Wednesday, 25 April 2012

Diari Turkey - Cappadocia bandar Naruto

Bismillah

Untuk malam ketiga, kami hanya bermalam di atas bas. Pagi tu kami smpai di NevseHir sekitar jam 8.00 pagi. Bagi mereka yang ingin ke Cappadocia, bus yang perlu di cari ialah menuju ke Nevsehir, sebuah bandar berhampiran. Dan Cappadocia sendiri bukanlah sebuah negeri, ianya hanyalah nama gelaran yang bermaksud the Land of Beautiful Horse. Pekan untuk Cappadocia ni sendiri ialah Goreme. Dari nevsehir, akan ada minibus yang berulang-alik ke Goreme dan ianya percuma.

Sebaik smpai di stesyen bus Nevsehir, kami tetibe dialu-alukan oleh beberapa orang tempatan. Rupe-rupenya diorang ni Travel agency yang buat tour kat Cappadocia ni. Sebelum sampai, kami sebenarnya dah dapat risikan dari tuan Hostel kami untuk bawak tour bernilai 80TL. Manakala, yang ditawarkan oleh syarikat ROCK TOWN Travel ni plak bernilai 60TL. Mule-mula rasa malas plak nak ambik tour-tour ni, rasa buang duit dan berpendapat bleh je jalan kaki sendiri. Tapi entah macamne, kami ambik gak tawaran syarikat tu.


 Kami smpai ke Hostel kul 9.10 pagi. Lepas bersihkan diri sikit-sikit, kami minum-minum teh kejap sementara menunggu orang Tour tu ambik depan hostel. Waktu tu, pemilik Hostel pun tanya, dah ade tour guide ke belum. Biler kami cakap dah ade dan nama syarikat tu, orang hostel ni macam merendah-rendahkan syarikat tu kononnya tak bagus. Risau pun ade, tapi layan jelah sebab memang dah bayar.


Waktu naik minibus tour tersebut, dah ramai rupenye ade dalam tu. Kami buat macam sesi perkenal diri untuk semua yang ikut tour tu. Ade pasangan dari Australia, Mexico dan turkey serta dua orang perempuan Cina. Total ade dalam 12 orang dan tour guide kami yang sangat ceria plak bernama Gengkhis Khan. Kami bertolak menuju ke beberapa tempat yang aku sendiri tak berapa nak ingat namanya. Pasangan dari Australia yang bersama kami memang sangat-sangat peramah dan pandai buat lawak. Dan ikut penilaian aku, memang kene ade tour guide kalau nak datang sini melainkan datang naik kereta.

 Menerima briefing mengenai tempat ni dari pemandu pelancong

 Dulu orang kristian tinggal dalam gua-gua ni. Dalam ni siap ade Church lagi. Cume pelik sebab Jesus Christ yg dilus buat tangan macam Ghautama Buddha. Aku rasa kristian sesat habis ni

 Dalam tu banyak rumah-rumah. kalau lihat gunung-gunung die memang sebijik macam cerita naruto.


Lepas melihat beberapa panorama kat sini. Kami pergi makan tengah hari kat kedai Buffet. Menaiknya syarikat tour ni ialah, makanan dah termasuk sekali dalam harga 60TL tadi. Cuma air jelah kene bayar. Seronoklah gak dapat makan nasi. Perjalanan kami kali ni disertai ahli rombongan tambahan, dua dari Shina dan dua lagi dari korea. Kempat-empat ni adelah perempuan. Sepanjang perjalanan, memang duk berjenakalah kami dengan tour guide dan ahli-ahli rombongan lain. Menyakat sapa yang selalu balik ke minibus semula lambat. Ade yang kena perli sebab kuat bershopping.

Cappadocia ni pada mulenya sebuat permukaan gunung yang rata dan berlapis-lapis. Bagi sapa yang ingat lagi Geograpfi, permukaan dan bentuk-bentuk pelik ni terhasil dari hakisan angin dan juga air hujan. Angin akan menghakis bahagian batu yang lembut dan tinggallah batu yang keras je kat sini. Antara tempat menarik yang ade kat sini ialah Taman Fantasi yang boleh lihat batu-batu ni jadi cendawan, unta dan juga arnab. Macam-macam lagi ade. Memang menarik.

 Buffet yang terkawal dan dikawal rapi. Aku agak benci dengan orang yg potong daging kebap sebab bengis giler muka.

 Ni dia pasangan cendawan yang ada

Nampak tak Unta(atas) dan batu gambar kepala Arnab(bawah)

 Memang lawa tempat ni

Kami habis tour tu dalam kul 5.00 petang dan smpai semula di Hostel sekitar jam 5.15 petang. Hanya letak barang kejap je kat Hostel, kami kemudiaanya keluar berjalan-jalan di pekan kecil Goreme. Oleh kerana Hostel agak kecik, kami sembahyang di Masjid Goreme je. Waktu nak ambik air sembahyang, ade sorang pak cik pelawa ambik buah epal sorang satu. Mula2 malu nak ambik, tapi pak cik tu beria-ria nak bagi. Kami siap berkenalan lagi sebelum solat.




lepas solat, kami berehat sebentar di luar masjid melepaskan lelah. Orang-orang yang masuk ke masjid semuanya bertegur sapa dengan kami. Mungkin pelik kot tengok bangsa lain solat di masjid diorang. Yelah, kadang-kadang kite rasa Islam ni hanya untuk bangsa kite je. kalau di Malaysia ingat Islam tu hanya untuk melayu. Lepas beberapa minit, kami kembali berjalan-jalan di Goreme sementara menunggu maghrib masuk. Jalan punye jalan, sekali pakcik yang bagi epal tadi terserempak dengan kami. Oh ye, nama beliau ialah mustapha. Punyelah semangat ajak kami duduk minum teh sekali dengan die. Beria nya die jemput kami tu memang susah sangat nak tolak.

Kami pun duduk dan borak-borak. Die belanja teh.

 Pak cik Mustapha yang tengah tu. yang tangan kat atas bahu ansari tu namanya Ismail, orang kedai.

Kami kembali ke masjid sekitar jam 7.20 petang. Melihat apa yang berlaku di masjid ni sama saje seperti apa yang berlaku di masjid Malaysia. Sedih gak tengok. Nanti aku ceritakan dalam post melayu dan turkey. Lepas solat, kami pergi makan kat kedai Saray. Ade sorang mamat turkey ni kacau aku sebab nampak aku pakai kopiah. Duk melawak seolah-olah aku orang alim sebab pakai kopiah. Diorang semua makan nasi dengan lauk manakala aku tak makan sebab nak cari makanan lain.

Lepas makan, kami teruskan berjalan-jalan di pekan goreme. Mulenye aku nak jalan sorang2, tapi diorang semangat nak ikut. Jalan punye jalan, sekali jumpe kedai yang memang murah2 betul barang die. Tapi, kemurahan die tu menyebabkan tiada tawar menawar yang diterima. Memang patut pun, die jual memang harga rendah giler. Waktu kami di atas bukit, semua jual carpet dalam 50TL manakala die jual 29TL. Baju die jual 9TL manakal kedai lain jual 15TL. Seronok tengok muka pakcik tu macam senyum bila kami borong ramai2. Pakcik ni mule2 memang bengis muka die.

kami pulang dan terus tidoq. nantikan hari seterusnya di Konya.


Sekian dari syuib0809

1 comment: