Tak nak banyak-banyak post. Maka aku catatkan sedikit sahaja beberapa perkara yang berlaku minggu ni sebagai rujukan pada masa akan datang. Mungkin menarik, mungkin tidak.
Sabtu. 16 Nov 2013
Aku ke KL untuk urusan pendaftaran graduasi dan pengambilan jubah di MAEPS, serdang. Oleh kerana sampai awal, Yasir ambil aku di sungai besi dan terus menuju ke MINES. Sesi pendaftaran kami sebenarnya petang bermula 2.30 dan mungkin habis sekitar pukul 5. Tapi aku dan yasir dah ade kat MAEPS pukul 12.30 tgh, lalu kami terus mencuba nasib. Alhamdulillah, kaunter yang lengang dan pensyarah yang sempoi. Maka segala urusan kami selesai jam 1.35 tgh. Paling tak sangka bila terserempak dengan Aiman plymouth. Perjalanan balik agak "rumit", bilamana Yasir turut singgah di pandan indah untuk ambil tunang dia, kemudian menuju ke Batangkali hantar Cuan, terus ke Tg malim untuk turunkan tunang dan barulah akhirnya ke Teluk Intan. Aku dengan Cuan memang awkward dengan wanita yang tidak dikenali.
Selasa. 19 Nov 2013
Hari Konvokesyen bagi semua pelajar IPG seluruh Malaysia berlansung selama beberapa hari. Untuk budak KPLI PPC, kami bergraduasi dengan pelajar JQaf dan DPLI sekali pada belah petang. Tiada apa yang special, typical event Malaysia yang selalu bermula lambat. Kena tunggu VVIP. Tapi aku suka persembahan keroncong dia. Hanya kami KPLI PPC dari IPG Pulau Pinang bersemangat nak datang konvo ni, PPC lain memang tak ramai lansung. Mungkin hubungan kami yang memang rapat, aku melihat Graduasi ni lebih kepada tempat kami berkumpul dan bertemu kembali. Mana taknya, dari taklimat, susun barisan, dan duduk menanti konvo, kerja kami menyembang je. Mood aku yang turun waktu pagi pun berjaya dipulihkan lepas jumpa kawan-kawan. Alhamdulillah.
Rabu. 20 Nov 2013
Lepas konvo terus balik Melaka sebab mak cik aku baru lepas bersalin. Bermalam satu hari kemudian kembali ke teluk Intan. Singgah sebentar di kompleks PKNS dan SACC Malll, Shah Alam. Ada satu buku menarik untuk dihadiahkan sempena orang kahwin.
Khamis. 21 Nov 2013
Buku dari MPH sampai. rumah. 20% potongan dan perhantaran percuma. Ni buku-bukunya.
Sabtu. 23 Nov 2013
Menuju ke Stadium Malawati, Shah Alam. Pertama kali ke Muktamar PAS. Yang tak syoknya, takde sorang pun orang awam yang aku kenal. Maka berseorangan lah aku dari awal ke akhir. Mula 2.30 petang, aku masuk stadium dan dengar perbahasan ucapan dasar sampai pukul 5 petang. Sebelum tu, berjalan-jalan di gerai-gerai sekitar stadium. Memang banyak sungguh gerai-gerai menarik yang disediakan. Macam Sure Heboh Versi Islamik. Aku mencari dua buku yang kot-kot boleh dapat dengan harga murah. Tafsir AtTibyan, TGHH dan Cinta Sang Murabbi, Ridhuan Md Nor. Alhamdulillah, ada kedai Jundi Resources. Maka, dapat Cinta Sang Murrabi dengan harga RM10 dan Tafsir At-Tibyan Surah Yassin dengan harga RM15.
Seronok tengok saf-saf kepimpinan.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment