InshaAllah, aku kongsikan dua karya dari seorang sahabat bernama Lisa NurIsha. Walaupun aku tahu dia ni agak suka berkarya, tapi tak pernah aku tahu yang dia ni ada menulis buku. Sampailah minggu terkahir kami berKPLI, dia sebutkan mengenai buku dia ketika kami buat program di Maahad Tarbiyah. Perasaan ingin tahu menyebabkan aku sedaya upaya mendapatkan buku-buku beliau.
Secara keseluruhan, kedua-dua buku beliau merupakan sebuah TRAVELOG yang dinukilkan dalam bentuk cerita kanak-kanak. Maka, segala watak yang berada dalam buku ni merupakan watak rekaan dan penceritaannya juga lebih santai. Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang dahagakan ilmu. Juga, panduan bagi mereka-mereka yang mahu melancong.
Oh London!
Buku ni sudah dikeluarkan pada tahun 2011, tahun kedua ketika kami masih belajar di Leicester. Banyak latar belakang cerita adalah berkisar mengenai London. Isha membawa pembaca berjalan-jalan ke beberapa tempat menarik di London beserta serba sedikit sejarah mengenai tempat tersebut. Antara yang menjadikan buku ini menarik ialah fakta-fakta yang dimuatkan ketika menziarahi muzium-muzium di London. Apatah lagi, ketika tempoh tersebut, pameran tamadun Islam berlansung di London. Bagi aku yang bukan peminat kota London, terasa sedikit menyesal kerana melepaskan peluang pergi ke muzium ini ketika berada di UK.
Bahagian yang menyentuh hati sudah tentulah apabila penulis membawa pembaca ke bandar Leicester. Jarang melihat orang melayu yang mahu bercerita mengenai Leicester. Maka, buku ini sesuatu yang aku dan rakan-rakan patut banggakan. Setiap yang dibaca, aku iringi dengan gambaran kenangan yang tidak pernah luput dalam ingatan. Hospital, walnut street, Nelson Mandela Park, New Walk, Leicester market, Highfield, segala-galanya dicatatkan di sini.
Selain sarat dengan maklumat mengenai United Kingdom, buku ini juga memuatkan sedikit kisah Mawaddah, puteri kesayangan Abang Din dan Kak Min. Keluarga yang turut mencoret memori sepanjang aku berada di UK.
Buah-buah Hati abang Din dan Kak Min
Andalusia, Here we Come!!
Buku terbaru yang dikeluarkan beberapa bulan lepas, merupakan sambungan kepada buku sebelum ini. Kali ini, Alisa dan keluarganya berpeluang melawat Sepanyol, kota Umat Islam yang sudah hilang keislamannya. Penceritaan banyak berpusatkan kepada empat lokasi paling menarik iaitu Granada, Cordoba, Seville dan juga Gibraltar. Mereka yang berkeinginan untuk sampai ke Andalusia mungkin boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan. Banyak ilmu tambahan mengenai tinggalan Islam boleh diperolehi dari buku ini. Sejarah tempat seperti kota Alhambra, Alcazar, Mezquita-Cathedral, Plaza de espana, dan banyak lagi ditulis secara ringkas dalam buku ini.
Turut memuatkan beberapa tokoh Islam seperti Ziryab, Al-Idrisi serta Ibn Rusd. Maka, buku ini mampu memberikan kesan yang besar kepada bentuk pemikiran anak-anak supaya terus bangga dengan dunia Islam.
Buku ni menjadi bertambah menarik bilamana beberapa panduan musafir turut dimuatkan sebagai bahan tarbiyah untuk anak-anak. Panduan solat jamak qasar diselitkan di setiap bahagian, menjadikan wajah Galeri Ilmu menyerlah disebalik buku ini. Turut disertakan beberapa perkataan sepanyol yang boleh digunakan sepanjang berada di Andalusia. Waktu aku dan kawan-kawan pergi dulu, perkataan paling kami ingat ialah SALIDA. Itulah perkataan yang paling banyak kami jumpa di mana-mana. Cuma, penjelajahan kami lebih luas merangkumi Barcelona dan juga Madrid.
Plaza de Espana
Apepun, buku ni sangat menarik untuk dimilik oleh semua lapisan masyarakat. Apatah lagi bagi ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berjaya, buku ni mempunyai kekuatan motivasinya yang tersendiri. kalau tak silap aku, akan ada lagi buku yang bakal ditulis oleh Cik Puan Lisa Nurisha ni. InshaAllah, aku akan cuba dapatkan semua karya beliau akan datang. Selamat Maju Jaya!!
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment