Bismillah..
Aku sangat suka melihat video ni. Cuma tak pasti adekah tazkirah Ustaz ni ditayangkan di TV-TV Malaysia. Menarik melihat betapa beraninya ustaz ni beri peringatan. mudah-mudahan ustaz ni berlepas dari mana-mana kaitan dengan kes ni di akhirat kelak.
Bila melihat komen2 di Youtube, lega sikit..
Sekian dari syuib0809
Friday, 29 April 2011
Thursday, 28 April 2011
Misi Ladang Kuning
Bismillah..
Sudah 6 hari tidak berjaya mengupdate blog ni. Hari ni, aku berhajat mencari sesuatu tempat yang agak jauh dari Leicester dengan menaiki basikal. Tengah2 musim bunga ni, akan ada ladang-ladang yang terbentang luas dan bewarna kuning. Bagi siapa yang pernah tengok cerite hindustan, mungkin akan dapat membayangkan ladang ni macam mana. Cerite Dilwale dulhania le jayenge. Hehe.. Memang ladangnya sesangatlah bewarna kuning. Tahun lepas, aku hanya sempat lihat dari dalam kereta api sahaja. Memang tak tahu kat mana tempat tu sangat. Jadi, aku berazam untuk ke situ hari ni.
Aku keluar rumah sekitar jam 11 pagi. Dengan menaiki basikal kelabu yang ringan tu, aku melalui De Monfort, Castle garden, abbey park, kawasan sekitar national space center dan akhirnya tiba di bulatan yang besar. Dekat sini, aku dah mule konfius. Terlupe yg mana satu aku kene ambik. Last2, aku cube jalan yg menuju ke loughborough. Kayuh punye kayuh ternyata jalan tu berlainan dengan ingatan aku. Akhirnya, aku kembai semula ke bulatan tadi utk ambik lorong ke melton mowbray. Dalam perjalanan nampak signboard Watermead Country Park. Singgahlah kejap.
Perjalanan diteruskan melalui melton road dan terus menuju ke lebuhraya. Kat lebuhraya ni agak mencabar sebab takde laluan untuk org yang berbasikal. Aku masih semangat walaupun sudah lebih satu jam mengayuh basikal. Walaupun matahari terik, angin sejuk menyebabkan aku kurang berpeluh. Dengan bekalan air di dalam beg galas, aku juga tiada masalah kehausan walaupun masih tak makan ape2 dari pagi. Setelah beberapa minit melepasi lorong ke melton mowbray, ladang yg bewarna kuning tu akhirnya kelihatan gak. memang luas gile. Aku pun tak tahu ape sebenarnya pokok ni. Layan jela.. ladang tu betul2 tepi lebuhraya.
Setelah hampir setengah jam berada di situ, aku bercadang untuk pulang ke rumah semula. Kali ni, aku melalui kawasan Thurmaston yang terletak di hujung jalan melton road. Dekat situ ade sebuah perkampungan dan juga pusat membeli belah. Tak sangka kat sini pun ade asda 24 jam. Perjalanan kali ni agak x syok bile aku terlanggar penghadang jalan smpai baju terkoyak. aduih.. Dari Thurmaston, aku meneruskan kayuhan aku ke beberapa kawasan yang tidak pernah lansung aku explore kat Leicester ni. Antaranya sudah tentulah Leicester Outdoor Pursuits Center ni. Sungguh tak sangka.. Ade macam-macam kat sini rupenye.. Abseiling, memanah, Air Rifles dan bagai2 lagi..
Aku akhirnya melalui abbey Park untuk pulang k erumah. Ternyata tiada apa-apa yang menarik di Abbey Park. bunga pun tak banyak. Yang banyak orang berjemur d berpicnic je. FunFair pun tak menyala lagi. AKu sampai ke rumah jam 3.40petang. Rasanya lebih kurang 9 miles gak la aku mengayuh basikal tu hari ni. Tak pastilah boleh kurus ke tak. Hehe. Mudah-mudahan segalanya menjadi secebis memori apabila aku pulang ke Malaysia semula..
Sekian dari syuib0809..
Sudah 6 hari tidak berjaya mengupdate blog ni. Hari ni, aku berhajat mencari sesuatu tempat yang agak jauh dari Leicester dengan menaiki basikal. Tengah2 musim bunga ni, akan ada ladang-ladang yang terbentang luas dan bewarna kuning. Bagi siapa yang pernah tengok cerite hindustan, mungkin akan dapat membayangkan ladang ni macam mana. Cerite Dilwale dulhania le jayenge. Hehe.. Memang ladangnya sesangatlah bewarna kuning. Tahun lepas, aku hanya sempat lihat dari dalam kereta api sahaja. Memang tak tahu kat mana tempat tu sangat. Jadi, aku berazam untuk ke situ hari ni.
Aku keluar rumah sekitar jam 11 pagi. Dengan menaiki basikal kelabu yang ringan tu, aku melalui De Monfort, Castle garden, abbey park, kawasan sekitar national space center dan akhirnya tiba di bulatan yang besar. Dekat sini, aku dah mule konfius. Terlupe yg mana satu aku kene ambik. Last2, aku cube jalan yg menuju ke loughborough. Kayuh punye kayuh ternyata jalan tu berlainan dengan ingatan aku. Akhirnya, aku kembai semula ke bulatan tadi utk ambik lorong ke melton mowbray. Dalam perjalanan nampak signboard Watermead Country Park. Singgahlah kejap.
Dan swan kat sini sesangatlah banyak. Memang banyak sungguh.. Selalunya yg warna putih ade beberapa ekor je kat tempat len. Ni memg berpuluh-puluh.
Perjalanan diteruskan melalui melton road dan terus menuju ke lebuhraya. Kat lebuhraya ni agak mencabar sebab takde laluan untuk org yang berbasikal. Aku masih semangat walaupun sudah lebih satu jam mengayuh basikal. Walaupun matahari terik, angin sejuk menyebabkan aku kurang berpeluh. Dengan bekalan air di dalam beg galas, aku juga tiada masalah kehausan walaupun masih tak makan ape2 dari pagi. Setelah beberapa minit melepasi lorong ke melton mowbray, ladang yg bewarna kuning tu akhirnya kelihatan gak. memang luas gile. Aku pun tak tahu ape sebenarnya pokok ni. Layan jela.. ladang tu betul2 tepi lebuhraya.
Punyeah susah nak tangkap gambar. Ni pun cubaan ke berapa pn aku tak tau. Sangkut kat pokok plak tu. Pokok plak berduri.
Setelah hampir setengah jam berada di situ, aku bercadang untuk pulang ke rumah semula. Kali ni, aku melalui kawasan Thurmaston yang terletak di hujung jalan melton road. Dekat situ ade sebuah perkampungan dan juga pusat membeli belah. Tak sangka kat sini pun ade asda 24 jam. Perjalanan kali ni agak x syok bile aku terlanggar penghadang jalan smpai baju terkoyak. aduih.. Dari Thurmaston, aku meneruskan kayuhan aku ke beberapa kawasan yang tidak pernah lansung aku explore kat Leicester ni. Antaranya sudah tentulah Leicester Outdoor Pursuits Center ni. Sungguh tak sangka.. Ade macam-macam kat sini rupenye.. Abseiling, memanah, Air Rifles dan bagai2 lagi..
Baju terkoyak dan tangan terluka akibat perlanggaran dengan penghadang jalan. Besar gakla koyaknye.. Nak jahit malas.
Aku meneruskan perjalanan hingga akhirnye menemui Signboard Belgrave Hall. Teringin gak nak tengok ape yang ade kat belgrave Hall ni. Selalunya bile aku lalu Melton Road, mesti ade signboard bende alah ni. Tapi selaunya malas nak teruskan penerokaan sebab tempat ni jauh. Oleh kerana belgrave Hall ni akan aku lalui utk pulang ke rumah, aku pun singgah la kejap kat Belgrave Hall ni. Sebenarnya, takdela ape sangat Belgrave Hall ni. Ada bangunan bersejarah dan Garden sikit-sikit. Tapi, ramai budak-budak yang datang sebab die ajar buat craft dan budak-budak boleh bermain-main kat sini. Banyak gak keluarga yang datang kat sini walaupun ia sebenarnya agak tersorok la jugak.Aku akhirnya melalui abbey Park untuk pulang k erumah. Ternyata tiada apa-apa yang menarik di Abbey Park. bunga pun tak banyak. Yang banyak orang berjemur d berpicnic je. FunFair pun tak menyala lagi. AKu sampai ke rumah jam 3.40petang. Rasanya lebih kurang 9 miles gak la aku mengayuh basikal tu hari ni. Tak pastilah boleh kurus ke tak. Hehe. Mudah-mudahan segalanya menjadi secebis memori apabila aku pulang ke Malaysia semula..
Sekian dari syuib0809..
Thursday, 21 April 2011
Update musim bunga di Leicester
Bismillah..
Rasanya lima hari yang mendatang, aku tak mungkin akan update blog ni. Cuti easter sudah smpai ke peringkat akhir aku kira. Bila smpai je spring ni, bunga sudah tentulah menjadi tarikan utama. Siang pun sudah mula semakin panjang. Subuh pukul 3.50pagi dan maghrib pukul 8.10 malam. Suhu pula sudah semakin meningkat, tidak lagi sesejuk sebulan yang lalu. Pakai t-shirt biasa saja sudah cukup. Kalau orang putih plak, memang semakin menjolok mata pakaiannya. Sebaik tengah cuti, kalau tak memang cuci mata je kat universiti tu. Dah la panas, dewan kuliyah pun jadi panas, budak2 ni bukan tau malu. Kat leicester, akan ada lebih kurang macam pasar malam. Tapi hanya bukak pada waktu siang..
Sabtu lepas, abang mahyuddin jemput pergi rumah dia makan-makan. Abg din buat sikit jamuan sebab anak die mawaddah dah sembuh. Aku yg sememangnya sgt bosan, terus memenuhi jemputan beliau. Seperti yang telah aku tulis dlm post sebelum ni, memang seronok pergi majlis tu. Namun sebelum tu aku lepak dulu kat spinning hill park yg terletak dekat dgn rumah abg din. Sgt ramai orang baring2, makan2, main bola dan sebagainya. Sementara menunggu abg din punye jamuan, aku pun baring2 kat situ. Memang sungguh tenang dn menyamankan. Yelah, musim2 bunga ni memang banyak sikit anginnya.
Kesempatan berada di victoria park aku gunekan utk tgkap gmbar bunga-bungaan. Bersempena musim bunga ni, terimalah gambar-gambar bunga di Leicester. Tak banyak beza dengan musim bunga yang lalu..
Hari rabu pulak, aku pergi town utk beli barang2 dapur. Giliran aku memasak hari tu. Tetibe semangat plak nak masak sebab hari sebeumnya Naufal masak sedap. Naufal buat ikan masak merah dengan masak sayur(x tau nama). Memang malam sebelumnya aku selera sungguh makan. Jadi, aku pun teringin plak nak masak dua lauk. Selalunya masak satu lauk je. Bujang la katakan. Masak la rendang dengan sambal ubi kentang+telur. Buh sikit salad2 dan timun kasi seimbang. Pukul 3 dah mula masak. Memang awal sungguh. Masak nasi lima cawan, malam tu dah habis. Haha.
Sekian dari syuib0809...
Jumpe lagi nnt untuk post di Abbey Park..
Rasanya lima hari yang mendatang, aku tak mungkin akan update blog ni. Cuti easter sudah smpai ke peringkat akhir aku kira. Bila smpai je spring ni, bunga sudah tentulah menjadi tarikan utama. Siang pun sudah mula semakin panjang. Subuh pukul 3.50pagi dan maghrib pukul 8.10 malam. Suhu pula sudah semakin meningkat, tidak lagi sesejuk sebulan yang lalu. Pakai t-shirt biasa saja sudah cukup. Kalau orang putih plak, memang semakin menjolok mata pakaiannya. Sebaik tengah cuti, kalau tak memang cuci mata je kat universiti tu. Dah la panas, dewan kuliyah pun jadi panas, budak2 ni bukan tau malu. Kat leicester, akan ada lebih kurang macam pasar malam. Tapi hanya bukak pada waktu siang..
Sabtu lepas, abang mahyuddin jemput pergi rumah dia makan-makan. Abg din buat sikit jamuan sebab anak die mawaddah dah sembuh. Aku yg sememangnya sgt bosan, terus memenuhi jemputan beliau. Seperti yang telah aku tulis dlm post sebelum ni, memang seronok pergi majlis tu. Namun sebelum tu aku lepak dulu kat spinning hill park yg terletak dekat dgn rumah abg din. Sgt ramai orang baring2, makan2, main bola dan sebagainya. Sementara menunggu abg din punye jamuan, aku pun baring2 kat situ. Memang sungguh tenang dn menyamankan. Yelah, musim2 bunga ni memang banyak sikit anginnya.
Abang din nak jual kereta die. 400pound sama dengan RM2000 tu. Siap dgn MOT dan roadtax selama 3 bulan
Minggu ni memang sedikit bosan. Takde bende sangat nak buat. Hari selasa, abang rosli kembai semula ke Leicester. Aku, syahir, siva dan abg din pun datanglah nak jemput die kat train station. Katanya pukul 4 petang, jadi kami pn tunggu smpai dekat setengah jam. Rupe2nye abang rosli ni dah smpai ku 3.50pth dan terus ke Walnut Court yang merupakan penginapan die sepnjg berada di sini. Maka, kami semua pun balik ke rumah masing-masing. Petang tu, abg din ajak main bola kat victoria park. Saja je riadah petang dengan anak-anak abg din. Ade gak abg Ferhad dan abg sobri. Maka buatlah kami friendly antara golongan bapak2 dan anak-anak. Hahaha.Kesempatan berada di victoria park aku gunekan utk tgkap gmbar bunga-bungaan. Bersempena musim bunga ni, terimalah gambar-gambar bunga di Leicester. Tak banyak beza dengan musim bunga yang lalu..
Hari rabu pulak, aku pergi town utk beli barang2 dapur. Giliran aku memasak hari tu. Tetibe semangat plak nak masak sebab hari sebeumnya Naufal masak sedap. Naufal buat ikan masak merah dengan masak sayur(x tau nama). Memang malam sebelumnya aku selera sungguh makan. Jadi, aku pun teringin plak nak masak dua lauk. Selalunya masak satu lauk je. Bujang la katakan. Masak la rendang dengan sambal ubi kentang+telur. Buh sikit salad2 dan timun kasi seimbang. Pukul 3 dah mula masak. Memang awal sungguh. Masak nasi lima cawan, malam tu dah habis. Haha.
Sekian dari syuib0809...
Jumpe lagi nnt untuk post di Abbey Park..
Tuesday, 19 April 2011
SEMESTI.. 5ST dan lima sekawan
Bismillah..
Ahad baru ni, aku tidur jam 4.20 pagi. Kesunyian di malam hari tu aku isi dengan membelek-belek semula gambar-gambar lama yang berada dalam external hard disk aku. Kesunyian diri menyebabkan aku teringat-ingat kembali zaman dahulu. Dari sekolah menengah sehinggalah masuk ke kolej. Mahu mengingati semula memori di Matriks, tapi satu gambar pun aku xde kat matriks gopeng tu. Malam tu, folder gambar-gambar di semesti menjadi tatapan utama aku. Tempoh lima tahun berada di situ memang sesuatu yang sangat bermakna walaupun penuh dengan konflik dan suka duka.
Memang suasana di sekolah sangat jauh berbeza dgn kolej. Kat sekolah, pukul memukul, buli, tak puas hati, ngumpat-mengumpat, hasut-menghasut, ejek cikgu menjadi suatu budaya. Yelah, akal pun tak matang lagi kan? Ingat kami dulu pernah pulau sorang budak india smpai dia terpaksa keluar sekolah. Ada yang berpuak-puak sampailah gaduh antara kelas pun ada. Yang team rugby nak tunjuk kuat. Yang team pengawas nak tunjuk pengaruh.. walaupun bukan semua mcm tu, tapi kumpulan tersebut memang ada. Belum lagi kira team jejaka-jejaka yg bajet ensem dan bercouple, lagi menyampah.. Aduih
Teringat bila zaman sekolah dulu, form 1 sampai form 3, mesti masalah dengan senior menjadi antara isu utama. Bila naik je form 4, kami sudah sedikit bebas. Namun berhadapan masalah kritikal dengan senior kami setahun iaitu form 5 ketika tu. Yelah, orang baru nak rasa bebas. Memberontaklah bila senior form 5 sekat macam-macam kebebasan. Memang terjejas teruk hubungan kami ketika tu. Bila kami masuk form 5, tiada masalah lg dan kami pun dah mula tak kacau junior2. Bukan apa, takut junior doa exam SPM teruk. Haha..
Sebenarnya aku nak cerita pasal kelas aku, tetibe melalut pulak ke tempat len. Dalam kelas, aku duduk kat bahagian belakang dengan 4 orang kawan aku yang le iaitu firdaus(caom), aizud, mubarak dan azim. Aku sangat suka dengan team semeja aku berlima ni. Memang kami jela kot yang berlima, yang len semua berenam macam kat bawah. Lokasi pun strategik bawah kipas. memang selalu jadi tempat lepak budak2 lelaki yang len la. Kalau waktu rehat, memang penuh la orang kat meja kami. Persoalannya, kenapa aku suka geng semeja aku ni?
Mubarak, azim, aizud dan caom semuanya jenis yang bukan mencari pengaruh. Tak suka jaga tepi kain orang lain. Sebenarnya bila masuk form 5, aku sedikit stress bila golongan2 hot/atasan/pandai suka mencari pengaruh dan menghasut supaya orang len membenci musuh mereka. Antara yang menjadi mangsa ialah aizud, mubarak dan azim. Caom boleh kata semua orang suka. Aku? Ntahla.. Aku kesian tengok 3 kawan aku ni dan kalau ikut tiga tahun sebelum ni, aku tak pernah kenal pun sgt diorg ni. Maka, peluang sekumpulan dgn mereka aku gunakan sebaik mungkin untuk mengenali mereka. Ternyata, umpatan dan cacian orang sememang satu hasutan syaitan yang sangat jahat. Sedangkan 3 orang ni jarang sekali mengumpat org yang membenci mereka tu.
Aku sedikit tenang masuk kumpulan berlima ni. Takde nak dengar dah umpatan dan cacian orang dah. Ingat lagi, semata-mata tak nak dengar orang mengumpat2 ni, aku bersumpah dengan diri sendiri supaya tidak lagi menjejakkan kaki masuk ke bilik pengawas C walaupun aku ramai kawan di situ. Memang benar, lima bulan lebih aku tak masuk bilik tu. Ramai je kawan aku yang baik dalam tu, cuma bila ada yang kuat suruh membenci orang len, aku cukup menyampah. Oleh kerana kami berlima tak suka masuk cmpur hal(negatif) orang lain, kami pun watlah hal sendiri.. Hehe
Antara projek besar yang kami buat ialah projek kumpulkan maklumat semua ahli kelas, kumpul gambar, kumpul video dan muatkan dalam CD sebagai kenang-kenangan. Wat ucapan selamat hari raya dan macam-macam lagi. Diorang ni sempoi je. Ade sekali tu nak wat video klip, tp semua xde bakat berlakon. Haha. Antara benda lain ialah kami ilhamkan buat semula jamuan akhir tahun kelas. Tahun akhir tu, kami ada dua jamuan. Mula2 jamuan di sekolah je. Bila rasa tak syok buat kat sekolah je, kami berlima bincang supaya jamuan lagi satu diadakan di sebuah restaurant. Malah kami sanggup utk bagi duit lebih semata2 nak galakkan semua ahli kelas pergi. Akhirnya AJK tertinggi kelas bersetuju dan buat.
InshaAllah berjumpa lagi..

Firdaus(caom), aku, mubarak, azim dan Aizud. Kami memang kuat tangkap gmbar dalam kelas. Ni aku dengan mubarak pinjam blazer orang. Haha
Aku sedikit tenang masuk kumpulan berlima ni. Takde nak dengar dah umpatan dan cacian orang dah. Ingat lagi, semata-mata tak nak dengar orang mengumpat2 ni, aku bersumpah dengan diri sendiri supaya tidak lagi menjejakkan kaki masuk ke bilik pengawas C walaupun aku ramai kawan di situ. Memang benar, lima bulan lebih aku tak masuk bilik tu. Ramai je kawan aku yang baik dalam tu, cuma bila ada yang kuat suruh membenci orang len, aku cukup menyampah. Oleh kerana kami berlima tak suka masuk cmpur hal(negatif) orang lain, kami pun watlah hal sendiri.. Hehe
Antara projek besar yang kami buat ialah projek kumpulkan maklumat semua ahli kelas, kumpul gambar, kumpul video dan muatkan dalam CD sebagai kenang-kenangan. Wat ucapan selamat hari raya dan macam-macam lagi. Diorang ni sempoi je. Ade sekali tu nak wat video klip, tp semua xde bakat berlakon. Haha. Antara benda lain ialah kami ilhamkan buat semula jamuan akhir tahun kelas. Tahun akhir tu, kami ada dua jamuan. Mula2 jamuan di sekolah je. Bila rasa tak syok buat kat sekolah je, kami berlima bincang supaya jamuan lagi satu diadakan di sebuah restaurant. Malah kami sanggup utk bagi duit lebih semata2 nak galakkan semua ahli kelas pergi. Akhirnya AJK tertinggi kelas bersetuju dan buat.
Jamuan pertama di padang sekolah je. Kami berlima tak sosial sgt, jadi takde dlm gambar. Haha. Sebenarnya caom dgn aizud memag xde. tapi kalau ade, caom pun mgkin tak masuk dlm gmbar ni. Hehe
Antara benda lain yang aku suka pasal kumpulan ni ialah kami tak sosial sangat dengan perempuan. Azim jela kot kalau rapat pun, tapi waktu tahun akhir tu dia baru putus cinta. jadi memang welcome to the club la. Hehe.. Sekarang ni, yang paling aku rindu ialah mubarak basir. Selepas caom, die nilah yg paling rapat dengan aku dalam kelas. Die ni keras sikit, kalau tak setuju dan tak suka sumthing memang die tegas. Tu la sbb yang orang berpengaruh bermasalah sikit dgn die ni. Aku lama gila tak jumpe die. Rasanya kali terakhir ialah waktu ambik keputusan SPM. Lepas tu memang tak jumpa lansung sebab die je kawan aku dr SEMESTI yang duk kedah.Aku dengan mubarak basir. Aku dgn die memang kuat main2 sikit. Dua-dua bukan pengawas, saja je nak action. Aduih..
Rindu sungguh persahabatan ni. Sekarang semua dah ada halatuju masing-masing. Boleh dikatakan kami berlima punyai masa depan yang cerah InshaAllah. Aizud ambik medic, Caom kat Curtin University under Petronas, mubarak ambik bidang2 komputer lebih kurang dan mat lazim(azim) kat UiTM tak silap aku. Semoga berjaya sahabat semua..InshaAllah berjumpa lagi..
Sekian dari syuib0809..
Sunday, 17 April 2011
Update easter tanpa gambar
Bismillah..
Semalam, abg din jemput aku ke rumah beliau untk makan2. Alhamdulillah, anak beliau mawaddah sudah sihat daripada penyakit sawan minggu lepas. Sangat seronok jamuan makan-makan semalam. Aku sangat rindu suasana makan2 dan berkumpul ni. Kat leicester ni melayu kurang, geng sekepala pun kurang. Menyebabkan aku memang sangat bosan easter break ni. Semalam aku baring la kejap kt spinning hill punye park sblum ke rumah abg din nak bg hilang bosan. Apepun, semalam memang sedikit mengubat hati walaupun hanya banyak postgrad je. Tapi didalam keseronokan tu, lupa plak nak tangkap gambar. Dapat main dengan budak2 tu lagi mesti best.
Hari ni, aku memang sangat bosan. Banyak habiskan masa dengan tidur je. Aku memang benci tidur lama-lama, tapi memikirkan takde bende nak buat, tidur menjadi pilihan utama hasutan syaitan laknatullah. Study? Study dengan badan yang tak aktif memang bukan satu perkara yang positif. Tula orang selalu cakap badan cergas minda cerdas. Bila lesu, tula yang asyik malas je tu. Sabar jela. Apepun, tengah hari tadi aku menunaikan solat di masjid e-abu bakar nborough road. Sedikit perkara yang memelikkan aku berlaku..
Lepas habis solat je, pakcik sebelah aku terus bangun bagi pengumuman. Die mintak semua ahli jemaah yang hadir untuk stay lepas solat sunat sebab ada bacaan Yassin untuk seorang hamba Allah yang baru je meninggal dunia. Aku pun stay sebab tak pernah join tahlil2 kat sini. Maka, menunggulah aku lepas solat sunat kat situ. Kelihatan buku yassin diletakkan kat mimbar. Ade beberapa orang yang ambil dan duduk, antaranya pakcik tadi. Takde bulatan, takde panggil ape2 menyebabkan aku pelik. Rupe2nya, semua orang baca yassin tapi baca sendiri2. Bacaan yassin tersebut dibuat masing2 dan tanpa suara yang kuat. Memang sungguh lain dengan malaysia.
Lepas tu, majlis baca yassin diakhiri dengan bacaan doa dari imam masjid. Cara imam tu nak tau bile dia boleh start baca doa ialah dengan melihat semua yg ade kat masjid tu. Kalau ramai dah relaks dan dah tutup buku yassin, maksudnya bolehla die mula doa. Cume adela gak yg tgh baca lagi yassin tu. Aduih. Kebnyakan doa yg dibacakan imam ni kebnyakannya adalah doa yang tedapat dalam alquran. Dan ditambah sedikit dengan doa dalam bahasa urdu kalau tak silap aku. Lepas habis baca doa, semua pun balik. Takde zikir geleng2 kepala, takda lagu2 dan sebagainya.. memang lain..
Cerite tamat.......
Sekarang ni, org kat masjid jela kot jadi pengubat hati sikit. Kalau ade yang tegur aku, sembangla gak. Biasanya yg tabligh2 nila suka tegur. Kalo takde, sunyi jela hidup. Memang bohsan.. Nak je buat BBQ ke, main bola ke, kuiz ke.. mesti best. hari ni aku berazam nak study betul2
Moga dikuatkan semangat walaupun tanpa kawan2 sebagai pendorong utama.
Rindu suasana di kolej dan sekolah..
Sekian dari syuib0809..
Wednesday, 13 April 2011
Musafir Venice, Italy bhgn akhir
Bismillah..
Keesokan harinya, kami mula bersiap sedia untuk check out drpd hotel yang kami diami. Bayaran 50euro untuk hotel tu boleh dikatakan berbaloi sebab kami dapat sarapan yang unlimited untuk pagi tu. Selepas bersiap semua, aku teus turun ke bawah sekitar 8.30pagi untuk bersarapan. Azri plak masih tidur. Pagi tu banyak makanan yang kami boleh makan sebab kebanyakannya adalah roti dan vegeterian punye makanan. Oleh kerana azri masih tak turun2, aku ambik peluang utk tangkap gambar sekitar Ferrario tu..
Kami sepatutnya check in jam 10 pagi. Oleh kerana tak larat nak bawak beg tu jalan2, kami simpan sahaja di dalam hotel tersebut. Memang ade tempat khas utk letak beg. Target kami hari ni ialah utk pusing2 pulau utama venice ni. Kawasan pertama yang kami tujui pagi tu ialah academia. Kalau ikut map dekat sini agak banyak tarikan berbentuk bangunan.. Antara yang ada kat sini ialah musium academia nilah, Schermo interBiglietteria Hellovenezia Accademia Aku pun tak tau ape bende ade dalam ni, malas pun nak masuk, bukan ade duit pun.. Lepas tu berjalan lah kami menuju ke kawasan belakang plak.
Dari kawasan academia, kami berjalan lagi sehinggalah smpai di sebuah lagi museum bernama Ca’ Vernier dei leoni PG Collection .. Tangkap gambar dari luar je, lepas tu teruslah kami menuju ke kawasan church dan juga palace yang ade di situ.. Yang satu palace ni bernama dan yang satu church st maria bla3x.. Kedudukan bangunana2 ni boleh dikatakan terletak di hujung pulau utama. Dengan kata lain settle dah la bahagian selatan pulau ni kami pergi. Yang hampehnya, ade ke patut diorng letak patung budak laki bogel kat situ.. teruk betui. Nilah kalau orang dah tek reti nak malu nengoknya.
Dari situ, kami menaiki ferry menuju ke kawasan ca' rezzonico. Aku sendiri tak pasti ape ade kat sini. saja je jalan2. Kami berjalan menuju ke kawasan utama iaitu Rialto. Di sepanjang jalan, penuh dengan kedai2 terutamanya kedai souvenier. Kalau bawakorang perempuan, memang komfem rambang mata. Dan boleh gak jatuh muflis. Haha.. Sampai di satu kedai yang kami tengok murah, aku dgn azri pun belilah sedikit cenderamata buat kenang-kenangan. Sampai di Rialto, azri tetibe rambang mata tengok tie dgn kain ala2 tudung kat situ. Oleh kerana duit cash tak cukup, die pn gunela kad. Sekali kad pun xde duit, last2 gune kad aku. Haha.. Nampak kaya kan kami?
Lepas penat2 pusing, kami kembali semula ke hotel untuk kemas2 barang. Waktu tu lebih kurang 1.30 tgh hari. Tapi, kami bertolak dari hotel tu sekitar jam 2.3o sbb pergi beli air dulu. Keluar je dari hotel, cadangnya nak lah pergi kedai halal yang kami jumpe semalam. Sampai2 punyelah pasrah. Rupe2nya memang kedai tu dah tutup terus. Sabo jela.. kami sudahpun smpai ke p.;e roma ketika itu. Oleh kerana masing2 lapar, azri kembali semula ke Rialto sementara menunggu bas ke airport. Lebih sejam gakla die pergi beli kebab tu. Kami akhirnye menaiki bas kul 4.30petang dan sampai ke treviso airport jam 5.45 petang.
Secara keseluruhannya, venice ni takdelah lawa mana sangat. Cume dalam gambar mungkin nampak lawa terutamanya kalau guna DSLR. Jauh meleset dari sangkaan aku kecantikannya.aku sangat impikan nak pergi switzerland plak. Semua orang kata lawa.
Tengoklah summer nanti macam mana..
Sekian dari syuib089..
Jom study

Supermarket nilah tempat kami beli air selalu. Kalau kat kedai biasa, sau botol air mineral besar beharga 2.ooeuro. Kat supermarket ni harganya 0.35euro
Secara keseluruhannya, venice ni takdelah lawa mana sangat. Cume dalam gambar mungkin nampak lawa terutamanya kalau guna DSLR. Jauh meleset dari sangkaan aku kecantikannya.aku sangat impikan nak pergi switzerland plak. Semua orang kata lawa.
Tengoklah summer nanti macam mana..
Sekian dari syuib089..
Jom study
Subscribe to:
Posts (Atom)