Wednesday, 30 November 2011

Minat Giler yang Gila... Bhgn 1



Bismillah..

Aku, boleh dikatakan diantara lelaki yang sangat tak suka bershopping. Kalau tengok dalam blog ni, jarang aku cerita pasal shopping, pasal makan memang banyaklah. Namun, itu tak bermakna duit aku tak diperhabiskan. Malah, setiap musim kemasukan elaun pasti aku ade minat dan kecenderungan terhadap barang tertentu. Aku teringat tahun pertama di UK, takdelah minat kat sesuatu perkara sangat. Aku hanya beli Iphone yang waktu tu memang kegilaan student yg baru sampai UK. Dan minat aku waktu tu ade macam2.

Sebelum pulang summer tahun pertama, duit banyak habis utk beli souvenir je. Masuk tahun kedua, permulaan sesi pertama menyebabkan minat aku terfokus kepada basikal(waktu tu basikal baru kena rompak). Akibatnya sampai 3 basikal aku beli dan satu kena curi. Waktu tu gak aku minat macam PA system sebab teringin nak buat ceramah(GOOL) kat rumah aku (klik sini). Akhirnya hambar dan menyebabkan aku jual balik 1 amplifier aku.

Masuk bulan dua awal tahun ni, minat aku tertumpu pula pada percussion. Waktu tu dah nak dekat NEXT, klik sini. Tapi, sayangnya NEXT tahun tu tak guna percussion. Kemasukan elaun baru-baru ni plak aku beralih kepada minat yang lebih giler iaitu sistem tayangan. Aku menganggap ianya pelaburan, tidak tak pasti apakah ianya pembaziran?

Ini ialah projektor lama aku. Yang kualitinya sangatlah ntah apa-apa. Bunyi teramatlah bising. Harga dulu GBP120 mcm tu.

Ni projector baru acer X1261 yg aku dah tulis sebelum ni.

Ni plak projector X1160(2nd Hand) yg aku bid di ebay. Berharga GBP100.35. Kualiti: Superb!!

Ni plak optoma EP727, juga 2nd Hand. Berharga GBP64+PnP. Life lamp die paling pendek antara 4 ni, jadi aku gune ni je skrg kat bilik. Kualiti: Gempaqs!!

Persoalannya, macamne aku boleh berminat dengan benda ni? Aku tak pasti ini bisikan syaitan atau ilham dari Allah. Aku beli benda ni sebab aku terlihat ceramah Ustaz azhar Idrus dan Ustaz Kazzim yg gune projector untuk bagi org luaq masjid tengok. Beli kononnya nanti nak buat tayanganlah kat masjid Sg Tungku. Dan sape2 sahabat yang ade nak buat program agama, bolehlah pinjam supaya aku dapat sikit saham dr program diorang. Nampak macam membazir, tapi entahlah.. Mungkin aku tak suka ade duit banyak, takut kedekut. Hehe

Ni aku pasang 3 projektor sekaligus. Sambil tu aku belajar pasal wayar2 semua macamne nak pasang 3 projektor pada satu laptop.

Perbandingan dua projektor, satu optoma satu lagi Acer. Gambar sebenarnya lawa, tapi kamera takleh tangkap gambaq betul diorang.

Sorilah, nampak semak sikit dengan wayar2 semua. Nilah keadaan meja study aku bila tengah semak. Rilek je campak ipad atas kerusi. Hari bisa takde aku ngade2 pasang 3 projektor ni.

Aku sendiri masih konfius bagaimana benda-benda ni bakal dimanfaatkan kelak. Walaupun dah mula ade orang pinjam untuk program, aku takut ianya akan tersimpan sahaja buat masa yg lama tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Memikirkan saham untuk akhirat atau keseronokan dunia semata-mata? Iulah fungsi duit. Waktu usrah, kami diperingatkan dengan ayat-ayat dari surah As-Saff:

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

Bersama 4 beg projektor.

Sekian dari Syuib0809.

Tuesday, 29 November 2011

Internet: Surat Umar kepada Sungai Nil

Bismillah..

Alhamdulillah, selepas beberapa hari tak dapat Internet wireless, aku mengambil keputusan untuk sambung sahaja kat wayar. Pagi tadi, wayar internet berukuran 15 meter akhirnya sampai kat rumah. Harga 2pound lebih je dan aku terus pasang sampai ke bilik. Sekarang bolehlah update blog. Musim sejuk semakin mendekati dan peredaran siang dan malam semakin kelihatan tak normal. Maghrib masuk pukul 3.58 petang, bayangkanlah betapa gelapnya kehidupan penduduk di UK sekarang..

Malam yang sangat panjang dan sejuk menyebabkan aku malas nak keluar rumah.

Oklah, hari ni nak berkongsi sedikit kisah menarik mengenai Sungai Nil. Hasil perkongsian dari usrah baru-baru ni.. Selamat membaca!!!

Ibn Kathir di dalam Tarikhnya menyebut kisah tentang sungai Nil di Mesir yang berhenti mengalir apabila umat Islam mengambil alih Mesir. Beliau menyebut:

Ketika pembukaan kota Mesir, penghuninya datang bertemu ‘Amr ibn al-’As (عمرو بن العاص - gabenor) di dalam bulan Ba-unah (بَؤُوْنَة) yakni bulan yang ke 10 bagi orang-orang Qibti Mesir. Mereka mengadu:

“Wahai pemimpin kami, sungai Nil kami, tidak akan mengalir dalam tahun ini, melainkan dengannya.”

Tanya ‘Amr ibn al-‘As: “Apakah perkara itu?”.

Mereka menjawab: “Apabila hampir malam 12 haribulan dalam bulan ini, kami mengambil seorang wanita dara dari kedua orang tuanya, kemudian kami jadikan kedua-duanya redha. Lalu kami hiasi wanita tersebut dengan sebaik-baik perhiasan, kemudian kami campakkannya ke dalam sungai Nil ini.”

Jawab ‘Amr ibn al-‘As: “Perkara ini tidak dibenarkan di dalam Islam, sesungguhnya Islam memusnahkan perkara sebelum ini (dari perkara-perkara yang seumpamanya).”

Lalu berlalu 3 bulan dan sungai Nil tidak mengalirkan airnya, ‘Amr ibn al-‘As mengirim surat kepada ‘Omar ibn al-Khattab di Madinah, lalu ‘Omar membalas suratnya dan menyatakan, apa yang dilakukannya ada benar, dan sesungguhnya aku telah mengutuskan bersama surat ini, sekeping tulisan, campakkannya dia ke dalam sungai Nil. Apabila surat ‘Omar sampai kepada ‘Amr ibn al-‘As di Mesir, beliau mengambil sekeping tulisan tersebut yang dikirimkan ‘Omar dari Madinah, di atasnya tertulis:



مِنْ عَبْدِاللهِ عُمَر أَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْن، إلىَ نَيْلِ أَهْل مِصْرَ، أمَّا بَعْد: فَإنْ كُنْتَ إنَّمَا تَجْرِيْ مِنْ قِبَلِكَ، وَمِنْ أمْرِكَ فَلَا تَجْرِ، فَلَا حَاجَةَ لَنَا فِيْكَ، وَإنْ كُنْتَ إنَّمَا تَجْرِيْ بِأمْرِ اللهِ الوَاحِدِ القَهَّارِ وَهُوَ الَّذِيْ يُجْرِيْكَ، فَنَسْأَلُ اللهَ أنْ يُجْرِيَكَ



Maksudnya: “Daripada hamba Allah ‘Umar Amir al-Mukminin, kepada Sungai Nil penduduk Mesir, Amma ba’d: “Jika sekiranya engkau sebelum ini mengalir dengan sendirimu dan kemahuanmu, maka janganlah engkau mengalir lagi, dan kami tidak ada keperluan terhadap kamu. Jika sekiranya kamu sebelum ini mengalir dengan arahan daripada Allah yang maha esa dan maha gagah, dan Dia yang mengalirkan mu, maka kami memohon kepada Allah untuk mengalirkanmu (semula).”


Lalu ‘Amr mencampakkan tulisan tersebut ke dalam sungai Nil, pada keesokan paginya Allah mengalirkan semula air sungai Nil.

Kesimpulan dari aku..
Para sahabat seperti abu bakar, umar bukan sekadar seorang Khalifah, malah mereka adelah Ulama', mereka juga seorang mujtahid, mereka panglima perang dan tawakkal mereka dengan Allah sangatlah tinggi. Adakah akan wujud kembali manusia2 biasa yang luarbiasa seperti mereka?

Wallahualam

Sekian dari Syuib0809

Sunday, 27 November 2011

Leaminton Spa

Bismillah..

Dah 3 hari komputer aku tak dapat internet. Aku sendiri tak pasti kenapa, yang pasti ianya bukan salah internet sebab iphone dan ipad aku dapat internet. Syahir bagi tips utk selesaikan masalah ni, tapi sebaik sahaja aku nak try pagi ni, tetibe Allah dah baiki sendiri laptop ni. Alhamdulillah. Banyak nak update, tapi terpaksa tangguh post lain. Ni aku nak cerita pasal kisah semalam.

Aku semalam ke Leamington Spa yang terletak di Warwickshire. Bagi mereka yang selalu ke University of Warwick, mesti pernah dengar nama ni sebab bas ke University tu dari Coventry mesti akan tulis tempat ni. Aku ke sana bukan sebab ade program ke ape, tapi semata-mata nak ambik Projector Screen yang aku bid di Ebay. Jam 9.05 pagi dah keluar dari rumah dan pergi hantar basikal kat kedai sebab nak kena baiki brek. Lepas tu terus bertolak ke Nuneaton menaiki keretapi.

Tempat yang wajip transit kalau ke Coventry. Oleh kerana kene tunggu sejam, aku pergi lepak2 dekat ASDA die. Dapat makan donut.

Dari nuneaton, aku terus transit ke Coventry dan solat Zuhur di sana. Nak singgah rumah kawan, tapi sangat jauh untuk dipergi. Jam 12.25, aku menaiki kembali keretapi ke Leamington Spa yang hanya mengambil masa 10 minit. Janji dengan pemilik projector screen tu pukul 1 tgh hari. Jalan punya jalan, 1.05 tgh hari baru aku sampai. Tak sangka jarak satu batu tu mengambil masa 25 minit utk pejalan kaki. Lepas jumpa tuan rumah, aku pun bawak balik benda besar tu dengan berjalan kaki sampailah akhirnya di pekan Leamington Spa.

Dekat sini, ada tempat Spa milik kerabar diRaja. Aku tak tau lah ni dulu punye, atau memang raja sekarang yang gune. Tu lah sebab nama tempat ni Leamington Spa.

Alang-alang datang sini, aku pun search kat internet apa tarikan kat sini. Maka, dicadangkan untuk pergi taman ni.

Lawa taman ni, tapi takde apa sangat.

Jarak dari pekan Leamington Spa tu dari Rail Station hanya ambik masa dalam 6 minit je. Waktu nak berjalan kaki balik tu, tetibe ade mat saleh baling plastik McD kat aku. Memang budak2 masalah la aku rasa sebabtak pernah aku jumpe budak macam tu. Aku kembali semula ke Coventry jam 2.12 petang meninggalkan Leamington Spa.


Sebenarnya, perjalanan ke Leamington Spa takdelah ambik masa yang lama. Tapi oleh kerana banyaktunggu between nak transit, perjalanan pegi dan balik memakan masa lebih 4 jam. So banyak masa habis kat menunggu je. Sebenarnya aku boleh balik lambat lagi sebab beli open return, tapi nak mengejar solat maghrib yang bermula jam 4 petang samapi 5 lebih, aku bercadang untuk pulang awal je ke Leicester. Ambik basikal balik dan sampai ke rumah kul 4.40 petang.

Malam plak Izwan and the geng buat program...

makin di Penghujung autumn!!

Sekian dari syuib0809

Sunday, 20 November 2011

Persaingan sihat

Bismillah..

Sangat sibuk minggu ni dengan pelajaran. Aku terasa sangat banyak ketinggalan. Musim sejuk yang semakin menghampiri menyebabkan cuaca sangat malap-malap. Dan akhirnya menyebabkan aku sangat terasa mals dan nak tidur awal. Oklah, aku nak cerita mengenai kedai makan di Noughborough road. Lama kan tak bercerita pasal kedai makan? Dulu, waktu aku first year dan second year kat sini, Jalan Nghbrough boleh dikatakan dikuasai oleh Chicken Maryland. Jenama yang memang terkenal dekat Leicester. Waktu tu memang susah giler nak dapat promosi best2.


Tapi di hujung-hujung 2nd year aku, Big John's plak bukak cawangan diorang kat jalan tu. Kedai yang cantik dan baru berjinak di Leicester, aku ingatkan tak memberi kesan apa2. Promosi paling terkenal di Big John's ni ialah burger die yang berharga:

single: 1.29, double: 1.69 dan triple burger: 1.99.
Akibatnya, maryland menurunkan harga burger2 die hampir sama dengan BigJohn's ni. Tambahan lagi bila big John's ada meal super 5 yang berharga 1.25, maryland menyediakan promosi baru iaitu 3 meals berharga 1pound.


Bulan lepas, bila aku balik dari Malaysia, Big John's datang pulak dengan promosi Pizza separuh harga. Bayangkan harga Pizza sebesar 16" bercampur dengan unlimited topping, hanya berharga 5pound. Bandingkan dengan Malaysia je, dah memang kompem kalah. Menariknya, akibat dari promosi ni, maryland pulak buat promosi Pizza separuh harga yang tak pernah aku tengok die buat. Kali ni, 12 inci Pizza berharga 2.75pound!! Hebat kan?

Tadi aku pergi tengok BigJohn's jap. Tetibe die datang dengan promosi baru yang aku boleh katakan agak dahsyat. Iaitu 3 ketul ayam goreng campur kentang hanya GBP2.29. aku bukan minat sangat makan ayam goreng, apatah lagi yang rasanya lagi sedap kalau aku goreng. Tapi tadi, trylah beli set ni. Menanti apa yang bakal Maryland promosikan. Walaupun BigJohn's murah, tapi rasa ayam-ayam di Maryland memang sukar nak ditandingi. Ceewah..



Kesimpulan?
Monopoli sememangnya bukan kaedah perniagaan yang menguntungkan rakyat/pengguna. Persaingan dengan kawalan dari kerajaan, bagi aku adalah kaedah paling berkesan bagi aku. Dan bersainglah dengan sihat dengan menonjolkan kelebihan kita tanpa memburukkan lawan kita. Monopoli minyak di Malaysia dengan hanya beberapa syarikat besar bagi aku perlu dikaji semula. Dan menteri-menteri yang mengkhianati amanah rakyat, amat perlu disingkirkan sebaiknya. terkejut aku dengar berita Feedlot.

Sekian dari syuib0809

Tuesday, 15 November 2011

Tetamu semesti dari Dublin

Bismillah

Ahad lepas, rakan sedorm/sekelas/sepasang kasil(atas bawah) datang ke Leicester. Pelik gak bila dapat panggilan dari nombor yang pelik sabtu lepas. Rupe-rupenye nombor baith yang datang juga ke Notts games. Dia naik train dari Nottingham ke Leicester jam 1 lebih. Sampai dekat pukul 1.50 tengah hari dgn seorang kawan bernama khairul. Cadangnya nak teruih bawak die makan tapi oleh kerana nak letak beg, kami pub balik ke rumah teruih.

Lepas rehat kejap, teruih ke town..

Bawak diorang jalan-jalan kat town yang sedang ada international Market. Orang Hungarian tukang tangkap.

Lepas tu ke taman

Ni air pancut Leicester. Goncang sikit kamera ni waktu malam. terlupa bawak tripod

Hiasan-hiasan kat taman tu

Kami balik semula ke rumah sebab aku nak kena solat Maghrib. Lepas solat, aku masak sikit dan diorang rehat sebentar kat bilik aku. Jam 7.15 malam, aku bawak diorang ke masjid e-abu bakar dengan masing2 mengayuh basikal. Balik masjid, teruih ke rumah apek sebab ade sorang lagi budak Dublin yang lepak situ. Diorang ni akan balik sama-sama pagi esok dari East Midlands Airport. Habis borak-borak, teruih kami ke Leicester Tiger..

Gambar dah jadi lawa sebab ade tripod. First time aku bergambar kat sini

Lebih kurang jam 8.30 malam, kami pulang semula dan aku suruh diorang tidur awal. Diorang perlu ke lapangan terbang jam 3 pagi. Jadi kene bertolak dari rumah jam 2.30 pagi macam tu. Kalau tak tidur takut pening plak. Flight penerbangan ke Dublin akan bertolak sekitar jam 6 pagi. Tepat jam 2.45 pagi, baru teksi ambik diorg pegi ke Bus station. Sedih gak sebab kejap je diorang stay rumah aku. Baith dan kawan2 akan abih bulan March ni. Tak pasti sempat ke tak aku ke Dublin nanti.

Terima kasih atas kunjungan.


Sekian dari suib0809.

Sunday, 13 November 2011

Genap 22 di 111111 Notts

Bismillah..

11 November 2011, merupakan tarikh yang sekali sahaja dalam hidup. Untuk mendapatkan nombor 11/11/11 mungkin hanya pada seratus tahun akan datang pulak. Pada tarikh ni, genaplah umur aku 22 tahun. Sekali lagi, mesti menyambutnya dengan makanan yang diidamkan. Jadi, aku pun pergilah ke East Park road selepas tamat kelas jam 4 petang. Oleh kerana maghrib dah nak masuk, aku pun teruih je menunaikan solat kat Jame' mosque atau melayunya Masjid Jamek. Lepas tu tetibe tertarik dengan kedai islam kat sebelah tu.

Kedai ni ala-ala barada kat Teluk Intan la. AKu sempat beli satu jubah pakistan beharga 15pound. Sedap palak pakai bende alah ni.

Suasana di East Park Road pada malam hari.

Entah kenapa aku tetibe selesa untuk memakai jubah pendek. Walaupun sesetengah orang menganggap ianya kolot, tapi aku agak suka sebab baju ni sesuai menggantikan jubah yang panjang. Aku naik basikal, jadi agak susah kalau nak pakai jubah. Lepas beli makanan semua, aku pun balik rumah tapi tak mula makan lagi. Sebenarnya aku teringin nak makan BBQ Lamb Rib, tapi menu tu dah takde kat East Park road rupenye. Terpaksi ganti dengan Lamb Doner kat Nborough road. Ceh..

Menu di sambutan hari jadi ke 22. Ayam, panini, doner. Dan kek ais krim yang sodap.

Sambut sorang-sorang jelah yop. Takkan nak bagitahu orang plak hari ni hari jadi. Haha

Lepas makan, aku pun join usrah yang sedang berlansung kat rumah aku. Buat-buat takde bende pun. Aku keluarkan lah kek aiskrim yag aku tak larat nak telan tu kat diorang. Sekejap je licin. Malam tu, aku kene tidur awal sikit sebab esoknya pafi-pagi dah kene bergerak ke Notts Game.

Notts GAME..

Oleh kerana tahun lepas aku tak pergi ke sukan tahunan Malaysia terbesar ni, maka aku pun teringin nak pergi buat kali terakhir. Hasratnya nak jumpa dengan kawan-kawan lama. Tapi, ternyata memang sikit je Final year yang datang. Aku banyak lepak dengan amir Hasyim soksek yang kelihatan busy dekat Nottingham tu. Nottingham games kali ni dirasmikan oleh timbalam menteri sukan dan juga dihadiri oleh Dr MAZA aka Ustaz Asri. Mula-muala kami turun di Sports Centre, lepas tu ke Portland/Dunkirk dan kemudiannya menaiki bus ke powerleague.

Suasana di powerleague. Tunggu bas setengah jam. Yang datang satu je untuk ambik dekat 200 orang. Last2, kami jalan kaki je pegi portland.

Yang aku hanya jumpe geng aku di kolej ialah Yorke, Aiman Fikri, Cuan, hamidi dan beberapa orang lagi. Yang len banyak aku jumpe dan sembang ialah Junior. Lagi-lagi junior yang baru masuk tahun ni sebab aku pernah uruskan MYC diorang. Walaupun hanya 2-3 kali je berjumpe sebelum ni tapi rasa agak rapat gak la. Pelik bagi orang-orang yang takde Facebook seperti aku. Lepas tengok Final Futsal, kami pun balik semula ke Leicester jam 7 malam.

Sampai-sampai teruih tak larat dah..

Bersama junior-junior. Adin, Hannan dan Hakim. Aku nampak pendek sebab tengah menuruni bukit tu.

Sekian dari syuib0809..

Wednesday, 9 November 2011

Salam Aidiladha 1432H bhgn 2

Bismillah..

Balik sahaja dari University, kami terus memulakan persiapan untuk jamuan makan Aidiladha. Rumah lelaki melayu kat Leicester ni ada 4 buah iaitu rumah kami, rumah Lutfi junior, rumah azizan and the geng dan yang terkhir rumah Apek(afif satari). Rumah aku ditugaskan untuk masak Rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang. Kerja-kerja memasak dibuat pada malam raya. Manakala meebus dibuat pagi raya. Olek kerana kami menjadi tuan rumah, memang agak sibuklah sedikit berada di dapur.

Suasana di dapur. Apek menyemak je. Haha

Beraya di Luar negara, banyak orang beranggapan makanannya tidak melayu lansung. Ditambah pulak "budak lelaki" yang kononnya dilabel tidak pandai memasak, mungkin rakan-rakan di Malaysia beranggapan kami akan ketandusan menu-menu raya di Malaysia. Namun hakikatnya, amat berbeza sekali. Jom tengok menu-menu yang seratus peratus dimasakk oleh kaum lelaki di bumi Leicester. Dan semuanya bujang lagi..

Antara makanan-makanan yang ade kat meja tengah. Nasi impit, ayam masak merah, nasi beriyani, rendang daging, rendang ayam dan kuah kacang.

Tidak dilupakan kuah lodeh Ferd yang memang terbaik. Gabungan bersama ayam masak merah, kuah kacang dan nasi impit memang FuiYoH!!

Sebenarnya menu utama ialah nasi briyani dgn ayam masak merah rumah syamil junior. Tapi sebab nasi impit sedap, semua org balun tu dulu.

Kawasan meja besar. Ade desert seperti puding roti, kek tiramitsu dan kek coklat.

Lupe plak, ade gak puding/agar-agar buah yang dibuat oleh rumah zizan. Air kami beli je air jus dan Air gas. Adelah gak aku buat Falooda.


Makan-makan yang bermula jam 11 pagi tu tamat sekitar jam 1.30 tgh hari. Sebagai tuan rumah, kami memang dah biasa akan dapat lebihan2 makanan dan air dari mereka-mereka yang membawa potluck. Alieff plak bagi kek tiramitsu yang aku sangat minat. Satu hari je tinggal dalam peti sejuk, terus licin. Sebaik sahaja habis, kami semua terbaring kat atas sofa sementara menunggu solat asar yang masuk pukul 2.30 ptg macam tu. Baring-baring, habis terlelap dibuatnya. Memang penat sungguh sebab dari kul 5 pagi dah buat persiapan beraya.

Urusan-urusan pembasuhan dan pengemasan diserahkan kepada Ahmad sebab die tak terlibat dalam penyediaan juadah. Aku bangun je lepas maghrib, tengok semua bende dah kemas. Memang terbaiklah ahmad ni. Aku dapat mesej dari syahir yg postgrad jemput datang rumah, tapi tak tau pukul berapa. Oleh kerana dah penat sangat, aku tak terfikir nak naik basikal ke sana. Begitulah diari hari raya Aidliadha yang terakhir di bumi Leicester. InshaAllah akan dikenang sampai bila-bila.


Sekian dari syuib0809..

Monday, 7 November 2011

Salam AidilAdha 1432H bhgn 1

Bismillah..

Raya haji tahun ni sekali lagi disambut di United Kingdom. 3 tahun berturut-turut kami tidak merasai suasana penyembelihan seperti di Malaysia. Tahun ni raya haji tidak dapat dibuat secara beramai-ramai di dewan sebab LUMS tak dapat nak booking mana-mana dewan university. Walaupun sedikit kecewa, namun sambutan hari raya tetap berjalan seperti biasa. Pagi raya, jadual aku sudah bermula jam 4.45 pagi. Pagi-pagi lagi dah panaskan air untuk rebus nasi impit dan juga lemang segera. Sebelum bersiap sedia untuk bersembahyang di University.

Pada mulanya aku bercadang untuk solat di masjid e-abu bakar. Tapi bila diorg semua nak sembahyang di Uni, aku rasa macam tak syok, sebab bila lagi nak solat sama-sama dgn rakan-rakan yang lain. Almaklumlah, tahun terakhir la katakan. Kami semua bertolak ke University sekitar jam 7.45 pagi. Solat AidilAdha di University dijadualkan bermula jam 8.30 pagi. Sampai-sampai je sports Hall, sangat sikit org yang baru datang. Tahniah warga Malaysia kerana datang awal!!

Perjalanan ke University melalui Nelson Mandela Park.

Takbir raya yang amat berlainan dengan Malaysia. Kadang-kadang susah gak nak bajet.

Lepas solat, org melayu punyalah semangat bergambaq. Orang lain pun naik pelik. Smpai ade pak cik arab hujung kiri sekali pun teruja nak join.

Selepas solat, kami bersalam-salaman terutamanya sesama orang melayu(brunei dan malaysia). Seronok bila tengok semua orang ada sekali. cuma sedikit sedih sebab Naufal tak dapat balik sebab Outblock. Kirenya, sekali lagi kami takde gambar Raya bersama-sama. Bila keluar dari Sports Hall, ade disediakan sedikit makanan ringat(roti2, kek) dengan air zam-zam. Cume aku rasa die bubuh air mineral sikit dalam air zam-zam tu sbb nak bagi banyak kot. Rasanya lain. Lepas tu, kami semua keluar dari bangunan Charles Wilson untuk sesi bergambar.

Berikut merupakan gambar-gambar pilihan:

Seronok tengok semua orang ada. Naufal jelah yang takde rasanya.

Kami bergambar di satu-satunya taman dalam University. Depan Bangunan Fielding Johnson

Ni plak gambar pelajar Mathematics Batch aku. Lili dengan ain takde. tak tau pergi mana.

Boleh dikatakan, sangat lama sesi bergambar-gambar di kawasan University tu. Dan rasanya, orang lain yang lalu lalang pun nampak macam pelik je bila tengok kami. Bayangkan, lebih kurang 9.20 mula tangkap gambar, 10.15 baru habis dan kami berangkat pulang. Kali ni, kami semua lalu jalan lain plak. Ikut jalan Freemens, kemudian turun di Morrisons, melalui Brazil Street dan terus pulang ke rumah. Sempat jugak ambik gambar sikit-sikit tatkala tengah Autumn ni.

Sempat lagi bergambar sebelum pulang. Dua Izuwan. Kenapa gambaq aku semua kat kanan?

Daun kekuningan, autumn terakhir buat kami. Bersama dua junior baru di belah kanan.

Rumah aku kali ni diangkat sebagai rumah pilihan untuk muslimin berkumpul makan bersama-sama. Memang keluasan rumah kami sesuai untuk memuatkan sejumlah pelajar lelaki Malaysia di Leicester ni. InshaAllah, untuk bahagian kedua, kita akan lihat plak suasana berAidilAdha di 51, Burnmoor Street. Apa agaknya menu-menu yang disediakan oleh kaum adam kali ni. Memang tiada lansung campurtangan dari kaum Hawa. 100% tukang masak lelaki..

Bersambung..

Salam AidilAdha!!

Sekian dari syuib0809

Thursday, 3 November 2011

Bila berduit: ACER X1161P

Bismillah..

Bila manusia sudah berduit, macam-macam yang dibelinya..
Jumaat lepas, maka masuklah gaji pelajar-pelajar KPM tahun terakhir di Leicester. Lumrah manusia apabila berduit, nafsu pasti membuak-buak. Antara benda pertama yang aku beli ialah kamera. Yang mana aku rasa sangat penting apatah lagi masuk tahun terakhir berada di UK. Kamera lama dah rosak. Sekarang, aku malas nak cerita pasal kamera. Nak cerita benda lain.

Ade 3 barang yang aku tunggu hari ni selepas bershopping di Ebay. Satu kamera, kedua dakwat printer yang menyebabkan printer aku sangat lama tak berusik. Dan yang terakhir, ceng3x..

Macam nilah keadaan yang masih suci berbalut.

Kelihatan gambar projektor berjenama ACER.

Dapat beg sekali..

Projector ACER X1161P

Selamat datang ke 51 Burnmoor Street. Pelaburan baru..

Seperti yang sudah sedia maklum, aku sudah memiliki satu projektor suatu ketika dahulu. Rujuk sini. Akhir-akhir ni, ada seorang rakan yang pinjam untuk tujuan baik(aku assume) jadi aku biarkan sahaja beliau pinjam lama-lama. Jangan dirosakkan sudahlah. Memang aku beli untuk org gunekan dalam program-program baik. Tapi projector tu sangatlah tak bagus sebab ia hanya nampak terang bila tutup lampu. Tak pun biler berada dalam bilik yang gelap. Memang patut pun sebab namanya pun Home Cinema projector

Projector kali ni berjenama ACER, kira branded la jenama ni. Tipu sungguh sapa yang tak pernah dengar jenama ni. Kalau sebelum ni projektor aku hanya 1800 ansi lumens, kali ni 2500 ansi lumens. Dan kalau brightness sebelum ni 800:1, projector ni plak memilik kecerahan 3700:1!!. Alhamdulillah. Untuk mereka yang kurang paham, aku comparekan dgn saiz maximum yang boleh dihasilkan. Projektor lama tu hanya boleh cecah besar screen 1 meter setengah, tapi yang ini boleh sampai 7 meter!! mantap kan?

Harga asal makhluk Allah ni ialah GBP320, tapi oleh kerana curry(sejenis syarikat elektrik) tgh buat clearance, jadi die jual murah iaitu GBP198.50. Sapa-sapa nak pinjam untuk kegunaan Islam, dipersilakan...

Sekian dari syuib0809..