Sebuah lagi buku dari Ustaz Misbah Em Majidy. Lebih kurang 330 muka surat tebalnya, maka memang ambik masa. Buku ni aku jumpa kat POPULAR Aeon Manjung minggu lepas waktu nak pergi pulau pangkor. Aku sememangnya senang dengan buku-buku Misbah Em Majidy kerana setiap hadis yang disertakan diyakini dari sudut kesahihannya. Beliau membiasakan menulis dengan meletakkan rujukan, maka itu sudah sangat-sangat satu usaha yang murni.
Kembar kepada buku ni ialah Stop Neraka. Dalam buku stop neraka ni banyak kisah-kisah luarbiasa yang biasa kita dengar seperti kisah 10 orang yang dijamin masuk syurga, jadi aku pilih untuk beli Stop Syurga sahaja. Mana ada banyak bajet tengah menganggur ni. Harga buku ni RM22 yang bagi aku sangat berbaloi.
Secara keseluruhan, buku ni sangat-sangat baik dalam memberi peringatan. Peringatan mengenai neraka, ahli dan isinya. Walaupun sudah beriman kepada Allah dan Rasulnya, itu belum kepastian kita terlepas dari seksaan api neraka. Memang benar neraka diisi dengan Iblis, orang kafir dan munafiq sebagai penghuni tegarnya, namun UMMAH masih ada yang mengisinya.
"...akhirnya Malaikat Jibril mengatakan, “Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yang berdosa besar dan meninggal sebelum mereka mengucapkan kata taubat”.
Mendengar penjelasan yang mengagetkan itu, Rasulullah SAW pun langsung pingsan, Jibril lalu meletakkan kepala Rosulullah saw di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar beliau bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.”
Nabi Muhammad lalu menangis, Jibrail pun ikut menangis. Kemudian nabi saw langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan..."
Dalam buku ni juga banyak kisah yang kita boleh ambil pengajaran dan ceritakan kepada orang lain. Antara mereka-mereka yang jarang kita dengar, namun diceritakan dalam ni ialah:
Bal'am bin Ba'urah
Walid Ibnu Mughirah
Walihah(Isteri Nabi Luth)
Salome(kisah nabi Yahya)
Unaizah.
Selain itu, buku ni juga sangat sesuai untuk orang perempuan. MashaAllah, walaupun mungkin rata-rata kita melihat muslimat banyak memenuhi majlis ilmu, namun muslimat juga menjadi kaum terbanyak yang memenuhi neraka. Kenapa? InsyaAllah boleh dapat jawapannya dalam buku ni.
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment