Bismillah
Kembali menulis mengenai Turkey, tapi malas plak nak tulis pasal penginapan sebab takde bende yang special sangat. Jadi, mari bercerita pasal makanan yang ada kat Turkey ni. Dah menjadi kebiasaan, kalau pegi mana2, memang makanan antara benda utama yang aku cari. Tambah plak, turkey ni adalah negara Islam sekular yang makanan2 hampir semua halal. Ansari bagitahu kat turkey gak takde makanan yang berasaskan babi. Memang jarang nak jumpe daging babi seperti di Spain atau Malaysia. Mungkin sini tak banyak bangsa asing kot.
Sampai je Istanbul, makanan pertama yang kami makan ialah kebab atas pinggan. Turkey selaku pelopor Kebab memang banyak jenis kebab die. Dan turkey ni ada keju die sendiri yang pelik rasanya. Kalau diorang bubuh atas pinggan, memang macam bubuh smash potato, banyak giler.
Ni die kebab atas pinggan. Tapi menu ni die campur dengan cekodok sekali, jadi tak penuh dengan daging. Putih tu cheese die.
Menu kami hampir sama empat-empat orang.
Kalau sarapan plak, dekat turkey ni agak pelik. Waktu kat hotel kami dapat jam, lepas tu bagi tomata dengan timun dan sebijik telur rebus. Dan macam biasa, diorang memang akan bagi roti unlimited. Berbeza dengan Malaysia, roti adelah makan ruji orang turkey. manakala nasi plak susah giler nak dapat. Kalau ada pun, beras die bukan panjang2 punye, tapi jenis bulat. Waktu kat Istanbul, kami ada dapat makan kedai nasi, memang standard 10-15 TL. Kalo makan kebab baru 5TL.
Nilah breakfast kami. Pelik kan?. Tapi minuman waktu sarapan yang wajip ialah teh turkey. Memang terbaik.
try makan nasi. Kalau ayam 10Tl, kalo daging 12TL.
Ada sekali tu kami pegi kedai macam mahal.Lebih kurang macam gambar kat atas, banyak giler lauk. Tapi harga die memang tak boleh belah. Last2, ambik lauk berkenan seperti dibawah.
Macam nilah diorang jual roti. Roti diorang sangat sedap. Keras kat luar tapi dalam lembut gile2. Macam2 bentuk ade.
Satu fakta yang tak berapa seronok ialah makanan kat turkey memang tak sesuai dengan tekak orang melayu. makanan diorang sangat tak berempah dan rasa plain je. Malah, diorang jarang makan makanan dengan sos(chili,tomato, bbq dn sbgainya). Memang kena tahan la, sebab rasa sos tomato die pun pelik kalau mintak. Tapi memang kebab die kene mintak sos, kalo tak memang azalinya diorang takkan bubuh. Tapi diorang kuat makan sayur.
Walaubagaimanapun, ada je makanan yang sedap kat turkey ni. Dan kat Istanbul ni banyak makanan yang dijual di tepi2 jalan dan memang kalau datang wajip makan. Mungkin sebab tempat lain takde. Antara yang terkenal mungkin Aiskrim die yang biasa je rasa, tapi pasal aiskrim tu akan ade persembahan, jadi menariklah. Penjual akan acah pembeli smpailah beberapa trick dilakukan, baru die bagi aiskrim. Antara makanan yang perlu dirasa:
Yang pertama ialah Islak hamburger. Mula kami macam malas je beli, tapi lepas beli memang sedap. Harga standard 2TL. Satu2 makanan yang berasa.
Kedua, tiram rebus yang diperah dengan lemon. Rasa die memang agak unik. Murah je. 1Tl dapat dua tiram.
Yang ni plak ialah chest nut. Memang sangat banyak kalau kat Taksim square tu. Sedap bile tengah panas. Memang die bakar. Mahal sikit harga die.
Kebab Ikan. Sorilah, takde gambar makanan. Ade gambar tengah makan je. Memang wajip rasa sebab takde kat tempat lain. Sedap gak, cuma cepat muak sebab ikan die bau hanyir.
Ni plak roti2 die berbentuk donut. Tak sedap sangat, jadi rangking bawah.
Paling tercorot ialah jagung rebus yang dibakar. Bayangkan die hanya buh garam je sikit. Mentega tak bubuh apetah lagi nak rempah semua. Plain rasa die.
Antara tempat yang banyak makanan ialah kawasan Beyazit ni. Sebab kat sini ada Grand bazaar yang sangat besar. Kat keliling bazaar ni memang penuh dengan kedai makan terutamanya kebab.
kami semangat nak rasa2 makanan kat turkey ni awal2 je. Oleh kerana asas makanan memang kebanyakannya rasa masam atau tawar, jadi kami akhirnya selalu pergi kedai "international" macam Pizza Hut, KFC, Burger king dan Domino. Bukan sebab kaya, tapi sebab memang itu jelah makanan yang ada rasa. Tu pun, nak mintak sos punyelah susah. Dan makanan2 kat kedai2 macam tu memang agak murah sebab kami memang susah nak dapat halal punye kat UK. jadi, melepaslah geram kat turkey.
Gambar tiada kene mengena dengan makanan. Saje bubuh. Ni kat Hierapolis, pamukkale
Perjalanan terakhir kami di Pamukkale dihidangkan dengan kebab kembali. Tapi kali ni memang murah giler. Dalm 2.50TL dah dapat. Kami nampak kedai tu macam jual murah giler, cuma sayangnya takde orang yang datang makan kedai tu. Memang meja pun macam berhabuk. biler pikir balik, lawak pun ade. Lepas kami makan je, teruih orang tu tutup kedai. Memang takde pelanggan aku rasa. Orang luar(pelancong) prefer untuk makan mewah kot. Ade satu kedai tu, kami mintak burger, tapi roti burger takde lansung dalam kedai die. Last2 die kata, leh dak tukar dengan roti biasa. Memang pamukkale ni pekan kecik.
Gi mana2 memang wajip jumpe kebab. Ni kat stesyen bus Konya
Nilah kedai kami makan kat Pamukkale. Memang kami je ade kat kedai tu. Pekerja die pun sorang je. Amir punye muka memang lambang kesedihan
Tapi seperti bandar-bandar pelancongan lain, turkey memang banyak sangat jual arak. Dah tak nampak luar biasa sebab orang islam pun jual dan minum arak. Malah, waktu kami sembang memang diorang tak segan kata consume Alcohol. pasal ni nati aku cerita dalam post Melayu dan Turkey.
Sekian dari syuib0809
(Y)
ReplyDelete