Monday, 5 March 2012

SIMPLEnya Cardiff bhgn 1

Bismillah

Internet malam ni teramatlah slow. Aku pun tak pasti kenapa, tapi memang lambat sungguhla nak upload gambar. Hujung minggu baru ni, impian untuk ke program SIMPLE di cardiff tercapai. Walaupun tiketnya amatlah mahal (GBP40 pegi balik), tapi tak kisah sangat sebab program mendalami Islam. SIMPLE ni jemput brother shah kirit yang selalu buat comparative religious. Aku pernah jumpe dua kali kat kolej dulu, jadi memang tau die ni best. Hehe

Bertolak dari Leicester jam 7.15 pagi, dan smpai di tempat program kul 11 pagi. Smpai2, diorang tengah rehat sebentar dan bersambunglah program dengan pengenalan agama kristian. Lepas tu adela buddha, hindu dan kepercayaan orang kristian. Memang pelik-pelik sungguh agama tersebut, tapi menarik sebab kebanyakannya sudah Allah jawap dalam Quran. Dan kita selaku umat Islam kenalah plak smpaikan pada mereka.

Kat bangunan nilah berlansungya program SIMPLE tu. bangunan kimia.

Cardiff ni university lama. Tengoklah dalam die, dah macam cerita harry potter.

Sebenarnya banyak budak cardiff je yang datang. Yang dari luar adelah kawan2 dari nottingham, sorang junior dari London dan beberapa orang budak bristol. Seronok gak jumpe balik senior bernama "Momat" yang aku pernah ceritakan kisah die pergi palestin dulu. Banyak gak budak cardiff yang baru aku kenal walaupun diorang dah 3,4 tahun kat situ. Antaranya ammar, fayat dan Izuan(nama macam aku).

Yang kiri sekali tu orang brunei, namanye jidun. Baik sangat orangnye. Yang len kecuali tepi daus ialah budak luar notts.

Program habis dalam kul 6 petang untuk hari yang pertama tu. Lepas keluar dewan, kami semua pergi sembahyang kat masjid berdekatan dan kemudiannya pergi makan malam. Oleh kerana kereta dah penuh, aku berjalan kaki menuju ke tempat makan dengan daus notts dan Aziz cardiff. Sembang punye sembang, dekat je rupenye kedai makan tu. Dan ianya adelah buffet. hehe.. memang seronoklah, sebab sampai 16 orang masuk sekaligus.

Ni die restaurant nya. Untuk buffet ni sorang kene bayar 9pound. Makanan die boleh tahan la gak. Memang ramai orang datang malam tu. hujung minggu kot

Brother shahkirit yg kemeja hitam tu. Yang paling kiri bertopi ialah aziz cardiff. Muka happy je

Lepas makan, aku naik kereta bersama bro shahkirit dan amir hasyim soksek menuju ke rumah amir. Lepas duduk-duduk kejap, teruih pergi ke rumah Aziz sebab dah janji nak duk situ. Lagipun daus cha semua ade kat situ. Memang seronoklah tidur ramai2, macam kat kampung plak. Aziz bentang tilam bagai dengan macam-macam selimut. sembang punye sembang, dalam 11.30 kami dah tidur. ZzZz


Bersambung esok...

No comments:

Post a Comment