Sunday, 29 April 2012

Diari Turkey - Konya Bandar Sufi

Bismillah..

Hari seterusnya, kami berkemas-kemas jam 7.30 pagi. Pasangan lain yang berada dalam dorm sama masih belum bangun. Aku dapat rasakan orang putih memang bangun lambat. Sekitar jam 8.30 pagi, kami pun keluar dari Hostel tersebut untuk cari makanan. Kalau ambik breakfast kat situ sorang kene bayar 7TL, yang mana aku rasa sangatlah tak berbaloi. Kami ke pekan Goreme yang sangat dekat dengan hostel kami. Mencari-cari kedai lain punyelah mahal makanan untuk breakfast. Aku ni dari malam tadi tak makan apa2.

Last-last aku decide untuk gi kedai runcit mencari jem, takpun apa2 yang leh makan dengan roti. Last2, jumpe gak Nutella. Kami beli roti dua buku dan minum teh kat sebuah kedai. Total cost untuk makan breakfast macam tu baru 10TL untuk 4 orang. Bayangkan kalo makan kat kedai, 28 TL kot kene. Bus dari Goreme akhirnya bertolak menuju ke Konya jam 9.30 pagi.

 Makanan kami pagi tu. Teh memang sudah menjadi kewajipan bagi sapa2 yang ingin ke turkey

Kami sebenarnya sudah membatalkan plan(before bertolak dari london) untuk ke konya sebab tak banyak masa. Tapi bila tengok tiket ke Pamukkale hanye ade malam, nak tak nak rasa macam buang masa. Baik ke konya dulu walaupun kene transit ke Pamukkale lepas tu. Bas ke Konya sangat banyak dan dari konya ke Pamukkale sendiri lagi banyak. Kami sampai  sekitar jam 1 tengah hari dan turun dari bus dengan diiringi laungan Azan daerah paling Islam di Turkey.

 Stesyen bus utama konya

Before berjalan-jalan di Konya, kami mencari dulu tiket menuju ke Pamukkale. Lepas bincang-bincang, kami setuju untuk ambik bus jam 7.30 malam. So, ade dalam 5 jam untuk pusing-pusing di Konya. Oleh kerana tak nak bagi berat beg, kami simpan beg dekat syarikat bus yang kami beli tiket tu. Destinasi pertama, kene solat zuhur dan kemudian makan tengah hari. Berhampiran bus station memang ade satu masjid besar yang sangat menyerlah. Tapi waktu kami masuk, jemaah semua dah selesai solat Zuhur.

 Berjalan menuju ke masjid bersebelahan. Ingatkan boleh la dapat masuk tandas free, rupenye kena bayar gak.

 Nama masjid ni Otogar Zeki Altindag Camii.

 Bahagian dalam masjid. Belang-belang putih merah macam kat Cordoba.

Lepas lepak-lepak dalam masjid, kami pergi makan kat domino Pizza berdekatan Masjid. Percaya atau tak, memang murah giler pizza kat situ. Yang peliknya, harga die siap boleh runding lagi. Aduih, first time aku tengok kedai macam ni boleh runding harga. Beli tiga medium besar dan terus jalan-jalan mencari tempat famous di Konya ni. Oleh kerana kami tiada apa2 plan di konya ni, memang blur lah nak ke arah mana. Ansari ade search kat internet tentang konya dan dapat Maulana musium sebagai tarikan utama kat situ.

Lepas duk tanye2 semua orang, akhirnya ade sorang pemuda yang paham ape kami cakapkan. Die mintak tolong sorang kawan die untuk bawak kami ke muzium tersebut. Tapi sepanjang perjalanan memang tak dapat nak cakap dengan die sebab die tak faham bahasa Inggeris manakala kami plak tak reti bahasa turkey. Dari situ, kami menaiki minivan menuju ke bandar utama konya.

 ni lah minivan yang dimasukkan. Semua warna hijau putih. Tambang dalam 1.70TL

Ingatkan dekat, rupenye jauh gak. Lebih 20 minit kalau tak silap aku dan seksa gak dulu dalam minibus tu. Konya terkenal sebagai Bandar Islam di turkey. Antara tokoh yang terkenal di sini ialah Jalaluddin ArRumi yang mana mungkin banyak diantara kite yang pernah dengar dalam buku pendidikan Islam. Seorang tokoh aliran Sufi yang terkenal sebagai penyair di Konya. Kami ke Muzium beliau yang dalam bahasa turkey nye Mevlana Muzesi. Murah je masuk die, dalam 4TL tak silap aku.

Waktu nak masuk, ade satu bas rombongan orang melayu yang masuk sekali. Penuh dengan pakcik-makcik yang dah berumur. Aku plak obviously melayu sebab tengah pakai baju melayu, memang tak sedap badanlah kalau tak tegur. Rasanya kami banyak habis masa sembang dengan pakcik-pakcik tu. Muzium agak bosan sebab banyak macam replika yang dibuat. Dan aku tak suka beli diorang jual patung orang sufi menari. Tak patut..

 Anak-anak muda yang bajet peramah. 

 Mevlana Muzium

 Dalam ni banyak barang-barang golongan sufi macam tasbih besar, alat muzik dan juga ade manuskrip quran.


Dari muzium, kami dapat dengar azan asar dari masjid sebelah. Sayangnya kami hanya dapat sampai lepas habis solat sebab ansari lama sangat kat tandas(sekali lagi).Bila kami sampai imam tengah baca zikir dan doa. Lepas tu imam alunkan bacaan Quran untuk semua jemaah yang ada. Sedap... Konya ni gak ade University islam die sendiri, so tempat ni islam die agak hidup. Lepas habis imam baca Quran, kami pun beredar. tetibe ade pak cik menghampiri aku dan tanye "arabic?". Aku spontan tunjukkan jari ke ansar yang pakar dalam berbahasa Arab. Memang nilah petua nak kemana2, bawak kawan yg pandai bahasa Arab.

Pak cik tu lepas tu duk bersembang dengan ansari dan tanye ade masa tak. Die nak ajak sembang2 minum teh. Hebat kan Ukhwah Islamiyah? Tapi sayangnya, kami hanya ade 30 minit sebelum kembali ke stesyen bus Konya, jadi terpaksa tolak pelawaan pakcik tadi. Kali ni agak senang cari minibus sebab dah tau ape stesyen bas dalam bahasa Turkey. Kami pun kembali ke sana untuk ke pamukkale.

 Nama pakcik ni Usman, pensyarah di University kat konya ni.

Sampai di Stesyen bus, kami rupenye masih banyak masa lagi. Masa yang ade kami gunekan untuk pusing2 stesyen bus yang besar tu. Aku rasa besar sebab ramai student kat situ kot. Try makan kebab die semua. Lepas tu kami kembali ke Domino Pizza untuk bungkus makanan Dinner. Kami punye bus dijangka smpai Pamuukale jam 2 pagi. So, nak tak nak memang kena ade bekalan. Lepas pergi toilet semua, kami pun menaiki bus AkSEL jam 7.30 petang.

Untuk sape2 yang nak ke Pamukkale, aku cadangkan lepas ni ambiklah bus syarikat METRO. bus yang kami naik ni punyelah banyak kali berenti dekat 10 kali. Sakit hati gak. Haaih.. Apepun, puas hati sebab satu hari kami tidaklah terbuang begitu sahaja di Cappadocia. Dapat gak melawat bandar Islam Konya yang ade kat Turkey ni..


Sekian dari Syuib0809

1 comment: