Wednesday, 2 May 2012

Diari Turkey - Pamukkale

Bismillah.

Kami sampai di Denizli sekitar jam 2.15 pagi. Bagi sape2 yang mahu ke pamukkale, pengangkutan yang perlu di cari ialah menuju ke Denizli. Yang tak syoknya bile sampai ialah takde pengangkutan awam(bus/minivan) menuju ke Pamukkale. Akibatnya, kami terpaksa naik teksi menuju ke Pamukkale. Bayangkan sorang kene bayar 18TL. Memang mahal giler. Tapi sebab dah takde cara lain, ambik jelah. Sampai di Hostel nak dekat kul 3.00 pagi dengan orang2 hostel tu sekali nyenyak tido. 

Dalam kul 5.30 pagi, kami bangun kejap untuk solat subuh dan kemudian sambung tido balik. Oleh kerana kami menjangkakan takkan ambik masa lama pusing2 di Pamukkale ni, kami decide untuk keluar lambat sikit dari Hostel. Dalam kul 10pagi baru check out, tapi tinggal dulu beg sebab tak larat nak angkut naik bukit. Keluar je hostel teruih mencari makanan dan macam biasa, mencari juga teh turkey sebagai pengubat letih. Nampak satu kedai ni macam murah je, teruih masuk.

Pagi2 dah kemas. Tak sampai 10 jam duduk.


 Menarik kat kedai ni sebab die wat teh ni dengan bekas air panas yang guna kayu api.

Lepas makan, kami terus ke tarikan utama di Pamukkale. Sangat dekat dengan Hostel kami dalam 4 minit jalan kaki. PAMUKKALE bermaksud "Cotton Castle" yang mana diberikan kerana bentuk muka buminya yang putih mata memandang. Bayangkan, satu bukit bewarna putih. Memang pelik. Bukit putih ni sebenarnya ialah Kalsium Karbonat yang meliputi permukaan bukit ni. Memang cantik dan takleh dapat kat tempat lain. Kalau nak masuk kene bayar 20TL dan kene bukak kasut. Walaupun bukit, tapi permukaan kalsium karbonat ni sangat kasar, memang susah nak tergelincir.

Kami pun naik sampailah kat atas.

 Putih melepak kan?

 Pagi-pagi ni penuh dengan kanak-kanak rombongan sekolah.

 Tempat ni sentiasa ada air mengalir. Warna biru tempat ai bertakung. Leh mandi kalau nak.

 Ansari penat melayan kerenah budak2 ni. Asyik2 tanya ansari "Where are u come from?". Lepas tu dah tak terjawap.

Sampai je kat penghujung, kami berehat kejap dan pakai kembali kasut. Perjalanan di situ masih belum habis. Kali ni, kene pusing plak HIERAPOLIS, bandar empayar ROM dan juga Byzantine yang ada dekat sini. Walaupun hanya tinggal runtuhan, tapi boleh nampak lagilah sistem yang diguna oleh mereka. Antara yang ada ialah theather dia dan juga Basilica die. Aku sebenarnya dah tawar hati nak tengok tinggalan2 bangunan ni sebab dah pernah tengok waktu pergi ROME tahun lepas. Cuaca tengah hari tu boleh dikatakan agak panas. Diorang naik atas tengok theater, aku malas dan tunggu je kat bawah. Lepas jalan2, terserempak dengan beberapa mat saleh dari UK.




 


Kami tak pusing habis pun HIERAPOLIS ni. Lepas dah penat, terus kembali kat tempat berteduh untuk rehat. Jam baru menunjukkan kul 1 tengah hari, jadi memang banyak masa lagi. sapa2 nak pergi sini memang tak payah nak bermalam sampai dua malam. Dan satu lagi, tak yah ambik pakej  Tour. kami seterusnya kembali menuruni bukit PAMUKKALE. Oleh kerana bukit ni dipenuhi dengan air yang mengalir, sejuk sikit rasa kaki. Masa berbaki masih banyak, jadi kami rendam kaki jap.

Kali ni orang dah rami. Dan banyak plak pakai tak senonoh.

 Projek merendam kaki.

 Lawanya tempat ni tak dapat nak digambarkan dengan gambar.

Kami kemudiaanya solat Zuhur dan Asar kat satu-satunya masjid berdekatan. Pamukkale ni memang perkampungan yang sangat kecik dan miskin. Tapi sedih gak tengok pemuda die. Lepas solat, kami makan kat kedai yang sangat murah. Tips sape yang nak makan kat sini, jangan pergi kedai dekat aea depan dengan bukit tapi makanlah dekat dengan area masjid. Masa berbaki masih banyak, jadi kami pusing2 perkampungan tu. Jumpa beberapa orang yang pandai cakap orang putih dan diorang ajak sembang.

Aku kemudiannya seorang diri naik ke sebuah kedai tengok orang2 muda situ main satu permainan. Ala2 mahjong tapi hanya tulis nombor. Yang hampehnya, diorang ni rupenye tengah berjudi.


 Pusing2 perkampungan ni.

Bas kami ke Istabul hanya akan bergerak dalam kul 10 malam dari Denizli. Jadi dalam kul 7.30 malam, kami menaiki minibus menuju ke stesyen bus utama Denizli. Solat maghrib Isyak siap-siap kat surau stesyen tu. Lepas solat, ade seorang pak cik nak sembang dengan kami tapi dia tak faham bahasa Inggeris dan kami pun tak faham bahasa Turkey. Kesian tengok pakcik tu, aku punyelah berharap dapat sembang. tapi sayang...

Kami akhirnya menaiki bus terakhir menuju ke Istanbul, tapi kali ni di Istanbul bahagian Asia. Dalam jam 8.00 pagi bus kami sampai ke stesyen bas utama dan terus ke Airport dengan menaiki minibus yang disediakan secara percuma. Dalam kul 10 pagi dah smpai airport padahal flight balik dalam kul 1 tengah hari. Dengan itu, berakhirlah perjalanan kami di bumi turkey. Banyak sebenarnya nak cerita, tapi tak larat.

Tengoklah nanti macamne dengan Muhasabah.


Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment