Pengembaraan di bumi Istanbul diteruskan. Pagi tu lepas solat subuh jam 5.30 pagi, kami rehat kejap sebelum berkemas-kemas untuk hari kedua. Breakfast pagi tu disediakan oleh orang Hostel dan memang breakfast orang turkey kot. Dapat telur rebus, jam roti dan air teh/kopi. Dalam jam 8.00 pagi kami dah keluar dari hostel dan menuju ke stesyen Metro kat Taksim Square. Sebelum tu sempat singgah jap supermarket kecik untuk beli kacang2 dan air mineral. Memang ini tips untuk mereka yg ingin berjimat. Jangan gi kedai runcit, pergi je supermarket. Memang murah.
Dari Taksim Square, seperti biasa akan menuju ke Kabatas dan dari situlah baru boleh naik metro ke tempat-tempat menarik di Istanbul. Destinasi pertama yang kami memang dah rancang pagi tu ialah Topkapi palace. Oleh kerana masih awal, kami cadang untuk turun di stesen Sirkeci dan berjalan ke Istana Topkapi. Saje nak tengok-tengok sekeliling sebelum masuk. Rezeki dari Allah, walaupun tak dapat tengok Tulips di Amsterdam, taman berdekatan Topkapi Palace(Gulhane Park) ni penuh dengan bunga tulips.
Kami kemudiannya menziarahi Istana Rasmi Tamadun Turki Uthmaniyah selama hampir 400 tahun ini. target untuk habis pusing dalam masa dua jam. Tiket untuk masuk bernilai 20 TL tak termasuk dengan tiket masuk ke bahagian utama(tempat raja) yg bernilai 15TL. Menariknya Istana ni, kedudukan dia adelah diantara Golden Horn dan Lautan Bosphorus dan memang dikelilingi kubu. Oleh kerana Tamadun Islam ni tidak diruntuhkan melalui peperangan, kondisi istana ini masih baik.
Antara bahagian-bahagian yang menarik ialah kawasan mesyurat menteri-menteri yang mana akan dilihat sendiri oleh khalifah dan dari situ juga menteri2 ini akan ke Hagia Sofya untuk bersolat. Selain itu, terdapat sebuah muzium yang menempatkan barang-barang tinggalan Rasulullah dan para Sahabat. Bila mana Tamadun Islam berpindah dari Umaiyah ke Abbasiyah dan kemudiannya ke kerajaan Ottoman, barang-barang tinggalan ini akan dipertanggungjawapkan kepada Khalifah yang sedia ada untuk disimpan dan dilindungi. Menarik kan? tapi tak dibenarkan tangkap gambar di Muzium ni.
Pintu masuk utama
Kami kemudianya berehat sebentar dan kemudiaanya ke Hagia Sofya, satu lagi tempat yang sangat terkenal di sini. Bangunan yang sangat lama ni pada mulanya adelah (360M-1453M) gereja Ortodox di zaman Byzantine kemudian menjadi Roman Catholic Cathedral sebelum diubahsuai menjadi Masjid oleh Kerajaan Turkey Uthmaniyah dari tahun 1453M hinggalah tahun 1931M. Lama kan? Sekarang ni dah jadi muzium dan nak masuk kena bayar 20TL. Kami malas masuk, hanya singgah di beberapa makam khalifah di sebelah Hagya Sophia ni. Tak larat dah nak tengok muzium
Belakang tu Hagya Sophia
Kami kemudiannya berjalan-jalan menuju ke Grand Bazaar untuk tengok-tengok cenderamata. Sebelum tu, tukar dulu duit yang mana patut.Seronok tengok orang-orang turkey ni. Diorang ni ade wajah orang putih(eropah) campur asia sikit. Tambah-tambah lagi diorang ni pakai tudung, memang cantik. Fesyen tudung diorang sedikit berlainan, nanti aku cerita dalam Post muhasabah: melayu dan Turkey. Kami kemudiaanya pergi makan tengah hari setelah gagal dalam proses tawar-menawar.
Lepas makan, kami kembali ke Blue Mosque a.k.a Sultanahmet Camii untuk solat Zuhur Asar. Orang dah mula lengang, cuma ramai pelancong je yang boleh masuk di kawasan belakang masjid. Masjid ni memang tersangat lawa. Lepas solat, ade sorang remaja ni diheret keluar dari masjid sebab buat bising dan kurang ajar dengan polis kat situ. Sementara tu, rakan-rakan aku di sapa oleh beberapa brothers dari Libya. mereka ni bukan calang-calang orang. Antara yang menggerakkan revolusi di sana ketika pemerintahan Gaddafi. Dan ada dikalangan mereka yang pernah belajar di UK untuk mendapatkan pHD.
Bahagian dalam Blue Mosque
Petang tu, kami dah mula free. Terpengaruh dengan cadangan-cadang dari rakan yang pernah pergi, kami bercadang untuk menaiki Ferri membelah Lautan Bosphorus. Amir mencadangkan kami ke Rumeli Hisari, sebuah kubu yang dibina oleh Sultan Mehmed II sebelum menawan Constantinople. Tapi sayangnya, tempat ni memang sangat jauh dan ferri tu kalau pergi sana petang, akan kembali semula ke kawasan istanbul ni pagi esoknya. Pergh!!!. Last-last kami naik je dari Eminonu ke Kabatas. Saje je alang-alang dah beli token Ferri. Sementara menunggu, sempat aku beli Kebab Ikan yang kononnya sedap. Tapi entahla, mungkin tak masuk dengan selera aku. Rasanya kebab Ikan memang takde kat tempat lain.
Waktu naik Ferri, kami nampak Istana Dolmabahce sebijik macam dalam blog Ustaz Hasrizal. Kami sebenarnya tak sedar pun kewujudan Istana ni walaupun beberapa kali dah berulang-alik ke Kabatas ni. Dolmabahce ni terkenal sebab di sinilah kalau tak silap aku Khalifah Abdul Hamid II dihalau oleh Mustapha Kamal dan geng-gengnya yang berusaha meruntuhkan Khalifah Islamiyah. Kami tak dapat lama di istana ni sebab dah tutup time kami smpai. Hanya sempat masuk di perkarangan Istana untuk tangkap gambar dan menumpang tandas.Cadangnya esok akan kembali sebab katanya ada student price.
Ni die Dolmabaceh tengah lengang
Lepas ambik selipar aku, kami jumpe orang Hostel untuk tanye tentang Tiket ke Cappadocia. Sayangnya hanye ade esok awal pagi atau malam dalam kul 9.30 malam. Lepas beberapa minit, aku dan ahmad keluar dari Hostel sebab dah bosan. Kat pertengahan jalan jumpe amir dengan ansari dan kami pun teruih pegi makan malam. Sepanjang jalan, penuh dengan tiram rebus yang diperah dengan Lemon. Antara makanan wajip rasa di kota Istanbul.
Banyak lagi nak cerita tapi tak larat dah. Hampir satu jam setengah aku menaip benda ni. Haaih..
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment