Bismillah..
Minggu lepas, seluruh UK boleh dikatakan mengharungi musim bunga yang agak panas. Suhu minggu lepas mencecah hampir 23 darjah celcius. Orang putih dah memang mula pakai seksi, malah orang Melayu pun dah tak perlu pakai jaket luar sebab memang panas. Bunga-bunga semua pun dah mula keluar. Aku ingat lagi, minggu lepas ade pameran makanan Asia, memang panas giler dan rasa macam kat negara cina sebab memang penuh orang cina.
Semalam, Bumi UK dikejutkan dengan salji tebal yang turun di Scotland. Tengok berita semua memang tebal habisla salji. Bangun pagi2, kawan dari Notts kata Nottingham pun dituruni salji. Leicester plak hanya dituruni hujan dari petang semalam. Tiba2, lebih kurang 10 pagi tadi, salji turun dengan lebat kat depan rumah aku. Walaupun turun mencair, tapi boleh dikatakan agak tebal gak salji yang turun. Perghh, pelik sungguh bumi ni!! Kalau Allah nak jadi, memang akan jadi
Aku sendiri sukar nak bayangkan. Dalam keadaan bunga sedang berkembang, tetiba salji turun. Kalau setakat turun bulan dua ok lagi, ni dah masuk bulan 4 dah ni. Aku tak pasti adekah ini kesan dari global warming, atau penunjuk bahawa alam mula memberontak dengan hasil kerja manusia yang gagal dalam tugas mereka menjadi KHALIFAH.
Bayangkan Spring Camp menjadi Snow Camp?
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment