Hari ni macam biasa, hari cuti tanpa kelas untuk pelajar mathematics tahun akhir. Oleh kerana aku tak berapa sihat, memang biasalah tekak ni mengidam macam-macam. Sepatutnya, Izwan ajak ke birmingham untuk makan Mindi. Tapi oleh kerana dia mengalami sedikit kehilangan mood(sebab exam), maka plan tersebut batal serta merta. jadi, aku pun pergilah makan makanan yg hampir sama dengan Mindi, iaitu makanan orang Somalia. Memang lama sungguh tak pi makan.
Oleh kerana kedai makan tu dah dekat dengan kedai menjual pinggan CORELLE, aku pun pergilah kejap kat sana. Naik basikal, jadi aku tak bercadang nak beli sebab agak susah nak bawak balik naik bende alah tu. First time aku pergi, jadi jenuh gak mencari kat dalam kedai tu yang merupakan kedai orang India. Puas tengok sana sini, rupenye dia ade tempat khas untuk pinggan mangkuk CORELLE je. Harga die bagi aku boleh tahanlah gak berpatutan. Tak mahal tak murah. Ni contoh-contoh yang ade:
Untuk harga pinggan bulat, satu set GBP60. Sekali lagi beli satu percuma satu. Kirenye harga untuk dua la kan?
Aku cadang nak beli satu set petak, satu set bulat. Kirenya 4 set semua. Berat gak nak bawak balik ni.
Balik je dari Perkampungan somalia. Aku teruih baring sebab memang tak sedap badan dengan demam semua. Bangun solat asar aku pun cek emel. Tengok orang yang aku beli projector screen kata boleh ambik dah screen tu. Murah je, 3 pound. Jadi, bertolaklah aku ke perkampungan WhetStone dalam kul 5 petang naik bus. Lawa tempat die, memang kampung-kampung sikit. Dan biasalah kawasan kampung ni biasanya dipenuhi dengan orang tempatan yang sangat bersih, peramah dan sopan santun. Pakcik yang jual screen kat aku ni pun siap sambut aku lagi lepas aku turun bus.
Oleh kerana diorang punye sleng memang pekat, aku sedaya upaya cuba menghabiskan perbualan secepat mungkin. Giler apa, memang susah nak faham. Sampai rumah balik dalam kul 6.30 petang. Ayam masak paprik sudah menanti.
Sekian dari syuib0809
lpas nie br bisnes pnggan CORELLE la blik rumah.. :P
ReplyDeleteGreetings from Manchester. Boleh tahu tak apa nama kedai ni & di mana?
ReplyDelete