Sunday, 27 October 2013

Noorah Menang!!

Bismillah.

Okeh, aku update terus pasal 3 buah buku. Asyik tertangguh je kejenya. Kita ikut susunan masa.

SOLAT: Kebaikan dari perspektif Sains

Buku ni dibahagikan kepada 7 bahagian. Dimulakan dengan apa itu solat dan pergerakan yang terlibat di dalamnya. Kemudian mengenai beberapa istilah pengukuran badan yang berkaitan dengan beberapa tabiat solat sempurna. Bab-bab seterusnya bagaimana amalan/pergerakan solat memberi kesan kepada jantung, pinggang, otak, otot dan fungsi seksual. Secara keseluruhan, buku ni kurang menetapi jangkaan aku dan mungkin tidak keterlaluan aku katakan pembaca boleh sekadar membaca penutup di mukasurat 109, kerana itu sudah menyatakan segala-galanya mengenai buku ni.


Namun, pujian patut diberikan kepada usaha pengkaji-pengkaji UM ini yang berjaya menunjukkan fakta, bukan lagi kata-kata kosong mengenai kebaikan solat. Buku ni juga boleh menambah pengetahuan serba sedikit mengenai istilah-istilah perubatan. Buku nipis sekitar 110 mukasurat ni berharga RM29.90. Mahal gak lah sebenarnya. Mungkin kerana kulit bewarna yang kertasnya tebal.

100 Pesanan Terakhir Rasulullah.


Buku ni aku jumpa kat rumah, tak tahu siapa yang beli. Cop best seller menyebabkan aku pun bacalah buku ni. Buku yang tebal dengan 416 m/s, tetapi aku stop pada mukasurat 150. Aku tertanya-tanya apa yang bestsellernya kat malaysia ini. Memang apa yang dinukilkan perkara-perkara baik dan bagus, namun aku sukar menemui 'roh' penulisannya. Mungkin hati aku yang kian mati menyebabkan aku tidak begitu menjiwai apa yang cuba disampaikan. Pertama kali aku baca buku penulisan Ustaz Nasruddin Dasuki, maka label Bestseller menyebabkan aku menjangkakan sesuatu yang BOMBASTIK!!. Buku ni menceritakan mengenai beberapa amalan, sikap, akhlak yang perlu kita contohi dari Nabi dan para sahabat. Beberapa petikan ayat Al-Quran dan potongan hadis menghiasi hampir setiap pesanan. InsyaAllah, orang lain mungkin pandang sesuatu yang aku tidak nampak dari buku ni, wallahualam.


NOORAH.

Simple sahaja tajuk buku ni. Karya Ummu Hani. Aku dah lama nak beli buku ni sebab Solehati(kawan sekolah) kata buku ni best. Tapi sukar nak jumpa kat kedai biasa. Entah macam mana, boleh terserempak dekat RnR Sungai Buloh. Tak fikir panjang, terus aku rembat. Aku bawak buku ni semalam dalam perjalanan ke Pulau Pangkor. Ada buku yang memang kita akan rasa seronok je baca, dan aku habiskan buku ni hari ni. 293 mukasurat untuk dua hari, maksudnya buku ni memang MANTOP!!

Buku ni menceritakan mengenai seorang gadis britain beragama kristian yang mula tidak lagi percaya kepada TUHAN kerana kehidupannya yang sangat menyakitkan. Namun, akhirnya mendapat nikmat Iman dan mendalami Islam jauh lebih hebat dari orang Islam sendiri. Waktu ni, memang terbukti akhlak muslim adalah pendekatan dakwah yang acap kali menandingi kemahiran berkata semata-mata. Perasaan marah membuak-buak bilamana begitu banyak orang Islam yang menzalimi wanita ini. Suami pertama beliau dari Libya melarikan anak-anaknya. Orang yang disangka alim rupa-rupanya panas baran dan punyai akhlak yang sungguh menyakitkan hati. Membaca kisah sampai di sini sahaja sudah menyuntik begitu banyak perasaan dan muhasabah diri.



Kisah disambung dengan pelbagai ujian yang dialami Noorah terutamanya masalah kesihatan dan ujian keluarga. Antara yang aku tertarik ialah mengenai sekumpulan rakyat Malaysia yang bernasyid di Hyde park, kemudian menjadikan beliau berkampung sebentar di Malaysia, di Sungai PENCHALA!!. Walaupun tidak disebutkan dalam buku ni mengenai Al-Arqam, aku masih kagum dengan kehebatan kumpulan ni mewujudkan suasana Islam dalam perkampungan ni. Teringin aku nak tengok kehebatan tersebut. Youtube semata-mata tidak mencukupi.

Dibahagian akhir, buku ni sarat dengan fakta sejarah kehebatan islam yang sekali lagi menarik perhatian pembaca. Bagaiman Islam di eropah, kemasukannya di Britain, dakwah dan segala-galanya yang menjadikan buku ni bukan sekadar sebuah travelog. Penceritaan buku ni yang berlansung di UK, menjadikan buku ni begitu dekat di hati. Aku masih merindui negara tersebut. Negara orang bukan Islam, yang kerajaannya jauh lebih Islamik dari sudut kebajikan. Kebebasan berdakwah begitu luas dan pelbagai. Allahuakhbar.

Berbaloi sangat beli buku ni. Cuma aku tak menangis membaca buku ni sebab suasana tempat tak begitu optimum. Lokasi pembacaan ialah di AEON manjung, Pantai Teluk Nipah(pangkor) dan atas ferri. Haha. Banyak lagi benda best yang tak mampu diceritakan di sini.



Itu sahaja.

Sekian dari Syuib0809.




5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. https://www.e-sentral.com/search/byid/14612/al-arqam-di-sebalik-tabir

    Another good book...Aku tak tahu kalau ko pernah baca/suka baca ebook atau tidak. But I own this online, kalau2 ko nak pinjam let me know. (that is, ko kena ada gadjet seperti telefon pintar/tab/ipad)-->download e-sentral, nanti aku pinjamkan Id...Really good, serius rekemen~~

    ReplyDelete
  3. Oh.. memang bst buku ni. Aku pernah baca tahun 2010 dulu. My senior bg aku pinjam buku ni. Sehari dah habis baca.

    Aku pernah tulis pasal buku ni dulu http://www.syuib0809.blogspot.com/2010/12/nadamurni.html

    ReplyDelete
  4. Eh, silap2.. len buku. Hardcopy takde ke

    ReplyDelete
  5. Nak pulak aku beli harcopy bagi ko kan~letih. Tinggi kosnya. Check kat sini . Buka home, kat footer. Ada satu pic. Salin dan guna. Bagi pinjam je. Masih ada 1 slot free.

    ReplyDelete