasilkan jadual kehidupan yang berlainan dengan pengalaman yang semakin menarik!
Dua minggu selepas pulang dari praktikum, buat kali pertama dan terakhirnya, kami berpuasa di IPG kampus Pulau Pinang. Berbuka puasa disediakan di surau alfalah, Sahur juga semakin mendapat sambutan, cuma tidak pasti adakah moreh akan mengambil tempat pula dipertengahan Ramadhan ini. Peluang berbuka puasa, menyediakan juadah untuk 250 orang rupanya menjadi medan terbaik untuk aku berkenalan dengan adik-adik di sini. Biarlah digelar penyibuk, asalkan ada sesuatu yang boleh diberikan.
Jadual ramadhan tahun ini sebagai muhasabah akan datang. Adakah lebih baik atau hodoh seperti tahun-tahun sebelum ni.
4.40: Bangun tidoq dan bersiap. Aku memang kena mandi pagi.
5.00: Ke surau untuk sahur. Kalau lajnah bertugas kena mai awal.
6.25: Balik bilik dan tidoq kejap.
7.30: Ke surau kembali untuk program penghayatan bawah HEP.
8.00: Pergi kelas macam biasa
1.30: Zuhur dan ceramah dari pensyarah/pentadbiran
2.30: Tidoq lagi... Haha
4.30: Bangun dan menuju ke surau untuk solat asar.
5.15: Tolong apa yang patutu untuk persediaan bukak puasa. Setakat ni memang pembuat air yg tegar
7.38: Berbuka puasa dan solat maghrib, Tarawikh, bungkus makanan
10.20: Pulang kembali ke bilik
11.30: Tidur dalam keadaan lampu menyala.
Kalau hujung minggu, aku ke surau area tun sardon untuk berbuka puasa. Hujung minggu memang IPG takde sediakan berbuka puasa. Dan hujung minggu juga aku akan berada di Masjid Tun Sardon yang tersangat-sangat meriah. Pertama kali di Malaysia aku lihat jemaah sebanyak hampir seperti sembahyang jumaat. Dan Imamnya memang sangat sedap-sedap belaka bacaannya.
Ini buku terakhir aku habis baca minggu lepas. Tak berapa nak galakkan baca sebab banyak hadis tergantung, diambil sekerat dan sukar difahami orang awam.
Buku terbaru aku beli semalam ialah buku ERTI HIDUP PADA MEMBERI karya ustaz hasrizal. InsyaAllah kelak akan diberikan komennya di sini. Tinggal beberapa minggu je di IPG. Tidak pasti adakah ia akan tinggal seperti persinggahan-persinggahan sebelum ini. Mudah-mudah Universiti Ramadhan kali ini mampu melahirkan graduan yang hebat juga. kursus paling pendek dalam masa setahun, supaya HAMBA terus mengakui diri sebagai HAMBA. Tidak mengaku TUAN yang mengelak dirinya diuji dari TUHAN.
Sekian dari Syuib0809
masjid tun sardon tu dipenuhi masyarakat setempat atau orang luar? lemme guess.berdekatan dgn kwsn pelajar kan? ce tgk seminggu last nak raya...aku bet, mesti tak penuh.maybe dlm dua row plg penuh. dolu2 aku ada baca 1 travelog seorang muslimah menangis aku baca...tajuknya Noorah, RM20. in case ko terjumpa, tak rugi membaca.pastu buat review haha...
ReplyDelete