Bismillah
InsyaAllah aku huraikan sedikit mengenai buku Why Men Don't listen and Women Can't Read map. Sebenarnya aku baru baca sampai 170 m/s, tapi terlampau banyak benda menarik buku ni yang mungkin tak muat untuk diletakkan dalam satu post sahaja. Apapun, kita mulakan dengan beberapa potong hadis.
Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Secara keseluruhan, aku sangat berminat dengan kajian yang dibuat dalam buku ni, menjadikan ia begitu berbeza dengan buku Men from Mars, Women from Venus. Buku yang mencelikkan manusia di dunia modern kerana acapkali sukar menghargai perbezaan lelaki dan perempuan. Malah kerap menyalahkan Islam yang secara jelas banyak menzahirkan perbezaan ini. Akhirnya, dunia menjadi kacau bilau.
50% pasangan di barat bercerai
Purata 3 orang pasangan bercerai dalam masa satu jam di Malaysia
Banyak wanita menjadi ibu tunggal dan seks berleluasa.
Jenayah meningkat?
Pasangan Dahulu dan Sekarang.
Dalam buku ni menceritakan bagaimana lelaki dan perempuan abad ini mula keliru dengan peranan masing-masing. Berbeza dengan pasangan dahulu kala yang menghargai peranan Suami sebagai pencari nafkah utama. Manakala wanita mengurus rumah tangga, membuat kerja-kerja ringan seperti memetik buah serta membesarkan anak. Maka, lelaki tidak dipandang sebagai malas, dan wanita tidak pula diperlakukan seperti orang gaji. Hari ini, segala peranan bertindih yang menyebabkan pasangan kecewa di antara satu sama lain
Biologi yang kian ditongsampahkan
Kehebatan para wanita ialah mereka mempunyai perlihatan pendek yang luas menjadikan mereka mampu mengurus rumah tangga dengan sangat-sangat mantop. Mereka orang yang sangat penyanyang, sukakan sentuhan kerana kulit nipis, pandai berkata-kata, citarasa menghias/warna yang tinggi, malah mempunyai deria rasa yang baik. Hal ini sekaligus menjadikan mereka ibu yang penyayang, pandai memasak dan sensitif kepada tumbesaran anak-anak mereka. Beginilah generasi yang sihat terbentuk.
Aku sangat tertarik dengan salah satu kajian mengenai wanita yang sangat suka berkata-kata. Mereka mengucapkan sekitar 6-8 ribu perkataan sehari berbanding lelaki yang hanya bertutur 2-4 ribu perkataan dalam masa satu hari. Wanita pada zaman dahulu tidak punyai banyak masalah "berleter kepada suami" kerana mereka mempunyai anak yang ramai serta wanita-wanita kejiranan yang berkongsi perbualan dengan mereka. Namun kini, semuanya telah tiada dan digantikan SUAMI semata-mata.
Ikhtilat, Lelaki walimu?
Ini juga sebahagian perkara menarik dari buku ni. Sampaikan aku rasa buku ni sangat meraikan sunnatullah yang telah digarispandu dalam ISLAM. Kitaran Haid dan perubahan Hormon menyebabkan wanita menjadi begitu berbeza dalam masa satu bulan. Progesteron menjadikan wanita bersifat keibuan dan menjawap persoalan kenapa sesetengah perempuan suka/berkahwin dengan lelaki gemuk, pendek dan berpipi gebu. Di bahagian awal bulan, mereka mungkin sukakan lelaki yang feminin, setia dan berkulit licin, namun apabila tahap kesuburan mereka meningkat, mereka mula sukakan lelaki yang terserlah keJANTANannya,
Tahap kesuburan ini juga banyak menyebabkan wanita berzina tanpa sedar apabila keluar dengan lelaki. Tanpa sedar ini yang kini banyak menyebabkan jenayah buang bayi dan sebagainya. Mengikut kajian, ramai wanita memilih pasangan lelaki yang mampu menjadi bapa terbaik. Namun, mereka selalu berakhir dengan berkahwin dengan gen-gen Tarzan. Maka, wali mereka adalah pengawal terbaik keputusan mereka.
Lelaki vs Perempuan.
Kerap kali kita mendengar "ejekan" yang ditujukan kepada sekolah-sekolah agama apabila ada sebahagian mereka mengasingkan kelas antara lelaki dan perempuan. Namun menariknya, buku ini sendiri setuju untuk tidak membandingkan akademik pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Kedua-dua kaum ini memahami matematik, sains dan bahasa dalam sudut pandangan serta cara yang berbeza. Siapa lebih pandai bukanlah persoalannya. Tidak wajar mengukur kemenangan/kejayaan wanita dengan kayu ukur lelaki dan sebaliknya. Hargai perbezaan dengan situasi menang-menang.
Hormon juga kerap mengganggu akademik pelajar perempuan. Mengikut kajian, pelajar perempuan yang mengalami masalah dalam kitaran haid mendapat keputusan ujian matematik yang lebih rendah.
Penutup
Dunia menjadi semakin kucar kacir apabila hak kesamarataan jantina semakin kerap diperjuangkan. Wanita seolah-olah menjadi pencari nafkah utama manakala lelaki mula meninggalkan tanggungjawap mereka. Institusi kekeluargaan semakin runtuh dalam dunia moden yang diagung-agungkan. Penggantian tenaga kerja lelaki kepada perempuan mengakibatkan jenayah semakin berleluasa. (apa kaitannya?) Begitu juga, kesibukan kedua-dua jantina akhirnya melahirkan generasi anak-anak yang semakin rosak.
Banyak lagi yang mahu dikongsikan, namun sudah cukup panjang..
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment