Wednesday, 7 March 2012

SIMPLEnya Cardiff 2

Bismillah..

Pagi keesokannya, aku menunggu diorang ni bangun subuh. katanya nak pegi masjid, tapi aku sendiri tak tau kul bape diorang nak pegi. Last2 dalam kul 6.30 aku nampak daus bangun n then aku pun ikut die smbhyg subuh dalam bilik fayat. Tanye amir, katanya subuh masjid kul 6.15 pagi, sabo jela.. Lepas baca almulk, aziz dan fayat sediakan breakfast. Aku tetibe demand nasi goreng. haha. gurau je, tapi aziz buat betul2 sebab ada nasi lebih banyak kat rumah die. Dalam kul 8.30, kami pun bertolak ke dewan SIMPLE semula.

Hujan renyai-renyai pagi tu menyebabkan ramai peserta datang lewat. Yelah, kebanykannya berjalan kaki. Slot pagi tu menceritakan kekeliruan dan soalan-soalan lazim yang sering ditanya orang bukan Islam kepada orang Islam. Sangat menarik persoalan2 tersebut yang kadang2 kita sebagai orang Islam pun tak tahu apa jawapannya. Lepas rehat kejap jam 11, SIMPLE diteruskan dengan perkongisan bagaimana menjawap persoalan dan salahfaham tadi. Tapi oleh kerana kesuntukan masa, kami kene pilih beberapa soalan sahaja. Antara yang aku sangat tertarik ilah beberapa "contradiction statement" dalam alQuran. Apepun memang menarik

Lepas rehat tengah hari, aku pun berjalan2 kat cardiff..



Sebelum keluar dari dewan simple, aku sempat bertanya kat Aziz, ape bende menarik yang ade kat Cardiff ni. AKu dah pernah pergi cardiff bay, jadi tanya yang selain cardiff bay. Aziz pun bagitau pasal kawasan Cardiff Castle. Die kata castle tu takdela apa sangat, tapi taman belakang die agak best. Aku pun pegila sana, memang lawa lah taman die..

Ni pintu belakang istana ni aku rasa.. Macam biasa la ade tripod.

Dah ade bunga sikit dah kat taman tu. Tempat len takde lagi.

Antara pemandangan yang sangat cantik dalam taman ni..

Stadium rugby belakang rumah amir. Angin kuat giler kat sini sebab dah dekat dengan laut kot. jadi takleh tangkap gune tripod sebab takut tripod terbang.

Ni kat kawasan Bandar Cardiff. tak faham aku bendenya.

Lepas penat pusing-pusing, aku pun pegi tengah pekan mencari makanan. lapo la plak perut ni. Tengok jam, punyelah awal lagi. Rugi plak rasanya keluar awal dari program SIMPLE tu. Aku singgah makan kat chicken cottage yang dapat dirasakan betapa kedekutnya orang kedai tu. Aduih... nak makan mahal2, baru je malam semalam makan buffet. Sementara menunggu train yang bertolak jam 5.45 petang, aku sempat membaca buku yang aku beli kat gerai SIMPLE tgh hari tadi "Umar Abdul Aziz, bayangan Khalifah al Rasyidin".

Kedatangan yang sangat kejap di cardiff sedikit sebanyak mengubat rindu hati. Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sana ialah april 2010, waktu tu memang sangat best, budak2 first year lah katakan. Oleh kerana aku rasa ini adelah kali terakhir aku akan ke sana, aku bawa sekali tripod aku semata-mata untuk tangkap gambar kenang-kenangan. Mengubat rindu, membangunkan jiwa daie, segala-galanya dari SIMPLEnya Cardiff..


Sekian dari Syuib0809..

No comments:

Post a Comment