Bismillah.
lama tak update blog ni. Kamera pun takde kat aku sekarang, so susah nak upload gambar ke apa. Sekarang ni, aku sedang baca sebuah buku sirah Nabawiyah karangan Mustafa Sibaie. Antara kisah sirah yg sangat sahih kalau nak bandingkan dengan buku-buku cerita yang entah dari mana ntah penulisnya. Tapi, before aku start baca dari awal, aku ke ruang Peperangan atau Ghazwah sebab memang selalu lupa pasal sejarah perang ni.
Banyak sebenarnya perang berlaku di era Madinah, cuma yang besar je ditulis dalam buku ni seperti badar, Uhud dan Hunain. Di ruang yang ade ni, aku nak berkongsi kisah di perang Uhud. Kisah menarik yang first time aku dengar walaupun femes sebenarnya cerita ni. Kisah Nusaibah Ummu Umarah:
Aku buat ringkasan jelah ye.
Tika mana umat Islam kembali dikepung dalam peperangan Uhud, maka tersebarlah berita pembunuhan Rasulullah S.A.W. Dan kerana takut, ramai tentera Islam yang berpatah balik ke Madinah dan tinggalah beberapa sahabat yg setia. Bila musuh nampak nabi ketika itu, diorang cuba memanah dan terus membaling batu ke arah nabi. Maka, datang sahabat-sahabat diantaranya Nusaibah binti Kaab(seorang muslimat dari golongan Ansar) yg meninggalkan kerjanya sebagai pemberi minum dan merawat tentera, untuk melindungi Rasulullah. Dalam peperangan ini, terdapat luka yang sangat banyak pada Nusaibah ketika melindungi Rasulullah. Turut berada di situ ialah dua orang anaknya dan suaminya.
Ketika peperangan ini, nabi mendoakan Nusaibah sebagai ahli syurga.
Beliau juga adelah antara orang pertama yg berbaiah kepad nabi ketika di Aqabah.
Sekian sahja perkongisn singkat.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment