Hari ketiga hadir tanpa planning yang betul-betul disangka. Pagi tu lepas sarapan, aku dan ansari menuju ke syarikat bus METRO untuk beli tiket ke Cappadocia. Oleh kerana hanya ade tiket malam, kami terpaksa menghabiskan sisa-sisa masa yang agak lama di Istanbul. Cadangan sebelum ni nak tolak tengah hari tapi tak dapat. Tanpa banyak buang masa, kami keluar dari hostel sekitar jam 10 pagi selepas berkemas-kemas. Letak beg dalam Loker dan keluar menuju ke Kabatas. Sebelum tu macam biasa singgah kat kedai. Pagi tu tetibe nak rasa Islak Hamburger.
Dari stesyen kabatas, kami keluar menuju ke Dolmabahce Palace, sebuah Istana yang boleh dikatakan mengundang kemarahan umat Islam terhadap Khalifah Uthmaniyah ketika itu. Bayangkan sahaja, istana ini dibuat dengan menghabiskan hampir 30 tan emas. Khalifah-khalifah yang agak bermasalah ketika itu akhirnya membuka ruang kepada Mustapha kamal dan musuh Umat Islam menjatuhkan sistem khalifah yang tidak pernah putus sejak penubuhan negara Islam Madinah. Siapa-siapa yang datang turkey mesti akan pelik macamne sekular telah merubah begitu banyak kehidupan Umat Islam di sini tak smpai 100 tahun. Kami walaubagaimanapun tak masuk sebab tak dapat discount student atas alasan student card kami tiada pengesahan ISIS. Aku pun tak tau ape bende.
Pandangan Istana Dolmabaceh dari atas ferri
Kami kemudiannya kembali bercadang nak naik ferri sebab semalam hanya dapat naik kejap je. Tapi ferri hanya akan bertolak dalam kul 12 tengah hari. Jadi, kami buat keputusan untuk naik tram saje2 buang masa sampailah ke Aksaray. Tanpa keluar dari stesyen aksaray, kami teruih naik tram kem bali ke Kabatas. Dan kemudian naik ferri menuju ke Kadikoy. Kali ni, tambang die agak mahal bernilai 4TL sebab mungkin jauh kot. Kali ni menyeberangi Bosphorus ke bahagian Istanbul belah asia.Sebuah lagi bandar yang agak moden cuma tak banyak tarikan jelah kat sini. Kami jalan-jalan dan cari makanan je kat sini.
Tugu kamal artartuk sedang ajar rumi pada anak bangsa turkey. Akibatnya ramai yang buta tulisan jawi/Quran
Ade jual bunga-bunga kat area Kadikoy ni
Datang semata-mata mencari KFC. Nanti aku cerita kenapa kami makan KFC berbanding makanan tempatan orang Turkey
Lepas makan, kami berkejar-kejaran ke tempat Ferri sebah dah lambat. tetibe ansari plak sakit perut. Kejar punye kejar kami smpai awal 5 minit. Tapi peliknya sebab takde plak ferri ke kabatas. yang ade hanyalah ferri ke Besiktas itupun bertolak 25 minit lagi. Sementara tunggu duk lah bual-bual kosong. Sampai di Besiktas kami terpaksa berjalan kaki melintasi Istana dolmabaceh untuk ke Kabatas. Ditakdirkan tengah hujan lebat plak waktu tu. Antara kami berempat hanya amir yang akde penutup kepala, jadi terpaksa lah beli baju hujan yang dimodified dari plastik. Kami akhirnya smpai di Masjid berhampiran Dolmabaceh palace dan menunaikan solat Zuhur asar.
Duk melepak dalam ni sebab penat main hujan smpailah kul 3.45 petang. Kat sini gak kami ade jumpe sorang pemuda melayu.
Masa yang berbaki masih banyak sebelum kami meninggalkan bumi Istanbul. Nak ke Grand Bazaar macam jauh sangat. So, kami takde kerja naik traim dari Kabatas ke Taksim Square ulang alik. Saje tak nak keluar dari tram sebab hujan. Kami akhirnya keluar dari stesen tram dan menuju ke kedai makan balik. memang keje makan je hari ni. Mula-mula masing2 layan Islak Hamburger yang sangat sedap dan murah. Lepas tu pergi Burger King layan aiskrim die. Last-last jalan lagi pergi makan Pizza Hut untuk makan malam. Duk sembang je kerje. nasib baik ade Ansari berkongsi ilmu Tabligh.
Waktu ni menyakat sorag kakak Pizza Hut yang macam cuba mengelak dari layan kami. Mungkin sebab tak pandai english kot.
Masa yang ade kami gunekan untuk solat Maghrib isyak di surau berhampiran. Tiada apa yang pelik. Turkey ialah negara Islam.
Ni yeni Camii dekat dengan Eminonu
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment