Sunday, 24 July 2011

Hujung minggu Burnmoor Street

Bismillah..

Bermula dari hari jumaat baru ni, Izwan dengan Naufal sudahpun mendapat cuti selama lebih kurang satu bulan sepanjang musim panas ni. Menariknya, kedua-duanya tidak pulang bercuti di Malaysia sebaliknya menghabiskan cuti sebulan ni di UK. Izwan tak dapat pulang kerana urusan Visa yang masih belum selesai manakala Naufal mengambil keputusan untuk balik waktu winter nanti sebab kakak die nak kahwin. Dan diorang kelihatan setakat ni takde apa-apa perancangan untuk bercuti ke Luar Negara ditambah pulak bulan Ramadhan yang semakin menghampiri. Memang kesian gak diorang ni.. Berkorban untuk jadi doktor. bagus2..

Kat rumah aku gak masih ada Dr. Airil yang menambah lagi seri rumah ni. InshaAllah die akan pulang setelah urusan menghantar barang pulang selesai. Tetibe rasa tak syok plak kalo die balik sebab sunyi plak nnt rumah ni. Pada hari jumaat, ada sedikit jamuan di rumah Syazwan bagi meraikan doktor-doktor yg akan pulang dan budak2 rumah tu yang juga pulang bercuti di Malaysia selama sebulan. Ramai gak yang ada, tapi boleh dikatakan semuanya budak Medic kecuali aku dengan syahir. Menu special ialah Mee Bandung dan kambing panggang. Keesokan harinya, Izwan ajak wat gotong royong kat rumah.

Ruang tamu setelah mendapat sofa biru dari tuan rumah. Tengah tu kotak Dr. Airil nak bawa malaysia.

Tak tau macamne nak tangkap gambar toilet ni. Sebab toiletnye kecik2.

Dapur yang menjadi tempat pembersihan utama. Tapi kurang nampak impaknya secara mata kasar. Banyak susun barang dalam kabinet.

Operasi bermula lebih kurang pukul 11 pagi. Aku dapat bahagian tandas. Izwan dengan Naufal bahagian dapur dan syahir bahagian ruang tamu. Ruang tamu kami pada mulanya memang sangat semak sebab banyak barang. Antara sebab utama ialah sofa "baru" yang diberikan oleh tuan rumah kepada kami. Ntah dari mana ntah die ambik sofa warna biru tu. Memang kami mintak sofa len pun dari die, tu yang die bagi tu. Petang lepas habis gotong royong, kami buat plak nasi lemak dengan diketuai Chef Izwan senior. Bukan aku, aku tolong je.. Jadi, kenyanglah kami malam tu. Dan malam tu jugak, Izwan ajak pergi Carboot keesokan paginya. Carboot yang aku tak pernah pergi di Leicester. Namanya Croft..


Mula-mulanya aku dengan Izwan je bangun sebab yang len tidur lambat malam tadi. Diorang kata ada polis datang rumah jiran sebelah sebab ada gaduh. Jadi, dalam kul 4 baru diorg tidur. Tapi, dalam pukul 8 semua berjaya bangun dan bersiap-siap kecuali Naufal. Naufal bangun tapi malas nak pergi. Jadi, kami 4 orang je pergi. Aku memang takde berniat apa-apa nak cari di Carboot sebab takde duit. Pergi saja sebab bosan lagipun naik kereta. Yang beria-ria nak pergi ialah Izwan sebab nak cari basikal. Basikal lama die warna merah sangat kuat meragam. Jadi elok die beli baru. Akhirnya ada gak yang berkenan di hati waktu kat Croft pagi tadi.

Harga 50pound. Boleh dikatakan agak mahal kalau beli kat Carboot. Tapi aku nampak basikal tu masih lawa dan agak bagus. Berbaloi..

Suasana di Carboot pagi tadi.

Nak masuk carboot ni kene bayar 50p. Dan carboot ni memang tersangat-sangat besar. Aku rasa ni paling dekat dari rumah aku kalau nak bandingkan dengan Quorn punye. Dan jauh lebih besar dari yang kat Quorn. Memang sungguh besar dan tak larat nak jalan. Kalau ade benda nak cari memang seronok. Banyak duit juga mungkin seronok. Ada jumpe beberapa orang melayu. Antaranya keluarga abang Zaime yang datang bercuti dan kak Diana Iman bersama familinya yang turut menjual di situ. Izwan dengan syahir je yang beli beberapa bende. Aku dengan Airil memang pulang dengan tangan kosong. Airil memang tak boleh nak beli sebab kotak die memang dah penuh sungguh.

Balik-balik, aku sambung main komputer, baca surat khabar, dan tertidur sebentar dalam pukul 12.30 tgh hari. Belah malam, airil masak ayam panggang, Izwan buat nasi beriyani, aku goreng keropok ikan je dan kami dihidangkan dengan teh ais. Lepas tu semua tengok TV cerite Crash manakala aku baca sumthing di Iphone aku. Kurang berminat tengok movie kat Tv sebab aku tak berapa nampak. Berakhirlah hujung minggu ni. Tak sabar nak puasa dan balik rumah. Aku rasa puasa lagi best dari Raya. Hehe

Sekian dari Syuib0809..

No comments:

Post a Comment