Monday, 2 April 2012

Hujung Minggu di SMILE

Bismillah

Akhir2 ni memang aku malas giler nak update blog. Tak sibuk pun, cuma dah jumpe hobi baru, tu yang duk habis masa kat situ je. Khamis lepas, aku dapat mesej dari pengarah modul SMILE untuk aku jadi MC majlis tu. Aku memang nak pergi, tapi duk tak tau nak daftar kat mana. Cadang nak rempuh je teruih masuk. Nak datang kene bayar 10pound untuk makan semua. Khamis tu gak, rumah aku dikunjungi oleh Ketua/founder ILuvIslam iaitu Imran Koyube. Kesian sebab tak dapat nak layan sangat die. Rumah aku tak sesuai untuk tidur ramai2, tu yang rasa bersalah giler kat diorang. Apepun, sempat tgh hari tu aku masak ayam masak kurma dgn Sambal Udang.

Sabtu pagi, aku teruih ke warwick untuk mengikuti program tu. 7.20 pagi dah bertolak dari rumah dan smpai kat university kul 9 pagi. Seronok jumpe kawan2 yang dah lama tak nmpak. Acara bermula jam 9.50 pagi dengan bacaan doa dan Ucapan Imran Koyube. Baru je aku jadi MC kat FUIYO hari tu, kali ni untuk SMILE plak. Dua-dua event iLuvIslam. Penceramah yang dijemput ialah Dr MAZA, prof Ahmat Adam, ustaz Khairuddin dan Ustaz Jailani. Memang mantop habis diorang ni

Dua kiri(DR MAZA dan Prf Ahmat Adam) first time aku jumpe, dua kanan(Ustaz khairuddin dan Ustaz Jai) kali kedua aku jumpe..

Secara keseluruhannya, aku memang boleh katakan event ni sangat best. Malah, pertama kali rasanya Mahasiswa luar negara buat perbincangan berani macam ni mengenai Negara Islam. Cuma dalam banyak2 slot, Forum Mahasiswa agak kurang menyerlah sikit. Paling gempak ialah forum yang menghimpunkan semua penceramah2 kat atas tu. Moderator die pun boleh tahan Hot iaiatu sifu aku, Firdaus Rahim. haha. Kesian giler asyik kene balun dengan Dr Maza.

Dalam kul 8.30 malam, semuanya tamat dengan baik dan jayanya.
Mudah-mudahan program2 sebegini terus disuburkan dikalangan Mahasiswa.


Sekian dari syuib0809

No comments:

Post a Comment