Tiada apa yang begitu "istimewa" dilakukan hari ni. Pergerakan aku banyak terbatas sebab kaki diserang oleh kucing ganas yang meninggalkan 4 parut di kaki semalam. Masih tak elok lukanya, dan lebih buruk berbanding apa yang aku jangkakan. Antara bukti kesakitan ialah aku susah nak start motor guna kaki dan muka jadi berkerut bila duduk antara dua sujud.
11 november 2013, aku ke rumah Yasir sebab mintak tolong dia potongkan rambut semperna graduasi nanti. Dah dekat 3 bulan rambut tak terpotong. Kesempatan sama, saja nak sembang dengan dia sebab lama tak jumpa. Alhamdulillah, nampak murah rezeki dia. Akhir pertemuan, aku diberi kad jemputan walimah beliau bulan 12 ni.
Malam, kami sekeluarga keluar makan Kentucky Fried Chicken. Makanan yang dari kaca mata aku sentiasa special. Sejak kecil, memang bila dapat makan KFC, seolah-seolah itulah makanan paling mewah. Walaupun kini aku sendiri sentiasa mampu untuk makan KFC, menikmatinya masih menimbulkan emosi teruja, apatah lagi makan bersama keluarga.
Aku sangat berharap
Allah perkenankan dua harapan/impian jangka pendek ini.
Selamat Hari Lahir.
Genap 24 tahun
Sekian Dari Syuib0809
~selamat hari lahir~ ho, impian ko kawen jer aku rasa. ha ha, jadi macam kawan2 sebatch, seangkatan gitu. dah meningkat umur tak rasa 'menyambut' sangat. ~
ReplyDeletePergh, smpai 3 posts hang komen. baguih3
ReplyDeleteAde cadangan buku lain?
Selamat hari tua. Moga terus thabat di jalan dakwah.
ReplyDeleteMohon doakan. Dah semakin tak bersemangat akhir-akhir ni
ReplyDelete