Bismillah..
Perjalanan ke London bermula jam 5 petang dengan menaiki basikal ke St Margaret bus station. Smpai di london sekitar kul 8 dan terus ke rumah Ansari. Lepas makan malam kami buat sedikit perbincangan dan uruskan beberapa perkara yang masih tak settle antara kami. Untuk mendapatkan sedikit tenaga, kami pejamkan masa buat seketika hinggalah jam 2.30 pagi. Pukul 3 pagi, kami mula bertolak ke Luton Airport dengan menaiki Cab. Lepas hampir 30 minit, kami pun smpai kat airport tu.
Masuk airport, masing2 keluar duit dan ade yang mula tukar duit Turkey Lira sikit-sikit. Dalam jam 4 pagi barulah kami beratur untuk dapatkan boarding pass. Kelihatan beberapa orang perempuan melayu yg turut berada berhampiran counter Easyjet untuk ke Istanbul. Perjalanan yang memakan masa sekitar 3 jam 30 minit untuk ke sabiha Gokcen Airport kami gunekan untuk tido je. Bertolak jam 6.30 pagi dan smpai sekitar jam 2.30 tgh hari waktu Turkey.
Di dalam sabiha Gokcen airport. Mudah urusan di Imegresen
Dari airport, kami menaiki bas havatas untuk menuju ke Taksim Square, antara tempat terkenal di Istanbul. Bukan sebab tarikan ke apa, tapi lebih kepada simbol tempat berkumpul dan tempat utama untuk mendapatkan bus.Dalam 2.20 petang dah smpai sana dan terus menuju ke Hostel. Mula2 memang blur lah mencari jalan semua sebab kat istanbul ni papan tanda jalan die tak sekemas UK. Cari punya cari akhirnya kami pun jumpa Hostel tu jam 3 petang. Lepas check in dan bersihkan diri semua, mulalah bertolak ke beberapa tempat menarik seperti yang dirancang. Singgah jap kat kedai untuk makan tengah hari.
Destinasi pertama ialah ke Masjid Suleyman yg boleh dikatakan sangat terkenal selepas Blue Mosque. Masalahnya ialah tak tau macamne nak ke sana. Nampak bus punyelah banyak tapi tak jumpe2 gak bus yg mana satu. Hampir 40 minit masa kami dihabiskan mencari pengangkutan ke sana. Akhirnya lepas dapat map, aku cadangkan untuk naik metro, sejenis LRT dekat Istanbul. Dari taksim square kami menuju ke Kabatas dan kemudian tukar Metro menuju ke Beyazit. Setiap kali naik metro ni akan di charge 2 TL. Keluar je dari metro nampak sebuah masjid besar. Bukan masjid Suleman, tetapi Beyazit Camii(masjid)
Depan beyazit Camii. Bersebelahan die ialah University Istanbul
Bahagian dalam yang sangatlah lawa
Dari beyazit, kami menuju ke Grand Bazaar, tempat membeli belah yang sangat besar dan berliku-liku jalannya. Kalau perempuan masuk memang kompem belanja sakan. Bazaar ni bukan Shopping Mall modern tetapi barang-barang dalam die terutamanya kain dan pinggan mangkuk sangtalah banyak. Oleh kerana kami lelaki bujang, singgah sekejap jela. Lagi satu memang dah nak tutup pun sebab pukul 6 petang waktu kami smpai.
Perjalanan diteruskan menuju ke Masijd Suleiyman. Kami bercadang nak solat Maghrib di sana sebab nak rasa macamne lah suasana kat masjid tu. Oleh kerana smpai awal, kami berjalan-jalan keliling masjid tu. Sementara menunggu maghrib masuk, kami singgah sebuah kedai minum air jap. Ade pakcik kedai ni saje salam tangan kami kuat-kuat sebagai tanda gurauan. Untuk pengetahuan, orang turkey memang sangat peramah. Aku minum air oren die yg memanh diperah on the sport dan tak bubuh gule. Masam giler.
Muka sedih menahan rasa masamnya jus oren
Bahagian dalam masjid Suleyman. Lampu gantung tu memang style diorang
Pintu masuk utama dari tepi
Mengenai budaya solat di Turkey inshaAllah aku akan terangkan dalam post yg special. Maghrib di masjid tu takdelah ramai mana. Menariknya depan masjid ni ialah Golden Horn yang kelihatan seperti laut.Leas solat, kami tangkap2 gambar dan terus menuju ke Galata bridge. Malam di kawasan istanbul belah bawah ternyata sunyi sepi dengan kedai-kedai semuanya tutup. Oleh kerana takut kedai makan semua tutup, kami singgah kat kedai Bambi Cafe untuk makan malam. Kedai tu pun dah nak tutup. Lepas makan terus menyeberangi Jambatan Galata yang sangat bewarna warni.
Kat bawah jambatan ni penuh dengan restoran. tapi tak syok sebab banyak jual alcohol. Padahal negara Islam.
Oleh kerana rasa macam dah sunyi je Istanbul ni, kami kembali menuju ke Taksim Square. Punyelah terkejut tengok betapa meriahnya area Taksim Square ni. Antara jalan yang terkenal kat sini ialah Siraselviler Street yang penuh dengan kedai makan dan tempat membeli belah. Dan sepanjang jalan ni memang sesak dengan orang pada waktu malam. Kami mencari-cari aiskrim yang terkenal di turkey dengan "Mengenakan orang". Dapatlah satu tapi rasa menyampah gak bile terkena. Jalan punye jalan sekali Ahmad hilang. Terpaksa la kami balik ke Hostel cari die. Memang tepat sangkaan kami. ialah, mana lagi nak pergi dalam keadaan handphone masing2 tak berfungsi. Banyak sebenanrya nak cerita separuh hari ni, tapi tak larat dah nak menaip.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment